MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Selasa, 13 Februari 2007

Apa Itu CandleStick?

3:25 PTG 0
Apa Itu CandleStick?
Dah lama jugak aku tak menulis blog forex aku ni. Payah betul bila kita tahu macam-macam benda ni, fikiran pun dah tak fokus. Apa pun, kali ni aku nak ulangkaji balik la apa yang aku dah belajar tentang dunia Forex ni. Dah alang-alang ulangkaji, aku ingat aku nak share la dengan pembaca-pembaca kalian tentang apa yang aku dah tahu ni. Benda yang bagus ni, kita tak boleh kedekut nak share, betul tak?

Okay, kiter teruskan dengan ulangkaji kiter. Kalau kita ikut buku-buku teks, dia akan start daripada basic dulu lepas tu baru further ke bahagian yang lebih advance. Memang betul pun methodology buku-buku teks tu, takkan nak belajar benda advance tapi benda basic tak tahu kan? Tapi bagi aku la kan, lagi bagus kalau kiter start dengan benda basic dan kiter teruskan dengan benda-benda praktikal. Benda-benda advance tu kiter tinggalkan dulu la, bukannya kiter boleh dapat PHD pun kalau kiter master semua. Pulak tu, berapa peratus jer pun orang yang ada PHD, Masters semua tu? Betul tak?

Baiklah, kiter teruskan pelajaran kiter. Ini gambar candlestick yang aku curi daripada BabyPips (hehe..):

Waktu aku mula-mula tengok candlestick ni, aku tanya "Apa kejadahnya benda alah ni?". Kemudian aku tengok pulak aku punya Forex software aku:

Marketiva Forex Software yang aku pakai

Aku guna Marketiva ni sebab software ni jer yang aku rasa paling senang. Tapi mula aku pakai dulu, aku pening jugak tengok benda alah candlestick ni. Tapi dah tiap-tiap hari tengok, dah jadi biasa la. Jadi kepada yang baru belajar forex tu, jangan la risau k? Rileks..

Akhir sekali, ada orang dah buat video rupanya kat YouTube yang citer pasal Candlestick ni. Masalahnya, dia citer dalam English. Kepada yang kureng sikit English ni, belajar-belajar la bukak kamus English ni. Tapi takkan la tak paham kut? Hari-hari tengok citer orang putih semua tu, kalau tak paham, aku tak tahu la nak cakap apa kan? Apa pun, ni dia video nyer:


Okaylah, aku ingin mengucapkan Selamat Mengulangkaji la kepada diri aku dan juga orang-orang lain. Sekian..

Jumaat, 2 Februari 2007

Denda RM1 Juta Urus Niaga Tukaran Mata Wang Asing Haram

10:53 PTG 1
Denda RM1 Juta Urus Niaga Tukaran Mata Wang Asing Haram
Apa pendapat korang setelah baca laporan BERNAMA kat bawah ni?

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan telah memperuntukkan hukuman lebih berat untuk membanteras urus niaga tukaran wang asing secara haram dengan meningkatkan amaun penalti daripada RM10,000 kepada RM1 juta dan hukuman penjara antara tiga hingga lima tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Ng Yen Yen.
Beliau berkata, kerajaan telah meminda Akta Tukaran Wang Asing (1953) untuk memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam urus niaga tukaran wang asing.
Pindaan itu berkuatkuasa 1 Januari tahun ini.
‘‘Tahun lepas, lima peniaga tukaran wang asing haram ditangkap dan Bank Negara sedang menyiasat 10 kes,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Sumbangan Ang Pow Tahun Baru Cina Sports Toto di sini hari ini.
Yen Yen berkata, Kementerian Kewangan menerima banyak laporan daripada mereka yang ditipu oleh ‘ejen tukaran wang asing’ yang menawarkan skim pelaburan tukaran wang asing dalam mata wang Iraq dan Iran.
‘‘Saya ingin jelaskan bahawa di Malaysia, kita hanya membenarkan bank perdagangan dan institusi kewangan menjalankan urus niaga tukaran wang asing. Tiada entiti persendirian diberikan lesen untuk menjalankan urus niaga itu.
‘‘Saya mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terperdaya dengan perangkap mereka. Malahan pengurup wang di negara ini tidak menjalankan urus niaga tukaran wang asing tetapi hanya membuat tukaran mata wang,’’ tegas beliau.
– Bernama
Komen aku:
Kalau baca seimbas lalu kan, kalau aku seorang newbie (istilah zaman sekarang kalau orang tu baru dalam sesuatu bidang), mesti aku dah takut beb nak main Forex ni. Tapi aku dah banyak buat research dan dah macam-macam benda aku dah pernah jumpa, jadi perkara ni cuma masalah kecik jer. So, artikel kat atas tu sebenarnya mengikut pendapat aku, hanyalah berkait rapat dengan pengurup mata wang ataupun ejen yang menjual mata wang kepada orang ramai termasuklah kengkawan tanpa ada dokumen yang sah. Yerlah, kalau melibatkan jumlah wang yang banyak Bank Negara mesti akan berminat punyalah. Lepas Bank Negara dah tengok, Lembaga Hasil Dalam Negeri pulak nak join. Tu normal la, kerajaan mana-mana pun nak jugak share dia bila tengok duit banyak..hehe..

Kalau dari segi Forex Trading yang aku dan kengkawan aku tengah usahakan, aku ni just seorang ejen kecil je yang menjalankan perniagaan secara online. Sama ada guna duit aku sendiri atau orang lain, itu pilihan masing-masing la tapi aku memang guna duit sendiri dulu la buat masa ni. Tak berani beb nak guna duit orang lain, kalau ada pun, cuma orang yang aku kenal. Takdenya aku nak pergi lobi sana-sini nak carik orang suruh jadi pelabur macam last week keluar dalam paper pasal syarikat Forex kat MidValley tu. Soal dokumen pulak, itu semua boleh kasi bikin, takde masalah. Asli atau sah tak sah dokumen tu, itu kena tanya lawyer atau company secretary la. Kalau ada keinginan, mesti ada cara. Cuma betul tak betul jer la cara tu kena Quality Control (QA) sikit.

Aku baru je register dengan satu broker based kat Australia untuk deposit duit PayPal aku. Paypal ni bukannya aku boleh cash kan pun. Aku dapat duit Paypal ni sebab aku main blog advertisement. Ader la dlm USD30 lebih. Jadi daripada tak buat apa-apa, baik aku laburkan dan tengok performance aku camner. Nanti aku citer lagi pasal hal ni dalam blog post aku yang akan datang. Sementara tu, kasi ler kat aku komen sikit tentang artikel BERNAMA kat atas tu yer. Challuss..

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)