MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 28 April 2019

Membuat Lawatan ke Traders Fair 2019 - Malaysia di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur

Pada 27 April yang lepas, saya telah menghadiri satu event kewangan yang dinamakan Traders Fair yang iklannya saya terjumpa di FB. Memandangkan saya mempunyai kelapangan pada hari tersebut, maka saya pun register la menggunakan sistem Eventbrite.

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini, saya akhirnya meluangkan masa sedikit untuk kembali melihat industri yang sangat menarik ini. Sememangnya kalau ditakdirkan saya tidak lagi berada di dalam industri IT, industri kewangan atau spesifiknya trading ini adalah industri alternatif yang saya akan ceburi.

Seperti biasa, dah ambil gambar menggunakan smartphone, saya share gambar-gambar serta pendapat peribadi apa yang sempat dirakamkan sebagai seorang trader retail:

Pemandangan apabila keluar daripada lif untuk mendaftarkan diri

Kaunter pendaftaran. Semua pelawat diberikan kertas gelang tangan khas.
Oh yer, sampai-sampai sahaja saya di tempat ni saya sedaya upaya mengelakkan diri daripada promoter-promoter broker yang ada tapi ada sorang mamat oversea daripada broker USGFX ni berjaya menangkap saya. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh mamat ni agak annoying jugak la sebab sebagai seorang trader kecil-kecilan, ada ke patut dia pergi tanya saya berapa capital yang saya ada, berapa profit yang saya hasilkan setiap bulan, berapa group trading yang ada sekarang, berminat nak jadi IB tak, broker mana yang saya gunapakai sekarang ni. Saya jawab la semua tu private la, ko ni siapa nak soal selidik aku sampai macam tu sekali, dah la aku tak kenal pun ko ni sapa, nama ko pun ko tak cakap..haiyaa..

USGFX ni saya lihat agak agresif dalam membuat marketing, rasanya dulu saya pernah jugaklah 2-3 orang international Master IB mereka hubungi saya, tak habis-habis duk pancing dengan keuntungan komisyen jadi IB mereka. Kadang tu kita sendiri pun tak tahu ntah-ntah broker ni sebenarnya whitelabel broker besar mana pulak. Apa pun, kita sebagai trader atau partner 'non-exclusive' atau affiliate bebas broker ni kita kena pandai-pandai bawa diri.

Antara booth broker yang berada di dewan pameran

Ada pentas kecil di sini, jom tengok dengan lebih dekat lagi

Logo-logo broker-broker serta penyedia servis kewangan yang menyertai acara ini

Lagi-lagi broker daripada luar negara

Broker Amega? 1st time dengar nama broker ni

Eh..macam pernah lihat mamat tunjuk tanda bagus tu..tapi di mana ye?

Alamak..sifu forex trading terkenal di Malaya ni la..Masta Shifu TFS Khalid Hamid!

Sempat sembang dengan staf di booth TFS ni sambil belek-belek buku TFS yang tebal print colour tu. Tanya dia berapa harga buku ni? RM300 lebih tetapi termasuk video-video yang boleh tengok online. Sebenarnya kalau anda seorang yang dahagakan produk-produk berkaitan Forex trading atau selalu membuat deposit untuk trading ni, RM300 tu sebenarnya murah sebab tak sampai USD100 pun. Murah atau mahal sebenarnya sangat subjektif, memang saya tabik usaha murni Masta Shifu Khalid Hamid ni dalam memberikan pendedahan, didikan dan bimbingan kepada semua trader-trader di Malaysia ni. Ingat senang ke nak jadi guru Forex ni, kan?


Masta Shifu Kaza sedang memberikan Workshop beliau

Saya sempat dengar workshop beliau pun dah dekat nak hujung-hujung dah. Dah lama tak join FB Live Sifu Kaza ni, dulu rajin gak duk join waktu rajin duk study pasal Forex Trading ni. Saya suka part yang last sekali yang mana beliau cakap takkan la trading dengan modal USD100 boleh buat income yang selesa, perlu buat sesuatu tambahan seperti menjadi seorang IB yang mempromosi broker yang akan memberikan komisyen sampingan kepada anda.

Itu memang saya sangat setuju sebab terdapat pelbagai cabang menghasilkan pendapatan dalam bidang kewangan trading ni. Namun demikian, bagi saya anda harus fokus kepada satu bidang dalam trading ini yang anda boleh jadi pakar dan serahkan perkara-perkara yang bukan kekuatan anda kepada orang lain. Betul tak? (Of course kadang-kadang tu nasihat sendiri pun saya tak dengar..Hahaha).

Workshop berakhir


Broker Wetalk Trade dan VertexFX Trader (1st time nampak nama broker ni)


Ni kat luar dewan, ada Chinese Sifu Forex ni sedang mempromosi program anjuran mereka


Broker daripada Russia yang dikenali ramai terutamanya di Malaysia


Letih dah berpusing, minum kopi jap


Eh..ada maskot pulak tapi macam kenal je broker yang maskot Bull hitam tu

Sempat la jugak ambil video jalan-jalan dalam dewan pameran tu:


Jadinya begitulah kisah lawatan ringkas yang tak sampai sejam pun di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur (dulu nama hotel ni Hotel Nikko sebelah Citibank kat KL ni). Ada nampak juga otai-otai traders, IB dan networkers yang terkenal macam Haji Azhar (ada dalam video di atas), Saudara Najmuldin (exchanger currency yang tersohor di Malaysia ni dan orang penting di FBS) tetapi saya memang tak bertegur sapa dengan mereka bukan sebab sombong sebab saya lebih selesa tidak dikenali lagi dalam industri yang hebat ni buat masa ini.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)