Saya tak menjangkakan ada dormant fees tu, namun begitu setelah membuat rujukan dan ulangkaji:
Disebabkan peraturan ini sudah pun tertakluk di dalam Terms & Condition oleh broker ini, maka kesimpulan yang dapat disimpulkan:
- Jangan simpan dana trading lama-lama dalam akaun kalau tak nak buat sebarang trading
- Jangan malas, kena rajin buat analisa trading dan cuba kembangkan dana yang ada. Broker boleh buat duit dengan pelbagai cara yang kita tak pernah sangka.
- Sayangi dana trading anda, anda buat deposit pun sebenarnya dah kena tolak exchange rate fees, anda letak position trading pun dah kena spread price, anda nak withdraw pun ada fees lagi.
- Dalam dunia kewangan, attention to detail itu adalah tersangatlah penting.
Okay, itu sahaja untuk update blog MenjadiTrader yang dah sekian lama tidak ada update.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan