MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 22 Februari 2015

Februari 2015: Laporan Trading (Week 3)

Minggu ke-47. Hasil trading minggu ke-3 bulan Februari 2015:

Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 (Week 3)
Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 (Week 3)
Minggu trading ke-3 bulan Februari ni bermula pada hari Isnin dengan aku sibuk nak close kan position SELL GBPUSD aku yang carry forward sejak minggu lepas sebab aku nampak trend dah berubah kepada BUY. Hari Selasa takde position yang close, hari Rabu baru ada yang close. Tu pun sebab terkena stop loss positif sebab ada news kut. Hari Khamis aku tak berapa fokus sangat trading sebab cuti Hari Tahun Baru Cina, aku duduk rumah takde keje nak buat sambil jaga anak-anak aku pergi study dan test pasal Binary Option. Aku akan tulis satu blog post khas pasal binary option tu dan apa pengalaman aku dapat daripada eksperimen sehari aku tu.

Hari Jumaat pun cuti jadinya ada sedikit masa la aku dapat untuk fikirkan pasal trading plan. Sebenarnya aku tak cukup masa sangat pun sebab keutamaan aku sebenarnya lebih kepada keluarga aku iaitu anak-anak kecik aku tapi aku cari jugak la masa sikit. Minggu ni sebenarnya market matawang Eropah duk sibuk pasal kes Greece lagi. Keputusan berita pasal Greece tu korang Google la sendiri, aku nak cerita pun bukannya aku seorang pakar ekonomi. Trading plan aku agak high risk sikit sebab trading plan aku adalah BUY dengan stop loss aku cuma pada 100 pips di GBPUSD. Hari Jumaat malam tu USD kuat pulak, sikit lagi nak cecah stop loss aku lepas tu aku tertidur. Aku bangun pukul 4 pagi tengok USD lemah mungkin sebab kes Greece atau news apa ntah yang aku tak tahu, profit aku tengok dah cecah USD200 lebih tu terus aku letak stop loss positif. Pukul 5am lebih aku tengok position aku yang high risk tu dah close dah pun tapi cuma USD100 lebih je.

Strategi terbaru aku untuk adjust stop loss positif ni kadang-kadang aku rasa agak mengecewakan jugak sebab sepatutnya aku boleh profit lebih tapi bila hit stop loss profit aku dapat kurang. Cuma strategi ni lebih baik daripada asyik bertahan pada posisi negatif. Bila tengok graf prestasi aku kat atas tu, aku terasa macam aku dah hilang 'touch' pada trading aku pulak, atau mungkin strategi aku gunapakai sejak sekian lama dah tak berapa kena dengan keadaan market sekarang. Apa pun, aku masih bersyukur sebab aku masih lagi dapat bertahan daripada mengalami sebarang loss sepanjang 2 minggu ni.

Feb 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 3)
Okay la minggu ni berjaya perolehi 289 pips berbanding minggu lepas.

PAMM Investment Demo

Minggu ke-16 PAMM Investment Demo:

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:22/2/2015)
Akaun MenjadiTrader meningkat sebanyak USD1.50 berbanding minggu lepas. Jadi la kan? Apa sudah jadi dengan partner aku Melaka LFX ni? Cepat buat recovery plan my friend!

Jom tengok demo akaun yang lain pulaklah:

PAMM Investment Demo Accounts (PAMM Manager Malaysia) 22 Feb 2015
EntryFX dengan Charlie dah out aku rasa, aku ingat nak padam la kut daripada senarai. Melaka LFX jatuh hampir 20% tu daripada minggu lepas. GJ Maniac turun sikit. MenjadiTrader, Jalopeno dan istiqamahfx naik sikit.

Sepanjang minggu ni aku ada join 2-3 webinar berkenaan Forex ni. Webinar ni aku join sebab aku perlukan momentum untuk terus berada dalam trading Forex ni. Aku rasa aku pernah cerita sebelum ni yang kehidupan aku bukan di dalam kelompok mereka yang terlibat dalam online retail forex trading ni oleh itu boleh dikatakan yang aku ni sebenarnya kesunyian. Manusia ni senang terpengaruh dengan keadaan persekitaran. Kadang-kadang aku ada jugak terfikir nak berhenti je daripada trading forex ni sebab rasa macam untung kecil, risiko besar dah macam takde faedah je.

Cukuplah kut luahan perasaan, kang lagi banyak aku tulis macam tak ilmiah pulak blog aku ni..hahaha..minggu depan minggu terakhir yang akan menentukan keputusan bulanan trading aku. Sekian dahulu buat masa ni.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hi,

nak tanya sikit..
sepanjang menjadi trader dengan liteforex, ada masalah withdraw tak?

cecite sikit pengalaman..

Menjadi Trader berkata...

Salam Tanpa Nama,

Setakat ni tak pernah lagi ada masalah withdraw dengan LiteForex. Akhir withdraw November 2014 lepas bawak keluar semua modal USD200 dengan profit sekali. Cuma pastikan request di web liteforex.my kalau guna local deposit, cepat sikit sebab staf LiteForex Malaysia yang akan handle.

Aku ni kira kategori trader yang tak berapa rajin nak depo dan withdraw, ramai lagi trader LiteForex kat Malaysia ni kat luar sana yang dah selalu withdraw riban-riban..hehe..

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)