MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Khamis, 17 Jun 2021

Bagaimana Untuk Mendapatkan Bitcoin Bernilai RM25

1:51 PTG 0

Sekiranya anda seorang trader di dalam dunia elektronik masa kini, anda sudah semestinya tahu bahawa Bitcoin merupakan satu matawang digital yang harganya berubah dengan sangat cepat.




Walaupun tiada jaminan bahawa matawang ini akan kekal mempunyai nilai yang tinggi seperti yang telah kita saksikan selama ini, Bitcoin kini boleh dimiliki dengan kos yang rendah dan mudah sekarang ini hasil perkembangan teknologi mobile yang semakin pesat.


Ini merupakan screenshot harga Bitcoin yang saya ambil dan simpan pada 4 Jun 2017


Ini merupakan screenshot harga Bitcoin yang saya ambil pada hari ini iaitu pada 17 Jun 2021.

Perbezaan harganya adalah sebanyak RM149,484 atau kenaikan harga sebanyak %1,390.

Inginkan maklumat, sila klik di sini.


Khamis, 28 Mei 2020

5 Tips Mengawal Stress Apabila Trading di Real Account

10:00 PTG 0


Bagaimana nak mengawal stress apabila beralih daripada trading di Demo Account kepada trading di Real Account:
  1. Anggap sahaja modal trading anda di Real Account tersebut adalah modal hangus.
  2. Kurangkan asyik-asyik nak check akaun trading anda tu terutamanya apabila menggunakan MT4 di Android atau Iphone
  3. Sekiranya trading ini aktiviti part time, fokus kepada pekerjaan hakiki anda
  4. Kalau tidur anda terganggu disebabkan asyik teringat akaun trading anda, itu tandanya anda punya lot saiz terlalu besar
  5. Kesemua point di atas boleh berubah maksud dan kadang-kadang tak boleh pakai pun mengikut satu-satu keadaan.

Khamis, 14 Mei 2020

Bonus Daripada Broker, Patut ke Kita Ambil?

12:02 PG 0

Sekarang ni kalau kita tengok, sebenarnya dah lama dah, banyak broker kini melakukan pelbagai jenis promosi untuk menarik trader membuka akaun dengan mereka. Satu promosi yang digunapakai adalah bonus trading. Berikut adalah sedikit tips yang boleh anda fikir-fikir dan selidik sebelum menerima atau mengambil bonus yang disediakan oleh pihak broker:
  1. Baca betul-betul terma dan syarat bonus tersebut

    Pada asasnya kita akan nampak macam bonus broker bagi tu best sebab akan menambahkan lagi equiti yang kita ada bagi memperhebatkan lagi kekuatan akaun trading kita. Namun begitu, dalam situasi-situasi tertentu seperti ada news terutamanya, terma dan syarat bonus ini boleh berubah mengikut budi bicara broker tersebut

  2. Leverage vs Bonus

    Biasanya antara dua jenis perkara di atas, adalah jarang kita akan lihat broker akan bagi maksimum bonus dan maksimum leverage. Mesti ada pengorbanan sama ada salah satu daripada perkara di atas. Satu perkara penting adalah, sentiasa lihat risiko yang bakal akaun trading anda hadapi.

  3. Spread/Komisyen Halus Mungkin Akan Ditarik Balik

    Saya tak berani nak komen sangat mengenai perkara di atas, tetapi kebiasaannya saya akan buat kembali analisis berapakah kiraan keuntungan projection berbanding keuntungan sebenar (actual figure). Setakat ujian atau kiraan yang saya pernah lakukan, terdapat sedikit perbezaan di antara kiraan dan amaun yang sebenar apabila kita melakukan trading dan ini berbeza di antara jenis akaun, jenis broker, jenis leverage, jenis platform dan lain-lain.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Kit Online Trading bagi membantu anda memahami perkara-perkara di atas, anda boleh berbuat demikian di sini. Sekian, selamat bertrading rakan-rakan trader semua!

Jumaat, 1 Mei 2020

Berapa Leverage Akaun Trading Yang Patut Anda Pilih?

9:53 PTG 0

Dalam post ni, saya takkan ajar bagaimana nak kira leverage apa semua. Semua tu kita telah pun dianugerahkan sebuah komputer atau handphone dengan software, paling koman pun kalkulator, kena belajar dan praktis cara nak guna je. Kalau tak tahu pun, kalau kita betul-betul nak memahirkan diri, kita akan guna Google dan baca segala apa ilmu yang broker dah sediakan, paling tak pun apa yang orang lain dah pernah tulis secara online.

Jadinya, untuk post ini saya nak bercerita mengenai pengalaman saya berurusan dengan leverage ni waktu saya awal-awal berkecimpung dalam dunia online forex trading ni. Saya sebenarnya ada masalah nak faham leverage ni apa benda, dah baca berkali-kali pun tak boleh nak faham jugak. Lama jugak la saya duk baca sana, baca sini tapi tak jugak faham-faham. Akhirnya, apa saya buat adalah saya bukak akaun demo trading dengan broker dan saya tak bukak 1 akaun je, saya bukak berpuluh akaun trading demo dan setiap akaun ada leverage yang berbeza. Hasil daripada situ, secara automatik saya bukan sahaja dapat faham pasal leverage, tetapi terus dapat faham apa itu stop out dan juga margin call atau popularnya dipanggil MC. Barulah tahu, MC tu sebenarnya akaun tak lingkup lagi, cuma panggilan suruh top up akaun trading agar tidak stop out.

Moralnya di sini adalah, kalau anda ada masalah nak memahami berkenaan online forex trading, janganlah berputus asa terlalu awal. Teruskan usaha anda untuk memahami dan banyakkan praktis menggunakan demo akaun sekiranya anda rasa loss bila guna Real akaun tu terlalu pedih untuk jiwa anda.


Ahad, 5 April 2020

Mengenali Apa Itu Dormant Fee

10:52 PTG 0
Pada awal bulan April 2020 ini (di dalam tempoh PKP), saya telah mendapat statement akaun broker yang kebiasaannya akan di emailkan pada setiap hari (sekiranya ada open position) dan setiap bulan. Namun begitu, suatu yang luar biasa dilaporkan di dalam statement kali ini:

Saya tak menjangkakan ada dormant fees tu, namun begitu setelah membuat rujukan dan ulangkaji:


Disebabkan peraturan ini sudah pun tertakluk di dalam Terms & Condition oleh broker ini, maka kesimpulan yang dapat disimpulkan:

  1. Jangan simpan dana trading lama-lama dalam akaun kalau tak nak buat sebarang trading
  2. Jangan malas, kena rajin buat analisa trading dan cuba kembangkan dana yang ada. Broker boleh buat duit dengan pelbagai cara yang kita tak pernah sangka.
  3. Sayangi dana trading anda, anda buat deposit pun sebenarnya dah kena tolak exchange rate fees, anda letak position trading pun dah kena spread price, anda nak withdraw pun ada fees lagi. 
  4. Dalam dunia kewangan, attention to detail itu adalah tersangatlah penting.
Okay, itu sahaja untuk update blog MenjadiTrader yang dah sekian lama tidak ada update.

Ahad, 28 April 2019

Membuat Lawatan ke Traders Fair 2019 - Malaysia di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur

8:38 PTG 0
Pada 27 April yang lepas, saya telah menghadiri satu event kewangan yang dinamakan Traders Fair yang iklannya saya terjumpa di FB. Memandangkan saya mempunyai kelapangan pada hari tersebut, maka saya pun register la menggunakan sistem Eventbrite.

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini, saya akhirnya meluangkan masa sedikit untuk kembali melihat industri yang sangat menarik ini. Sememangnya kalau ditakdirkan saya tidak lagi berada di dalam industri IT, industri kewangan atau spesifiknya trading ini adalah industri alternatif yang saya akan ceburi.

Seperti biasa, dah ambil gambar menggunakan smartphone, saya share gambar-gambar serta pendapat peribadi apa yang sempat dirakamkan sebagai seorang trader retail:

Pemandangan apabila keluar daripada lif untuk mendaftarkan diri

Kaunter pendaftaran. Semua pelawat diberikan kertas gelang tangan khas.
Oh yer, sampai-sampai sahaja saya di tempat ni saya sedaya upaya mengelakkan diri daripada promoter-promoter broker yang ada tapi ada sorang mamat oversea daripada broker USGFX ni berjaya menangkap saya. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh mamat ni agak annoying jugak la sebab sebagai seorang trader kecil-kecilan, ada ke patut dia pergi tanya saya berapa capital yang saya ada, berapa profit yang saya hasilkan setiap bulan, berapa group trading yang ada sekarang, berminat nak jadi IB tak, broker mana yang saya gunapakai sekarang ni. Saya jawab la semua tu private la, ko ni siapa nak soal selidik aku sampai macam tu sekali, dah la aku tak kenal pun ko ni sapa, nama ko pun ko tak cakap..haiyaa..

USGFX ni saya lihat agak agresif dalam membuat marketing, rasanya dulu saya pernah jugaklah 2-3 orang international Master IB mereka hubungi saya, tak habis-habis duk pancing dengan keuntungan komisyen jadi IB mereka. Kadang tu kita sendiri pun tak tahu ntah-ntah broker ni sebenarnya whitelabel broker besar mana pulak. Apa pun, kita sebagai trader atau partner 'non-exclusive' atau affiliate bebas broker ni kita kena pandai-pandai bawa diri.

Antara booth broker yang berada di dewan pameran

Ada pentas kecil di sini, jom tengok dengan lebih dekat lagi

Logo-logo broker-broker serta penyedia servis kewangan yang menyertai acara ini

Lagi-lagi broker daripada luar negara

Broker Amega? 1st time dengar nama broker ni

Eh..macam pernah lihat mamat tunjuk tanda bagus tu..tapi di mana ye?

Alamak..sifu forex trading terkenal di Malaya ni la..Masta Shifu TFS Khalid Hamid!

Sempat sembang dengan staf di booth TFS ni sambil belek-belek buku TFS yang tebal print colour tu. Tanya dia berapa harga buku ni? RM300 lebih tetapi termasuk video-video yang boleh tengok online. Sebenarnya kalau anda seorang yang dahagakan produk-produk berkaitan Forex trading atau selalu membuat deposit untuk trading ni, RM300 tu sebenarnya murah sebab tak sampai USD100 pun. Murah atau mahal sebenarnya sangat subjektif, memang saya tabik usaha murni Masta Shifu Khalid Hamid ni dalam memberikan pendedahan, didikan dan bimbingan kepada semua trader-trader di Malaysia ni. Ingat senang ke nak jadi guru Forex ni, kan?


Masta Shifu Kaza sedang memberikan Workshop beliau

Saya sempat dengar workshop beliau pun dah dekat nak hujung-hujung dah. Dah lama tak join FB Live Sifu Kaza ni, dulu rajin gak duk join waktu rajin duk study pasal Forex Trading ni. Saya suka part yang last sekali yang mana beliau cakap takkan la trading dengan modal USD100 boleh buat income yang selesa, perlu buat sesuatu tambahan seperti menjadi seorang IB yang mempromosi broker yang akan memberikan komisyen sampingan kepada anda.

Itu memang saya sangat setuju sebab terdapat pelbagai cabang menghasilkan pendapatan dalam bidang kewangan trading ni. Namun demikian, bagi saya anda harus fokus kepada satu bidang dalam trading ini yang anda boleh jadi pakar dan serahkan perkara-perkara yang bukan kekuatan anda kepada orang lain. Betul tak? (Of course kadang-kadang tu nasihat sendiri pun saya tak dengar..Hahaha).

Workshop berakhir


Broker Wetalk Trade dan VertexFX Trader (1st time nampak nama broker ni)


Ni kat luar dewan, ada Chinese Sifu Forex ni sedang mempromosi program anjuran mereka


Broker daripada Russia yang dikenali ramai terutamanya di Malaysia


Letih dah berpusing, minum kopi jap


Eh..ada maskot pulak tapi macam kenal je broker yang maskot Bull hitam tu

Sempat la jugak ambil video jalan-jalan dalam dewan pameran tu:


Jadinya begitulah kisah lawatan ringkas yang tak sampai sejam pun di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur (dulu nama hotel ni Hotel Nikko sebelah Citibank kat KL ni). Ada nampak juga otai-otai traders, IB dan networkers yang terkenal macam Haji Azhar (ada dalam video di atas), Saudara Najmuldin (exchanger currency yang tersohor di Malaysia ni dan orang penting di FBS) tetapi saya memang tak bertegur sapa dengan mereka bukan sebab sombong sebab saya lebih selesa tidak dikenali lagi dalam industri yang hebat ni buat masa ini.

Isnin, 18 Mac 2019

Video-video MenjadiTrader Bulan Februari 2019

4:42 PTG 0
Berikut adalah video-video pada bulan Februari yang telah dihasilkan:




Episod 7: Kenapa Ramai Trader Kecundang?

Ramai trader ingin cepat kaya, nak deposit kecik tapi nak withdraw besar. Kebiasaannya yang berlaku adalah market sentiasa berubah, jadinya bagaimana kita nak menghadapi situasi ini?

Mari kita belajar daripada tips Cikgu Ridzuan dalam post yang diletakkan dalam secret group JST1000:

1) limitkan risiko kerugian dalam setiap trade
2) jika nak layer pastikan kira berapa layer boleh dibuat
3) ada exit sistem samaada profit atau loss
4) ada perancangan trade
5) kecilkan lot size



Episod 8: Kebaikan dan Keburukan CopyTrade Yang Trader Baru Belum Tahu.

Terdapat banyak kebaikan dan keburukan copytrade ni, di bawah ni sikit-sikit la nota yang perlu anda ketahui sekiranya anda baru-baru berjinak dalam copytrade:

Tukang Copy:
Kebaikan-
1. Follow je leader, dia profit anda profit, dia rugi anda pun rugi
2. Kalau akaun leader besar, anda akaun kecik, profit anda boleh menjadi berganda-ganda
Keburukan-
1. Kalau salah kira ratio copy, memang sekejap je akaun ranap
2. Kalau nak copy betul2, make sure equiti mencukupi dan follow leader copytrade tersebut untuk jangka masa yang lama

Tukang Copy Trade (Leader)
Kebaikan-
1. Komisyen lagi tinggi daripada komisyen affiliate
2. Tempat menunjukkan skill trading anda
3. Boleh trading nilai kecil tapi komisyen berlipat kali ganda (kalau ramai investor atau fund terkumpul besar)
Keburukan-
1. Akan kena maki dan caci sekiranya akaun kecundang atau MC
2. Nama baik skill trading yang anda bina boleh jadi buruk dalam tempoh masa yang sekejap je

Itu sahaja nota-nota ringkas berkaitan dengan copytrade. Semoga bermanfaat.




Episod 9: Apa Itu Backtesting dan Kenapa Saya Tidak Menggunakannya

Tonton video di atas, adalah lebih mudah kalau saya tunjuk daripada nak menulisnya di dalam bentuk perkataan.



Episode 10: 9 Cara Untuk Mendapatkan Punca Pendapatan Di Dalam Bidang Trading

FOREX bukan semata - mata trading sahaja sebagai punca pendapatan.

Antaranya ialah :-
1) Pure Trader
2) Affiliate Marketing (IB/LD)
3) Jual Ebook
4) Jual Signal
5) Kelas berbayar
6) Jual baju
7) Buka broker
8) Jual EA (Robot)
9) Profit sharing copytrade



Episod 11: Kemahiran Trading Sebenarnya Bermula Dari Dalam Diri

Diceduk daripada Telegram Channel Road to FTT oleh Gero Azrul:

Terpengaruh dengan senangnya orang lain buat profit tak membantu kita langsung.

Yang bantu kita ialah;

1. Sikap realistik dalam trading, fokus pada pembinaan sikap profesional dengan buat plan dan execute plan yang membolehkan kita kawal.

2. Kalau forex ini senang, dah tentu ramai gila jutawan mee segera dan bank sendiri pun kena belajar balik dengan trader yang buat duit senang sangat tu.

3. Electronic Forex Trading dalam market sejak 1992 diperkenalkan, dalam hampir 40 dekad, takkan bank tu bodoh sangat tak boleh buat 1 juta jadi 1 billion teknik full margin.

Point aku nak highlight ialah:

Cukup cukuplah ingat penyelesaian masalah korang tak profitable konsisten sebab kau ingat faktor luar contohnya ialah

1. Teknik tak bagus.

2. Modal tak cukup.

3. Masalah bekerja

4. Masalah pasangan tak support

5. Masalah itu ini..

Point ialah, start repair dari dalam dan bukan masih mencari-cari kat luar, apa paling cepat nak selesaikan masalah.

Isnin, 4 Februari 2019

Video-video MenjadiTrader Bulan Januari 2019

8:39 PTG 0
Saya sebenarnya sepanjang bulan Januari 2019 ini, saya lebih cenderung untuk gunakan video berbanding dengan menulis blog kerana saya rasa dengan membuat video, penyampaian mesej dapat dibuat dengan lebih jelas. Sememangnya terdapat banyak lagi kelemahan di dalam penyampaian saya melalui medium video tetapi sekiranya saya berlatih dengan lebih kerap, kualiti penyampaian saya berkemungkinan akan meningkat. Ianya juga sama macam berlatih trading di mana setiap kali kita rajin membuat latihan trading, kita akan semakin mahir dan membuat profit sebenarnya tidaklah sesukar mana ketika kita mula-mula belajar trading dahulu.

Berikut adalah rangkuman video-video yang telah dihasilkan:




Episod 1: Pilot Project EA Demo Account

Create Demo Account (FBS Cent Account)
Why FBS Cent Demo Account?
Demo Expiration: 45 days

VPS Brief (Azure Windows 10)

MQL 5 Account Monitoring (17-25 Jan  2019):
1. Account FBS Demo USD10 7357357 (EURUSD)
2. Account FBS Demo USD10 7357368 (GBPUSD)
3. Account FBS Demo USD10 7339423 (USDCAD)
4. Account FBS Demo USD10 7357372 (USDCHF)
5. Account FBS Demo USD10 7357379 (GBPJPY)




Episod 2: Attaching EA Demo Account to MQL5.com


Di dalam episod 2 ini saya kupas berkenaan dengan MQL5.com, melihat akaun-akaun testing saya dan juga serba sedikit bagaimana untuk membaca data-data dan graf di dalam MQL5.com

MQL 5 Account Monitoring (17-25 Jan  2019):
1. Account FBS Demo USD10 7357357 (EURUSD) 
Investor password : aDU7bwOn
2. Account FBS Demo USD10 7357368 (GBPUSD)
Investor password : dEVEK9iI
3. Account FBS Demo USD10 7339423 (USDCAD)
Investor password : aDU7bwOn
4. Account FBS Demo USD10 7357372 (USDCHF)
Investor password : kEDFmF7y
5. Account FBS Demo USD10 7357379 (GBPJPY)
Investor password : e8k2Dj6P




Episod 3: Bagaimana untuk Menggantikan Kerja-kerja Melakukan Trading Kepada Robot (EA)


Di dalam episod 3 ini saya akan cuba menjawab persoalan untuk bagaimana menggantikan kerja-kerja melakukan trading kepada robot atau EA.

Faktor yang perlu diambilkira:
1. Asas mengenai online trading
2. Broker yang dipilih
3. EA yang digunapakai
4. Modal yang akan digunakan
5. Kemudahan sokongan yang akan digunakan

Sebenarnya ada banyak lagi perkara lain yang perlu diambilkira terutamanya dari segi teknikal sebelum kita boleh menjadi seorang operator robot atau secara umumnya Bos Kepada Robot.




Episod 4: Bagaimana untuk Meletakkan Kepercayaan Kepada Robot (EA) untuk Trading Akaun Kita


Di dalam episod 4 ini saya akan cuba menjawab persoalan bagaimana meletakkan kepercayaan kepada robot untuk melakukan kerja-kerja trading kepada robot atau EA.

Faktor yang perlu diambilkira:
1. Gunakan modal hangus sahaja
2. Pelbagaikan bilangan akaun
3. Faham risiko yang diambil
4. Memahirkan skill monitoring dan decision making
5. Sentiasa ada back-up plan

Ini merupakan sebahagian kecil perkara-perkara yang melibatkan trading menggunakan robot.

Join Program Profit Guna Robot di dalam MenjadiTrader University.



Episod 5: Bagaimana untuk Memantau (Monitor) Akaun Trading Yang Dikerjakan oleh Robot (EA)


Di dalam episod 5 ini saya tunjukkan bagaimana memantau akaun trading yang dikerjakan oleh Robot (EA).

Terdapat 2 cara untuk memantau (monitor):

1. Menggunakan MT4 Mobile (Android/IOS)
2. Menggunakan MQL5.com
3. Menggunakan web tools seperti 

Tips-tips lain:
1. Untuk monitor, sebaiknya kita gunakan investor password bagi mengelakkan kejadian 'gatal tangan'
2. Kawal diri daripada mengganggu robot-robot kita bekerja




Episod 6: Bagaimana untuk Menenangkan Diri Apabila AkaunTrading Anda Sedang Floating Rugi


Di dalam episod 6 ini saya sembang sikit tips bagaimana untuk menenangkan diri apabila akaun trading anda sedang floating rugi:

1. Mindset anda perlu dibetulkan sebelum buka akaun trading
2. Ketika dalam floating, awasi margin level anda
3. Memahami apa itu leverage, bonus dan money management
4. Tambahkan kekuatan equiti akaun trading anda atau cut loss je la

Tips-tips lain:
1. Jangan asyik tukar keputusan trading anda
2. Jangan tengok analisa orang lain atau tengok FB trader-trader lain



Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)