MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Khamis, 28 Mei 2020

5 Tips Mengawal Stress Apabila Trading di Real Account

10:00 PTG 0


Bagaimana nak mengawal stress apabila beralih daripada trading di Demo Account kepada trading di Real Account:
  1. Anggap sahaja modal trading anda di Real Account tersebut adalah modal hangus.
  2. Kurangkan asyik-asyik nak check akaun trading anda tu terutamanya apabila menggunakan MT4 di Android atau Iphone
  3. Sekiranya trading ini aktiviti part time, fokus kepada pekerjaan hakiki anda
  4. Kalau tidur anda terganggu disebabkan asyik teringat akaun trading anda, itu tandanya anda punya lot saiz terlalu besar
  5. Kesemua point di atas boleh berubah maksud dan kadang-kadang tak boleh pakai pun mengikut satu-satu keadaan.

Khamis, 14 Mei 2020

Bonus Daripada Broker, Patut ke Kita Ambil?

12:02 PG 0

Sekarang ni kalau kita tengok, sebenarnya dah lama dah, banyak broker kini melakukan pelbagai jenis promosi untuk menarik trader membuka akaun dengan mereka. Satu promosi yang digunapakai adalah bonus trading. Berikut adalah sedikit tips yang boleh anda fikir-fikir dan selidik sebelum menerima atau mengambil bonus yang disediakan oleh pihak broker:
  1. Baca betul-betul terma dan syarat bonus tersebut

    Pada asasnya kita akan nampak macam bonus broker bagi tu best sebab akan menambahkan lagi equiti yang kita ada bagi memperhebatkan lagi kekuatan akaun trading kita. Namun begitu, dalam situasi-situasi tertentu seperti ada news terutamanya, terma dan syarat bonus ini boleh berubah mengikut budi bicara broker tersebut

  2. Leverage vs Bonus

    Biasanya antara dua jenis perkara di atas, adalah jarang kita akan lihat broker akan bagi maksimum bonus dan maksimum leverage. Mesti ada pengorbanan sama ada salah satu daripada perkara di atas. Satu perkara penting adalah, sentiasa lihat risiko yang bakal akaun trading anda hadapi.

  3. Spread/Komisyen Halus Mungkin Akan Ditarik Balik

    Saya tak berani nak komen sangat mengenai perkara di atas, tetapi kebiasaannya saya akan buat kembali analisis berapakah kiraan keuntungan projection berbanding keuntungan sebenar (actual figure). Setakat ujian atau kiraan yang saya pernah lakukan, terdapat sedikit perbezaan di antara kiraan dan amaun yang sebenar apabila kita melakukan trading dan ini berbeza di antara jenis akaun, jenis broker, jenis leverage, jenis platform dan lain-lain.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Kit Online Trading bagi membantu anda memahami perkara-perkara di atas, anda boleh berbuat demikian di sini. Sekian, selamat bertrading rakan-rakan trader semua!

Jumaat, 1 Mei 2020

Berapa Leverage Akaun Trading Yang Patut Anda Pilih?

9:53 PTG 0

Dalam post ni, saya takkan ajar bagaimana nak kira leverage apa semua. Semua tu kita telah pun dianugerahkan sebuah komputer atau handphone dengan software, paling koman pun kalkulator, kena belajar dan praktis cara nak guna je. Kalau tak tahu pun, kalau kita betul-betul nak memahirkan diri, kita akan guna Google dan baca segala apa ilmu yang broker dah sediakan, paling tak pun apa yang orang lain dah pernah tulis secara online.

Jadinya, untuk post ini saya nak bercerita mengenai pengalaman saya berurusan dengan leverage ni waktu saya awal-awal berkecimpung dalam dunia online forex trading ni. Saya sebenarnya ada masalah nak faham leverage ni apa benda, dah baca berkali-kali pun tak boleh nak faham jugak. Lama jugak la saya duk baca sana, baca sini tapi tak jugak faham-faham. Akhirnya, apa saya buat adalah saya bukak akaun demo trading dengan broker dan saya tak bukak 1 akaun je, saya bukak berpuluh akaun trading demo dan setiap akaun ada leverage yang berbeza. Hasil daripada situ, secara automatik saya bukan sahaja dapat faham pasal leverage, tetapi terus dapat faham apa itu stop out dan juga margin call atau popularnya dipanggil MC. Barulah tahu, MC tu sebenarnya akaun tak lingkup lagi, cuma panggilan suruh top up akaun trading agar tidak stop out.

Moralnya di sini adalah, kalau anda ada masalah nak memahami berkenaan online forex trading, janganlah berputus asa terlalu awal. Teruskan usaha anda untuk memahami dan banyakkan praktis menggunakan demo akaun sekiranya anda rasa loss bila guna Real akaun tu terlalu pedih untuk jiwa anda.


Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)