MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 25 Oktober 2014

Pengalaman Menggunakan Local Depo InstaForex

InstaForex merupakan satu broker yang mempunyai nama yang agak high profile di Malaysia. Kalau tengok di website InstaForex, Malaysia menduduki nombor 3 daripada bilangan Introducer Brokers dengan 18 pejabat. InstaForex pun ada disenaraikan dalam pemerhatian Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2012 lagi. Partner aku Melaka LFx dah pernah cerita dengan aku pengalaman buruk bersama broker InstaForex ni, lain orang mungkin lain ceritanya jadinya aku buat keputusan untuk mencuba sendiri pengalaman menggunakan broker InstaForex ni. Tujuan utama aku adalah kerana dengan jumlah client InstaForex yang ramai tu, aku boleh gunakan peluang untuk mencuba sistem PAMM yang InstaForex sediakan. Kononnya lah..

Kalau sebelum ni aku cuma deposit menggunakan sistem elektronik iaitu Neteller dan PayCo. Sebelum tu, menggunakan sistem PayCo aku gunakan USD5 yang diberi dan deposit USD10. Selepas beberapa minggu trading, aku withdraw USD44 menggunakan PayCo Exchanger, kat sini timbul masalah sikit di mana duit aku tu sangkut selama hampir 3 minggu baru la clear masuk ke dalam akaun bank aku. Panjang citernya jadi aku ringkaskan jer ni. Menariknya PayCo ni rate dia memang rendah USD1 sama dengan RM3.10 so kalau nak bertrading tapi modal kurang, PayCo boleh dijadikan sebagai alternatif, tapi pengeluaran di InstaForex masih sama jugak, akan mengambil masa lebih kurang 2 hari. Jadinya tempoh masa untuk withdraw boleh aku simpulkan kat sini akan ambil 1 minggu paling cepat atau 2 minggu la paling lambat.

Cukup la kut cerita aku pasal PayCo tu. Kali ni aku cuba pulak Local Depo dengan salah satu IB InstaForex ni Malaysia iaitu InstaKL. Tujuan utama aku buat local depo ni bukan apa, sebab nak hadir ke Grand Dinner InstaForex jer pun. Saja nak merasai peluang untuk makan free kat Hotel mewah..hahaha..habis jer dinner, aku bercadang nak withdraw la keseluruhan duit tu. Aku buat withdrawal request hari Ahad 12 Oktober, sehari selepas dinner tu. Malam 12/10 tu aku dapat notification kata dah confirm, aku pun tunggu. Hari Selasa 14/10, takde sebarang berita aku hantar email kat staf Admin InstaKL, takde respon, Hari Rabu 15/10, aku hantar lagi email tapi aku tambah lagi orang dalam CC, baru ada respon daripada orang yang aku tambah. Okaylah ada dapat respon, aku email lagi tanya, esoknya 16/10 baru dapat tahu orang tu rupanya IB cawangan lain la pulak.

Hari Khamis 16/10, aku terfikir mungkin email berjela aku ni masuk spam folder kut so aku pun buat email fresh attach sekali dengan PDF request withdrawal tu, kali ni aku tambah lagi CC sorang lagi yang mungkin bos cawangan InstaKL. Baru la dapat kol daripada wakil InstaKL. Dia pun check akaun aku, dia kata akaun aku ni masalah nak withdraw sebab ada link dengan PAMM la Copytrade la semua bagai. Biasalah, aku pun dengan client kampeni aku keje pun biasa dah bagi alasan semua tu sebab saja nak lengahkan masa. Dia pun cadangkan aku buat request lagi sekali tapi amaun tu kurangkan sikit. Hari pun dah hari Jumaat 17/10. Dalam hati aku cakap, dah weekend ni memang takde la nak prosesnya, kena tunggu hari Isnin la.

Memang betul pun, Isnin masih lagi tiada tanda-tanda duit withdrawal aku. Tapi wakil InstaKL tu kol aku, dah pulak kali dia macam dia pulak mengadu kat aku kata ada keluar error la apa semua. Aku tanya direct la, sekarang ni nak buat macam mana? Dia pun suruh la aku contact terus dengan InstaForex Russia kata IB ada masalah nak withdraw. Aku pelik, ko kan IB aku, time depo laju jer tapi bila nak withdraw macam-macam alasan pulak. Dah aku pulak nak kena buat keje untuk IB, padahal aku tak dapat gaji IB pun. Demi mendapatkan duit aku tu balik sebab aku ada benda nak kena bayar, aku pun buat la komplen bukan satu, tapi kat dua tempat. Satu kat dalam support page satu lagi email CC kat semua orang.



20/10 aku send, esoknya 21/10 aku send lagi sekali sebab bengang apasal lama sangat, lepas tu baru la aku dapat respon. Aku pun terus la email kat IB aku tu dengan screenshot ni. Baru la IB aku tu respon balik. 22/10 baru la masalah withdrawal aku ni setel, tu pun ada lagi la baki equiti aku dah diorang jugak yang mintak aku kurangkan withdrawal amaun tu. Citer ni belum habis lagi, 21/10 ada pulak staf InstaKL tersilap transfer duit kat akaun aku. Staf admin yang aku email daripada minggu lepas tu baru la nak reply kat aku hari Isnin 20/10 katanya cuti annual leave. Helloo..takde orang yg boleh back up ko ke kalau on leave pun, apa punya customer service da..berbalik pada citer salah transfer akaun, admin ni contact aku guna Whatsapp lebih kurang sejam selepas aku tengok ada duit masuk dalam akaun Maybank aku. Aku duk ingat masalah aku dah setel, rupanya dia nak mintak aku pulangkan balik duit tu sebab staf diorang tersalah transfer kat aku sebab ingat request aku tu dah approve. Aku dah "WTF"..Takperlah, memandangkan aku seorang yang amanah, aku pulangkan balik RM352 (USD110) tu.

Macam-macam hal. Begitulah kisah, coretan sebenar dan luahan perasaan aku sepanjang menjadi pelanggan InstaForex bagi tempoh beberapa bulan ni. Adakah aku akan rekomen broker InstaForex, mestilah TIDAK setelah apa yang berlaku tetapi aku tak nafikan tools yang dibekalkan oleh InstaForex ni agak menarik dan komprehensif jugak sebenarnya. Mungkin disebabkan pelanggan yang terlalu ramai di seluruh dunia, proses bagi withdrawal tu memakan masa yang panjang dan rumit. Kepada IB InstaKL, aku ucapkan terima kasih kerana akhirnya dapat menyelesaikan masalah aku, harap dapat memperbaiki mutu khidmat pelanggan anda dengan respon yang pantas dan cekap meskipun proses withdrawal tidak dapat dipercepatkan.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)