Saya Ed, saya mula berkecimpung dalam dunia Forex pada tahun 2006, berhenti seketika selama lebih kurang 5 tahun. Saya kemudiannya mencari dan meneroka pelbagai bidang dalam dunia digital seperti Internet Marketing, Google Adwords, eBay, Shopify, FB Ads, Dropshipping, Amazon, Affiliate dan macam-macam lagi perniagaan online.
Saya kembali semula kepada Forex trading pada tahun 2014 dengan menjadi seorang PAMM Manager di broker LiteForex. Bermula dengan modal cagaran sebanyak USD200 (Equiti dagangan dimulakan pada USD25,000) dalam tempoh 31 bulan dikembangkan sebanyak 78% atau hampir mencecah USD50,000. Akaun PAMM yang saya uruskan ini juga dihubungkan dengan platform MQL5 yang memberikan signal percuma dan telah menarik ratusan subscribers di seluruh dunia. Program PAMM ini telah pun ditamatkan.
Kenapa berdagang matawang? Dengan modal permulaan yang kecil sebagai contoh USD10, anda boleh mendapat keuntungan sebanyak 100% dalam tempoh yang singkat (sekiranya anda berani menanggung risiko yang terlibat). Cuba bayangkan kalau tambah satu lagi kosong pada USD10 tadi, dah jadi USD100 kan? Kalau 100% profit daripada USD100? Tetapi ini lebih kepada teori sahaja, pelaksanaan dalam real akaun selalunya tidak seindah teori yang digambarkan. Satu perkara pokok yang sering menghalang mana-mana trader adalah psikologi dan emosi.
Pada pandangan peribadi saya, pelaburan yang paling menguntungkan bukan terletak kepada jumlah wang yang kita ada, pelaburan terhadap diri kita sendiri sebenarnya adalah pulangan yang terbesar malah lebih terjamin lagi kerana kemahiran kewangan merupakan ilmu yang boleh menjamin masa depan kita bersama meskipun berhadapan dalam keadaan ekonomi yang semakin kompleks dan mencabar masa kini.
Berikut adalah topik di dalam Online Forex Trading yang saya sentiasa akan berminat iaitu daripada segi teknikal pemilihan broker, money management dan penggunaan Robot Forex atau EA. Semua teknik di dalam Forex trading adalah bagus apabila kena dengan gaya, masa dan ketikanya serta sememangnya boleh mendatangkan keuntungan cuma yang paling penting adalah bagaimana kita menggunakannya.
Saya boleh dihubungi dengan menghantar email kepada menjaditrader[at]gmail.com