Isnin, 13 Februari 2017

Leverage 1:5000? Biar Betul! (ForexMart Review)

Sekiranya anda seorang trader forex yang masih baru, anda mungkin tidak berapa faham apa dan bagaimana nak gunakan leverage di dalam forex trading ni. Jangan risau, lama-lama nanti anda akan faham betapa penting kegunaan leverage ini sekiranya anda betul-betul memahami topik berkenaan 'risk management'. Senang cerita, sekiranya modal akaun trading anda kecil, leverage ini sangat membantu.

Setakat broker yang aku pernah guna, leverage paling besar yang aku pernah jumpa adalah 1:2000. Itu pun ada syarat-syarat tertentu yang agak memeningkan tetapi syarat-syarat itu penting sebab semakin tinggi leverage, semakin tinggi risiko dan semakin tinggi profit yang potensi anda akan dapat.

Baru-baru ini, aku dihubungi oleh satu broker yang aku pernah dengar cuma belum pernah guna. Hairan jugak aku macam mana affiliate manager ni boleh hubungi aku melalui no telefon Whatsapp aku dan diorang ni pulak daripada Indonesia. Apa pun, baru-baru ini aku berkesempatan berkunjung ke Bandung Indonesia untuk bercuti. Memang menarik dapat berkunjung ke tempat orang dan melihat suasana yang sangat berlainan daripada negara sendiri. Disebabkan usaha manager tersebut sentiasa berhubung dengan aku, aku pun register la satu akaun dengan broker ni:

Anda boleh buka akaun ada di sini sekiranya berminat
Biasanya bila aku tengok broker ni, aku akan tengok jenis-jenis akaun yang broker ni boleh tawarkan:

3 Jenis Akaun ForexMart
Apa yang menarik perhatian aku adalah maksimum leverage adalah 1:5000. Sangat dahsyat!

Seperti biasa, sesuatu yang dahsyat perlu ada elemen yang memerlukan kawalan, jadinya untuk menikmati leverage yang dahsyat ini, akaun trading anda seharusnya tidak melebihi USD1,000, kalau lebih daripada USD1,000 maka broker akan mengurangkan leverage ini sehingga 1:500. Itu menurut nota yang diberikan di bawah muka surat jenis akaun di ForexMart.

Aku akan mencuba dan test akaun di ForexMart ini tetapi kalau anda ingin tahu lebih lanjut, bolehlah rujuk slide presentation di bawah:


Forexmart

Sekian dulu buat kali ini. Selamat bertrading!


Tiada ulasan:

Catatan Popular

Terima Terus Update Blog ini ke Email

Hubungi Admin MenjadiTrader

Nama

E-mel *

Mesej *