Jumaat, 7 April 2017

Kerugian RM1,854 Gara-Gara FGV

KWSP dah pun lepaskan semua pegangan saham FGV diorang. Aku pulak, remisier aku akhirnya suruh aku lepaskan saham FGV aku padahal dia dulu yang mendorong aku untuk buat keputusan untuk beli saham FGV. Habis aku rugi:

Report Account Investment aku di AmInvestment
Modal aku takde la besar sangat, tapi kalau dah drawdown 60% memang sakit jiwa jugak la. Tapi apa boleh buat, aku yang buat keputusan bersetuju untuk membenarkan remisier saham aku (yang kononnya expert dalam trading ni boleh buat 60% ROI setahun) untuk tradekan bagi pihak aku jadinya aku terpaksa la menelan kepahitan ini.

Aku pun tak faham daripada beribu saham yang ada kat Bursa tu, kenapa FGV jugak yang remisier aku ni beli?

Price FGV 7 April 2017

Jiwa mesti kental bila masuk dunia trading dan pelaburan..

Tiada ulasan: