MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Isnin, 18 Mac 2019

Video-video MenjadiTrader Bulan Februari 2019

Berikut adalah video-video pada bulan Februari yang telah dihasilkan:




Episod 7: Kenapa Ramai Trader Kecundang?

Ramai trader ingin cepat kaya, nak deposit kecik tapi nak withdraw besar. Kebiasaannya yang berlaku adalah market sentiasa berubah, jadinya bagaimana kita nak menghadapi situasi ini?

Mari kita belajar daripada tips Cikgu Ridzuan dalam post yang diletakkan dalam secret group JST1000:

1) limitkan risiko kerugian dalam setiap trade
2) jika nak layer pastikan kira berapa layer boleh dibuat
3) ada exit sistem samaada profit atau loss
4) ada perancangan trade
5) kecilkan lot size



Episod 8: Kebaikan dan Keburukan CopyTrade Yang Trader Baru Belum Tahu.

Terdapat banyak kebaikan dan keburukan copytrade ni, di bawah ni sikit-sikit la nota yang perlu anda ketahui sekiranya anda baru-baru berjinak dalam copytrade:

Tukang Copy:
Kebaikan-
1. Follow je leader, dia profit anda profit, dia rugi anda pun rugi
2. Kalau akaun leader besar, anda akaun kecik, profit anda boleh menjadi berganda-ganda
Keburukan-
1. Kalau salah kira ratio copy, memang sekejap je akaun ranap
2. Kalau nak copy betul2, make sure equiti mencukupi dan follow leader copytrade tersebut untuk jangka masa yang lama

Tukang Copy Trade (Leader)
Kebaikan-
1. Komisyen lagi tinggi daripada komisyen affiliate
2. Tempat menunjukkan skill trading anda
3. Boleh trading nilai kecil tapi komisyen berlipat kali ganda (kalau ramai investor atau fund terkumpul besar)
Keburukan-
1. Akan kena maki dan caci sekiranya akaun kecundang atau MC
2. Nama baik skill trading yang anda bina boleh jadi buruk dalam tempoh masa yang sekejap je

Itu sahaja nota-nota ringkas berkaitan dengan copytrade. Semoga bermanfaat.




Episod 9: Apa Itu Backtesting dan Kenapa Saya Tidak Menggunakannya

Tonton video di atas, adalah lebih mudah kalau saya tunjuk daripada nak menulisnya di dalam bentuk perkataan.



Episode 10: 9 Cara Untuk Mendapatkan Punca Pendapatan Di Dalam Bidang Trading

FOREX bukan semata - mata trading sahaja sebagai punca pendapatan.

Antaranya ialah :-
1) Pure Trader
2) Affiliate Marketing (IB/LD)
3) Jual Ebook
4) Jual Signal
5) Kelas berbayar
6) Jual baju
7) Buka broker
8) Jual EA (Robot)
9) Profit sharing copytrade



Episod 11: Kemahiran Trading Sebenarnya Bermula Dari Dalam Diri

Diceduk daripada Telegram Channel Road to FTT oleh Gero Azrul:

Terpengaruh dengan senangnya orang lain buat profit tak membantu kita langsung.

Yang bantu kita ialah;

1. Sikap realistik dalam trading, fokus pada pembinaan sikap profesional dengan buat plan dan execute plan yang membolehkan kita kawal.

2. Kalau forex ini senang, dah tentu ramai gila jutawan mee segera dan bank sendiri pun kena belajar balik dengan trader yang buat duit senang sangat tu.

3. Electronic Forex Trading dalam market sejak 1992 diperkenalkan, dalam hampir 40 dekad, takkan bank tu bodoh sangat tak boleh buat 1 juta jadi 1 billion teknik full margin.

Point aku nak highlight ialah:

Cukup cukuplah ingat penyelesaian masalah korang tak profitable konsisten sebab kau ingat faktor luar contohnya ialah

1. Teknik tak bagus.

2. Modal tak cukup.

3. Masalah bekerja

4. Masalah pasangan tak support

5. Masalah itu ini..

Point ialah, start repair dari dalam dan bukan masih mencari-cari kat luar, apa paling cepat nak selesaikan masalah.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)