MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Jumaat, 1 Mei 2020

Berapa Leverage Akaun Trading Yang Patut Anda Pilih?


Dalam post ni, saya takkan ajar bagaimana nak kira leverage apa semua. Semua tu kita telah pun dianugerahkan sebuah komputer atau handphone dengan software, paling koman pun kalkulator, kena belajar dan praktis cara nak guna je. Kalau tak tahu pun, kalau kita betul-betul nak memahirkan diri, kita akan guna Google dan baca segala apa ilmu yang broker dah sediakan, paling tak pun apa yang orang lain dah pernah tulis secara online.

Jadinya, untuk post ini saya nak bercerita mengenai pengalaman saya berurusan dengan leverage ni waktu saya awal-awal berkecimpung dalam dunia online forex trading ni. Saya sebenarnya ada masalah nak faham leverage ni apa benda, dah baca berkali-kali pun tak boleh nak faham jugak. Lama jugak la saya duk baca sana, baca sini tapi tak jugak faham-faham. Akhirnya, apa saya buat adalah saya bukak akaun demo trading dengan broker dan saya tak bukak 1 akaun je, saya bukak berpuluh akaun trading demo dan setiap akaun ada leverage yang berbeza. Hasil daripada situ, secara automatik saya bukan sahaja dapat faham pasal leverage, tetapi terus dapat faham apa itu stop out dan juga margin call atau popularnya dipanggil MC. Barulah tahu, MC tu sebenarnya akaun tak lingkup lagi, cuma panggilan suruh top up akaun trading agar tidak stop out.

Moralnya di sini adalah, kalau anda ada masalah nak memahami berkenaan online forex trading, janganlah berputus asa terlalu awal. Teruskan usaha anda untuk memahami dan banyakkan praktis menggunakan demo akaun sekiranya anda rasa loss bila guna Real akaun tu terlalu pedih untuk jiwa anda.


Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)