MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 25 Oktober 2008

Seminar Easy-Forex dan MOCfx di Concorde Hotel

Pagi tadi aku pergi ke satu seminar yang aku dah register 2 minggu lepas. Kadang-kadang bila kita trade sengsorang ni, terasa sunyi pulak. Setakat berhubung dgn orang2 secara online pun rasa macam tak best jugak kan. So, pagi tadi aku pun pergi la ke satu seminar Forex Strategy Trading yang dianjurkan oleh Easy Forex, sebuah broker Forex daripada Australia dengan Kelab MOCfx yang telah bertapak di Malaysia sejak 3-4 tahun lepas. Actually hari ni genap sebulan aku secara rasminya menjadi ahli Kelab MOCfx ni. Slack sikit jer, seminggu ke dua minggu lepas aku jadi ahli, tiba-tiba ada pulak promosi bila jadi ahli dan deposit USD200 dalam akaun, EF akan creditkan USD25 sebagai bonus...melepas aku..

Apa pun, blog post kali ni aku nak citer la apa yang aku belajar daripada seminar pagi tadi. Nanti dlm blog post lain, aku citer pulak pasal apa yang berlaku selama tempoh sebulan selepas blog post aku yg sebelum ni dan apa yg aku alami dan belajar sepanjang tempoh tu. Alright, hari Sabtu kat KL tak berapa jem sangat la, mungkin sebab orang semua balik kampung kut dah Isnin ni cuti Deepavali. Aku park keta kat open car park area depan Saloma Bistro pastuh jalan kaki ke Concorde Hotel. Hard Rock Cafe rupanya tengah renovate jadi diorang tutup sementara waktu la tempat hiburan tu. Concorde Hotel ni boleh tahan jugak la, nampak mewah gak. Ingat satu hari nanti nak try lepak situ la satu malam..chewah..haha..



Time aku sampai tu, dah ramai dah org lain yang datang. Memang aku tak kenal sapa pun. Organizer dari Easy Forex memang ada 2 org jer pun, Stefani dengan Cynthia. Company Forex ni buat duit juta-juta tapi staf sikit je. Memang diorang minimizekan kos betul kan?



Aku tak sure si Stefani tu dah kawin ke belum. Aku tak berminat sangat pun dengan dia. Tapi dia punya slang orang putih memang Australian la. Katanya dia ni orang Indon tapi apa-apa pun, bagi aku okaylah presentation dia walaupun dia nampak cam gelabah sikit. Agakya sebab rata-rata semua yang dtg lelaki jer, pompuan ada la dalam 4 orang dalam bilik tu. Byk jugak la tips2 si Stefani ni kasi. Dia citer la dia pun amik masa berapa tahun baru la nak dapat master dia punya personal psikologi.



Aku x dapat amik gambar yg clear sangat si Stefani ni sebab aku guna handphone aku jer amik gambar. Tak kisahlah, yang penting ilmunya, bukannya aweknya..betul tak?



Kemudian, tibalah sesi yang semua orang nanti-nantikan. Presiden MOCfx, En. SureLaris. Brader ni memang sempoi habis. Memang selambe jer orangnya. Siap ngaku awal-awal lagi dia nak kasi presentation guna BM dah BI dia cam kokak sikit. Dalam presentation En. Surelaris ni, memang banyak tips2 yang dalam PDF download takde (ahli MOCfx tahu la kat mana nak carik bahan percuma ni). Kalau nak selak satu-satu info dalam forum MOC tu, memang masak ler..Pulak tu, dia tunjukkan yg live punya visual, tu yg mahal tu.

So far, hanya satu teknik II (Ada 9 teknik yang MOCfx ajar) jer la yang dia tunjuk. Menariknya, teknik2 ni tak payah tgk graf pun. Aku ni punya la duk tgk graf hari-hari tapi bukannya paham sangat pun, kononnya nak belajar tgk jenis-jenis candlestick pulak lepas ni. Takperlah, belajar semua benda tak salah kan? Apa pun, yang penting sekarang ni, aku kena go back to basic iaitu, "Tetapkan matlamat" dulu. Banyak orang yang gagal (termasuklah aku) antara punca utamanya adalah, matlamat takde ataupun tak berapa kukuh dan jitu. Sebab tu la kalau korang yg pernah masuk MLM (Aku pernah join dulu-dulu tapi tak pegi mana pun), antara training yang dititikberatkan adalah "personal development". Teknik hebat mana pun, kalau diri sendiri goyang, tak boleh pergi jauh jugak..betul tak?

Okaylah, cukup la kut sampai sini aku tulis. Ni pun nak tulis blog post ni dekat sejam aku habiskan masa. Nanti ada kelapangan, aku tulis lagi. Sekian..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)