MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Isnin, 4 Januari 2016

Ulasan Prestasi Trading Project PAMM MenjadiTrader Sepanjang Tahun 2015

10:38 PTG 1
Kita telah pun memasuki tahun 2016. Cepat betul masa berlalu. Sebelum tu aku nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2016" kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Biasanya orang bila time tahun baru ni suka tetapkan azam itu ini, tapi aku bukan jenis yang suka nak buat azam-azam ni jadinya kita 'go with the flow' jer la.

Memandangkan aku ni seorang trader, jadinya tiba masanya untuk aku membuat laporan trading dan juga prestasi trading untuk projek PAMM aku sepanjang tahun 2015:

Graf growth akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 4 Januari 2016
Berdasarkan kepada tool MQL5 yang aku gunakan setiap kali untuk melihat perkembangan semasa trading projek PAMM aku ni, bagi tahun 2015 aku telah berjaya mendapatkan profit sebanyak 15.17% iaitu perkembangan yang sihat la. Bulan lepas iaitu bulan Disember hasilnya agak kurang sebab aktiviti aku kurang dan market pada instrumen yang aku trade pun agak kurang jadinya memang kuranglah.

Sekurang-kurangnya profit yang dijanakan oleh projek aku ni melebihi dividen ASB yang diumumkan bulan lepas iaitu 7%. Kira okaylah tu kan? Rasanya kalau aku ambil risiko yang lebih lagi, mungkin aku boleh untung lebih lagi rasanya. Apa pun, hasil ni bagi aku mencukupi dah dengan risiko trading yang rendah yang boleh diterima oleh jantung aku. Serius aku cakap aku ni cepat cemas bila tengok drawdown aku teruk sangat ataupun bila margin level aku dah semakin sikit.

Mari aku tunjuk pulak graf equiti, graf ni penting sebenarnya sebab daripada sini kita boleh tengok sama ada trader tersebut pandai mengawal equiti ataupun modal trading yang ada di dalam akaun.

Graf equiti akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 24 Disember 2015
Kalau kita tengok garisan hijau dalam graf kat atas tu, itu adalah jumlah equiti yang 'floating' ataupun yang diapungkan di dalam market berdasarkan nilai lot yang kita masuk pada harga-harga instrumen yang didagangkan. Macam garisan hijau aku tu kita tengok dipermulaan trading dulu aku ada ambil risiko yang tinggi yang telah menyebabkan equiti aku melonjak naik sedikit, selepas tu lama sikit aku duk kawal dan bergerak mendatar jer sampailah baru-baru ni aku bermain dengan floating yang agak tinggi dan telah melonjak ke paras tertinggi setelah memecahkan resistance..hehe..dah macam ulasan bola la pulak aku tulis ni..

Jom kita tengok tools lagi satu yang aku gunakan iaitu FX Junction:

JayDee FX Page
Aku memang suka mencuba sebarang jenis analytic tools ni, ianya membantu untuk kita memahami dengan lebih jelas keadaan semasa. Contoh kalau tengok pada graf di atas, sepanjang jangka hayat akaun ni, aku telah berjaya mengumpulkan 16,784 pips.


Ada orang dia trade segala macam jenis pair, aku ni pulak hanya trade 2 jenis pair jer iaitu EURUSD dan GBPUSD. Ada jugak orang tanya aku, rugi la tak trade banyak instrumen lain yang broker dah sediakan tu tapi aku biasanya akan jawab dalam forex trading ni, ada 1001 cara dan teknik untuk kita profit jadinya terpulanglah pada pendapat masing-masing tapi yang penting kita mesti PROFIT dan jangan rugi.


Daripada statistik di atas, dapat disimpulkan yang aku ni pun bukannya seorang trader yang cemerlang sangat pun. Secara keseluruhan aku punya trading yang berjaya cumalah 62% je pun. Kalau kat sekolah aku dapat markah C jer. Cuma macam aku cakap tadi, yang penting PROFIT mesti mengatasi kerugian, itu adalah asas perniagaan yang paling basic pun.

Jadinya itulah setakat ni ulasan yang boleh aku berikan terhadap projek PAMM yang telah aku jalankan selama 92 minggu. Katanya tahun ni akan jadi lebih mencabar lagi tapi kita ni hanya merancang, tuhan yang akan menentukannya. Semoga segala usaha anda untuk tahun 2016 ni berjalan dengan lancar dan jayanya.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)