MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Khamis, 14 Mei 2020

Bonus Daripada Broker, Patut ke Kita Ambil?


Sekarang ni kalau kita tengok, sebenarnya dah lama dah, banyak broker kini melakukan pelbagai jenis promosi untuk menarik trader membuka akaun dengan mereka. Satu promosi yang digunapakai adalah bonus trading. Berikut adalah sedikit tips yang boleh anda fikir-fikir dan selidik sebelum menerima atau mengambil bonus yang disediakan oleh pihak broker:
  1. Baca betul-betul terma dan syarat bonus tersebut

    Pada asasnya kita akan nampak macam bonus broker bagi tu best sebab akan menambahkan lagi equiti yang kita ada bagi memperhebatkan lagi kekuatan akaun trading kita. Namun begitu, dalam situasi-situasi tertentu seperti ada news terutamanya, terma dan syarat bonus ini boleh berubah mengikut budi bicara broker tersebut

  2. Leverage vs Bonus

    Biasanya antara dua jenis perkara di atas, adalah jarang kita akan lihat broker akan bagi maksimum bonus dan maksimum leverage. Mesti ada pengorbanan sama ada salah satu daripada perkara di atas. Satu perkara penting adalah, sentiasa lihat risiko yang bakal akaun trading anda hadapi.

  3. Spread/Komisyen Halus Mungkin Akan Ditarik Balik

    Saya tak berani nak komen sangat mengenai perkara di atas, tetapi kebiasaannya saya akan buat kembali analisis berapakah kiraan keuntungan projection berbanding keuntungan sebenar (actual figure). Setakat ujian atau kiraan yang saya pernah lakukan, terdapat sedikit perbezaan di antara kiraan dan amaun yang sebenar apabila kita melakukan trading dan ini berbeza di antara jenis akaun, jenis broker, jenis leverage, jenis platform dan lain-lain.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Kit Online Trading bagi membantu anda memahami perkara-perkara di atas, anda boleh berbuat demikian di sini. Sekian, selamat bertrading rakan-rakan trader semua!

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)