MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Selasa, 4 Julai 2017

SocialVPS Review: Kenapa Anda Memerlukan VPS Untuk Robot Trading atau EA

Sekiranya anda seorang trader yang menggunakan kaedah trading menggunakan bantuan robot atau Expert Advisor (EA), kriteria utama yang diperlukan adalah perisian MT4 anda perlu dihubungkan dengan internet 24 jam sehari tidak termasuk Sabtu dan Ahad.

Memandangkan penggunaan ekstrim perisian MT4 di laptop atau PC anda 24 jam ini, antara cabaran utama yang terlibat adalah:

Kos Elektrik

Walaupun kos elektrik di Malaysia ni takde la mahal mana tetapi kalau anda menggunapakai PC terutamanya PC yang mempunyai spesifikasi gaming, kos elektrik anda mungkin agak tinggi daripada pengguna laptop biasa.

Risiko "Black Out"

Mungkin sekarang ini bekalan elektrik jarang menghadapi masalah tetapi sekiranya berlaku, ianya boleh mengganggu calculation EA yang sedang berjalan terutamanya ketika pasaran sedang rancak berlaku.

Kekangan PC atau Laptop Itu Sendiri

Katakan anda tidak mempunyai PC atau laptop yang tidak dikhususkan khas untuk running perisian MT4, anda biasanya akan berkongsi PC/Laptop tersebut dengan perisian-perisian lain seperti Google Chrome, Microsoft Office dan sebagainya. Kebiasaannya memang takde masalah perisian MT4 tetapi sekiranya RAM di PC/laptop anda tidak mencukupi (contohnya PC/Laptop anda cuma ada 2GB RAM), anda akan menghadapi masalah kelembapan dalam menggunakan komputer anda. Ianya juga boleh menyebabkan PC/Laptop anda 'hang' dan menjejaskan fungsi EA MT4 anda. Satu perkara lagi, sekiranya kita perlu keluar rumah atau ofis selama 2-3 hari, adakah ianya satu tindakan bijak untuk membiarkan komputer kita beroperasi tanpa pengawasan?

Masalah Internet

Internet merupakan komponen terpenting dalam online trading, biasanya bila kita sudah semestinya akan guna internet yang paling stabil sama ada TMNet UniFi atau Streamyx. Kalau guna mobile, kita perlu pastikan connection kita sama ada 4G atau paling kurang 3G. Tetapi connection internet di Malaysia ni sudah semestinya akan mengalami gangguan sekali sekala dan itu adalah perkara biasa. Tetapi bagi perisian MT4, ini akan mengganggu perjalanan EA tersebut yang mungkin akan terlepas signal-signal penting yang telah dijumpai bagi tujuan entri. Ini merupakan satu risiko yang agak kritikal.

Bagaimana VPS Menyelesaikan Masalah-masalah Di Atas?

Dengan hanya modal serendah RM25.20, satu VPS dengan Operating System Window XP yang beroperasi 24 jam di sebuah Data Center terletak di Eropah, dompet serta akaun trading anda akan menikmati faedah ini:
  1. Tiada tanggungan kos elektrik: Kos ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak penyedia server tersebut
  2. Tiada downtime atau black out: Setiap sistem operasi komputer di data center dibekalkan dengan Uninterruptable Power Supply atau UPS serta back up generator yang dikuasakan oleh enjin diesel yang boleh bertahan sehingga beberapa hari.
  3. Tiada masalah connection internet: Akaun MT4 anda akan sentiasa berhubung dengan server trading menggunakan network yang berkapasiti setinggi 1GB per saat. Ini menjadikan kerja-kerja pengiraan Robot anda lebih pantas dan cekap.
Begitulah serba sedikit mengapa anda perlu menggunakan VPS sekiranya anda bercadang ataupun sedang menguruskan akaun trading MT4 anda menggunakan bantuan Robot atau Expert Advisor.

Bagi tujuan ini, saya telah menguji satu perkhidmatan VPS daripada negara jiran kita Indonesia iaitu SocialVPS.


Pilihan VPS (Windows) dengan harga yang murah bagi tujuan Forex Trading

Senarai VPS yang telah dibeli

Produk VPS yang telah dibeli beserta maklumat produk yang berkaitan

Kawalan dan maklumat semasa VPS yang dibeli

Contoh VPS yang saya sendiri pakai yang beroperasi menggunakan Windows XP
Setakat testing yang saya telah jalankan selama sebulan, sememangnya perkhidmatan SocialVPS sememangnya memuaskan. Saya dah cuba masukkan sampai 12 instance MT4 (Akaun Real dan Demo) daripada pelbagai jenis broker yang bergerak serentak di dalam satu container VPS ni dan kesemua akaun trading saya beroperasi dengan lancar. Saya sebenarnya tak galakkan anda sumbat semua MT4 anda di dalam satu VPS tetapi sekiranya anda mempunyai pengalaman mengendalikan server seperti saya yang mana anda boleh seimbangkan penggunaan resources software MT4 dengan jumlah RAM yang terhad, dipersilakan untuk berbuat demikian.

Kalau ada sebarang masalah berkaitan server, anda boleh menghubungi support SocialVPS di website mereka. Respon mereka agak pantas dan mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang bagus. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya bagi tujuan menguruskan VPS anda, sila berhubung terus dengan saya.

Cubalah SocialVPS

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)