MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog
Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan

Rabu, 21 Disember 2016

Pengalaman Berkunjung ke AKPK dan Join Program DMP

11:17 PTG 13
Penulisan kali ini adalah coretan mengenai satu pilihan yang terpaksa aku ambil apabila telah mengalami satu cabaran kewangan yang getir. Kisah aku bermula pada bulan Julai 2015 apabila cashflow kewangan aku dah mencapai paras defisit yang mana kehidupan aku sebenarnya sedang ditaja oleh kredit daripada institusi kewangan yang ada tanpa aku sedari. Pada waktu yang sama aku telah membuat satu komitmen kewangan yang baru iaitu aku telah menjual kereta Proton Wira sedan premium keluaran tahun 1999 kepada Perodua Alza Advanced Edition. Hidup aku takdelah mewah mana pun.

Kehadiran aku ke sebuah seminar yang berteraskan hartanah telah membuat aku teruja untuk mengubah hidup aku dan keluarga. Deposit telah dibayar (tanpa resit) dan sesi coaching one-to-one bermula. Satu plan yang akan mengubah dunia kewangan aku telah dirancang dengan rapi dan aku hanya menuruti segala plan yang telah dirancang. Bermacam-macam dugaan terpaksa aku hadapi kerana ianya melibatkan permohonan pembiayaan peribadi serta kredit tanpa cagaran (kredit kad). Setelah dana diperolehi, sekali lagi deposit dilaksanakan (juga tanpa resit) ke dalam satu skim pelaburan berasaskan konsep pajakan di luar negara. 11 bulan kemudian, kehidupan aku dan keluarga telah menampakkan sedikit perubahan positif. Tiba masanya untuk meneruskan apa dirancang ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ogos 2016 merupakan titik permulaan kejatuhan kewangan aku setelah sekali lagi mengambil satu risiko kewangan yang agak besar dengan membuat satu pembiayaan peribadi islamik menggunakan perkhidmatan daripada ejen/broker yang mengenakan komisyen bayaran sebanyak 20% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan bagi tujuan reinvestment deposit (memang tak pernah ada resit pun). Bermula dengan pembayaran terhenti dan muncul istilah 'business donation' dan seterusnya website offline, mimpi buruk untuk aku dan juga setiap pelabur yang aku telah bawa masuk telah pun tiba. Istilah paling sinonim adalah 'tersontot'.

Plan asal dengan unjuran awal akan membolehkan aku masuk ke peringkat seterusnya terpaksa diubah. Aku kini berkemungkinan akan berdepan dengan pihak institusi kewangan yang akan menuntut pembayaran bulanan yang telah ditandatangani sebelum disbursement tunai ke dalam akaun bank. Baki pembayaran pinjaman masih lagi terpaksa ditanggung dan positif yang aku nikmati kini diganti dengan defisit yang lebih besar berbanding setahun sebelum ini.

Aku cuba mendapatkan bantuan 'coach' tetapi plan recovery yang dicadangkan melibatkan modal tambahan bernilai tidak kurang daripada RM3,500 dengan instrumen yang digunapakai tidak aku yakini iaitu crypto currency dan satu lagi Forex. Pengalaman aku sebagai seorang retail trader forex picisan menggunakan modal kecil-kecilan mengajar aku untuk tidak menggunakan modal atau capital hasil daripada pinjaman disebabkan faktor emosi. Kelas forex yang dicadangkan yang telah aku hadiri juga menampakkan trading yang menggunakan konsep high risk yang tidak menepati citarasa dan gaya hidup aku.

Tinggal 2 sahaja jalan terakhir yang tinggal, remortgage rumah yang aku telah sewakan dengan nilai yang lebih tinggi dan juga menggunakan loan broker bagi menambah lagi modal bagi menutup lubang yang hanya akan terbuka kembali 4-5 bulan akan datang. Malangnya permohonan remortgage aku tidak diluluskan disebabkan komitment atau DSR yang terlalu tinggi. Aku pula tidak sanggup lagi melihat loan broker menikmati 20% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan dibayar secara cash di dalam sampul by hand. Aku telah menemui jalan yang buntu. Coach pula hanya mencadangkan untuk cuba membuat 'house refinancing' setelah 'house remortgage' ditolak tetapi permohonan tersebut mungkin memakan masa yang agak panjang (paling cepat 2 bulan katanya) dengan kos-kos tambahan yang aku pun tidak pasti. Aku kesuntukan masa.

Seperti kebiasaan, Google digunakan bagi mencari jalan penyelesaian. Satu keyword paling terkenal di kalangan para pemilik hutang iaitu AKPK satu per satu aku baca dengan teliti. Setelah bersembang dengan rakan seofis, rupanya dah ramai daripada mereka yang dah join program AKPK dan ada yang telah pun menyelesaikan masalah kewangan mereka. Memandangkan hampir setiap hari sekarang ni sejak aku miss payment, telefon bimbit aku sentiasa berdering dengan panggilan daripada pihak institusi kewangan yang menuntut bayaran. Kebanyakannya aku tak angkat pun sebab aku tidak sanggup lagi menipu sunat bagi menyelamatkan diri aku. Pulak tu, dapat SMS lagi mengatakan tindakan undang-undang akan diambil dengan kos akan ditanggung oleh aku. Sungguh dahsyat notis-notis yang diberikan. Aku perlu pantas menyelesaikan kemelut ini sebelum melarat.

Aku pun register diri aku di AKPK website, masukkan butir-butir peribadi dan book appointment dengan kadar yang segera.


Hari appointment pun tiba, aku terus ke Maju Junction Mall bawak kereta terus parking naik atas tingkat 8, hanya beberapa tapak keluar daripada parking terus jejak kaki di pejabat AKPK Cawangan Kuala Lumpur. Berbekalkan semua dokumen yang diperlukan dan juga print out laporan CCRIS yang boleh dibuat di setiap cawangan AKPK sekarang ni, aku diberikan nombor dan penantian penuh debaran bermula:

Queue No. di paparan skrin
Satu benda aku baru tahu, kalau anda berada di Maju Junction Mall dan anda perlukan penyata KWSP dan juga CCRIS, anda tak perlu ke pejabat KWSP Jalan Raja Laut ataupun Bank Negara Malaysia di Jalan Kuching. Anda drive kereta naik atas Level 8 Maju Junction, bayar parking RM3 untuk sejam, masukkan IC ke dalam mesin dan setel masalah anda.

Ironi seorang pedagang matawang online
Aku ambil risalah ni dan baca sementara tunggu no. giliran aku tiba. Nampak tak tajuk tu? Apa yang dimaksudkan dalam risalah ni sebenarnya pasal pelaburan Forex. Berkenaan trading online forex ni memang dikatakan tidak sah dari segi undang-undang Malaysia tetapi banyak apa yang dipanggil 'grey area' yang tidak diliputi oleh undang-undang di Malaysia. Aku tak nak komen banyak sangat sebab aku bukan lawyer dan aku tahu apa risiko yang aku kena tanggung.

Kaunselor AKPK bernama Faizal tidak banyak cakap, beliau hanya bertanyakan beberapa soalan yang aku faham intipati program DMP ini dan beliau terus membuat pengiraan dan bentangkan bayaran yang aku perlu buat. Setengah jam kemudian, pengiraan selesai dimasukkan di dalam sistem dan habislah sesi kaunseling kewangan tersebut. Aku perlu ucapkan selamat tinggal kepada kesemua kad kredit berjumlah 5 keping yang telah lama menjadi peneman hidup aku.

Keseluruhan hutang 'unsecured loan' aku yang berjumlah RM116,000 yang sepatutnya aku perlu bayar bulanan sebanyak hampir RM3,000 sebulan selama tak tahu berapa lama kini aku hanya perlu dibayar dengan staggered plan Y1-Y2: RM1,000 sebulan, Y3-Y4: RM1,750, Y5-Y10: RM2,300. Apa yang perlu dibuat sekarang ini adalah memaklumkan kepada debt collector yang aku dah pun join program DMP AKPK.

Tak sampai beberapa jam, email di bawah diterima:

Pantas tak AKPK?
Surat tawaran pembayaran akan diberikan selepas pembayaran yang pertama dilaksanakan, dalam kes aku 5 Jan 2017. Nanti aku update la cerita AKPK ni ye? Kalau ada sebarang keraguan, jangan hubungi aku, hubungi terus AKPK tau!

Pengajarannya di sini, kalau dalam konteks menjadi seorang trader, jangan ambil risiko yang terlalu tinggi yang anda tidak mampu nak tangani ataupun jangan serahkan risiko tu kepada orang lain tanpa memikirkan semasak-masaknya apa risiko yang anda yang perlu tanggung, Ok? Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Selasa, 20 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #14 : Bagaimana Untuk Mendapatkan Bonus USD30 Daripada RoboForex

4:51 PG 0
Pelajari bagaimana untuk mendapatkan bonus USD30 dengan hanya mendeposit USD10 ditambah lagi USD5 deposit bonus, menjadikan total equiti yang boleh dibuat trading sebanyak USD45.


Rabu, 14 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #13 : Bagaimana Bonus 100% Daripada XM Menyelamatkan Akaun Trading Saya Daripada MC/SO

6:08 PG 0
Dalam video ini, anda boleh ambil iktibar dan pelajari bagaimana dengan menggandakan deposit trading anda, anda boleh menyelamatkan akaun anda daripada Margin Call (MC) atau Stop Out (SO) dan melanjutkan usianya dalam tempoh pemulihan.



Isnin, 12 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #11 : Bagaimana Saya Trade USD30 PERCUMA Daripada XM

12:04 PG 0
Ini merupakan versi video daripada blog post saya 2 bulan lepas. Terdapat info-info tambahan di dalam video ini berbanding blog post sebelum ini jadinya anda seharusnya menonton video ini sekiranya anda ingin mengetahui 'pendedahan berani' berkenaan USD30 daripada XM ini:


Satu perkara yang saya tertinggal nak cerita, ada tempoh masa untuk claim USD30 sebagai contoh anda daftar akaun dengan XM tetapi tidak menuntut USD30 ini, tawaran ini akan terbatal rasanya. Senang cerita, USD30 ini adalah untuk anda merasai sendiri bagaimana live trading di XM dan bukannya bagi tujuan trading secara compounding, scalping dan sebagainya. Apa pun, silalah tuntut kredit percuma ini dengan segera sebelum tawaran ini ditamatkan.

Sabtu, 10 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #9 : Preview Kepada Produk MenjadiTrader - DAshFX Margin Calculator

6:44 PTG 0
MenjadiTrader dengan usahasama rakan kongsi yang akan diumumkan kelak sedang dalam proses pembikinan satu produk berasaskan web-based dan mobile application. Ianya merupakan satu produk yang berasal daripada template Excel yang telah digunapakai selama lebih daripada 2 tahun. Segala kebaikan dan kelebihan produk ini boleh dibaca di sini.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini beserta servis yang pihak MenjadiTrader tawarkan, boleh klik pada imej di bawah:

http://menjaditrader.blogspot.my/p/tawaran_8.html



Vlog MenjadiTrader #8 : Bagaimana Bonus Daripada Broker (LiteForex BonusGo 200%) Dapat Membantu Trading Anda

12:11 PG 0
Bonus daripada broker boleh dianggap sebagai pinjaman tanpa faedah mahupun bayaran balik yang sememangnya anda tidak akan dapat daripada mana-mana bank. Manfaatkan peluang dan bonus ini untuk mengurangkan risiko trading anda sebanyak 75%. Forex merupakan pasaran yang sangat volatile dan anda semestinya memerlukan perlindungan tambahan untuk membuat profit.

   

Dapatkan BonusGo 200% daripada LiteForex sementara stok masih ada:

Khamis, 8 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #7 : Tips Apabila Akaun Trading Terkena Stop Loss

9:28 PTG 0
Kita baru sahaja buat satu set entri sell currency pair EUR/USD dengan range sebanyak 150 pips semalam, hari ini entri tersebut telah terkena stop loss disebabkan oleh news daripada Europe Central Bank (ECB), 5% daripada equiti akaun hangus. Begitulah realiti online forex trading, apa yang penting jangan biarkan emosi menguasai diri anda okay:

   

Sebenarnya walaupun dah bertahun online trading, emosi saya masih lagi terkesan disebabkan oleh stop loss yang berlaku namun begitu saya terpaksa terima sebab perkara dah pun berlaku. Recovery time..

Rabu, 7 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #6 : Live Trading Bersama MenjadiTrader Menggunakan LiteForex BonusGo 200%

5:38 PTG 0
Selepas melakukan deposit, tiba masanya untuk kita membuat live trading. Di sini saya menunjukkan sedikit demo cara saya melakukan entri trading secara live uncut. Hanya risikokan jumlah yang anda sanggup rugi. Selamat menonton.

   

 Jangan lupa Like FB Page MenjadiTrader dan Subscribe YouTube Channel MenjadiTrader serta Dapatkan BonusGo 200% daripada LiteForex sementara stok masih ada:

Selasa, 6 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #5 : Dapatkan LiteForex BonusGo 200%

9:27 PTG 0

LiteForex merupakan pilihan utama broker saya disebabkan servis urusan local deposit yang sangat efisyen. Kebiasaannya urusan deposit akan selesai dalam tempoh yang sangat singkat (deposit saya diuruskan dalam masa 10 minit sahaja) dan urusan withdrawal di dalam masa kurang daripada 24 jam. Rasanya sudah 10 tahun LiteForex berada di pasaran Malaysia menjadikannya antara broker yang dipercayai.

Dapatkan BonusGo 200% daripada LiteForex sementara stok masih ada:

Isnin, 5 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #4 : Cara Untuk Monitor Live Trade Menjaditrader Style

12:20 PTG 0
Dalam episod kali ini, saya berkongsikan cara saya monitor dan menguruskan live trade akaun saya. Semoga anda semua dapat manfaat dan terhibur.

 

Ahad, 4 Disember 2016

Vlog MenjadiTrader #3 : Ulasan & Penerangan Kenangan Projek PAMM LiteForex

9:12 PTG 0
Projek in merupakan kenangan yang tidak akan saya lupakan, hampir 3 tahun bergelumang dalam projek ini. Pelajari serba sedikit tips daripada pengalaman saya mengendalikan projek ini secara solo.



Sebarang komen amat dialu-alukan.

Jangan lupa subscribe di YouTube Channel MenjadiTrader.

Khamis, 1 Disember 2016

139% Account Growth! Wow!

2:14 PTG 0
Sejak 2 bulan dah ni aku dibelenggu oleh masalah laptop Acer R11 yang aku beli secara online di Lazada pada bulan Julai 2016. Masalah yang aku hadapi adalah nak masuk Windows 10 dia sangkut. Sakit hati betul aku, 2 kali aku hantar ke pusat servis untuk Waranti. Kali ke-2 hantar dia tukar hard disk baru dengan reset balik ke factory setting. Seminggu je aku pakai, lepas tu jadi balik masalah yang sama. Aku dah malas nak hantar ke pusat servis tu jadinya semalam aku format balik laptop aku ni lepas tu aku install Linux Ubuntu. Mujur jugak la aku ni kira kategori orang IT, jadinya bolehlah buat sendiri. Okay, cukup la luahan hati dan rasa. Oh yer, guna Linux pun boleh install MT4 untuk trading so takde alasan kenapa tak boleh nak trading..hehe

Disebabkan oleh penutupan akaun PAMM pada bulan lepas, aku telah pun mengambil inisiatif untuk trading pakai broker baru iaitu di RoboForex. Berbekalkan USD45 modal permulaan yang 90% ditanggung oleh broker, aku telah pun membuat withdrawal sebanyak 4 kali dengan jumlah withdrawal sebanyak (USD14.50+USD14.50+USD15+USD7=USD51) dalam tempoh tak sampai sebulan. Kalau tengok pada graf bersamaan hampir 200%.

Akaun MenjadiTrader AshPro RoboForex MQL5

Memang ler nampak macam ROI tu besar sebab modal pakai pun kecik. Bila modal kecik ni, kita tak nampak sangat pun risk jadi macam aku trading ni memang aku hentam cukup-cukup risk hampir 70% untuk semua entri point. Itu yang return pun tinggi. Betul tak?

Menariknya, dah ada sorang subscriber aku walaupun dia terpaksa bayar USD20 tapi rasanya dia dah balik modal kut disebabkan oleh high risk high reward akaun aku ni. Masalah aku sekarang ni bukan pada teknik, masalah aku sekarang ni adalah nak scale out, keberanian nak bukak akaun besar dan nak kembangkan akaun untuk membuat konsisten profit. Aku punya masalah kewangan sendiri pun aku tak boleh nak setel lagi ni..sedeyy...Jadinya 2 minggu lepas aku kembali semula masuk ke kelas yang dianjurkan oleh mentor aku:

Brader Shukri sedang memberikan penerangan
Ada beberapa point yang menarik aku dapati dalam kelas ni walaupun sebahagian besar kelas ni lebih tertumpu kepada cara nak menggunakan MT4 dan akaun demo. Hampir semua yang diajar dalam kelas ni aku dah tahu dan faham cuma mungkin kelemahan pada diri aku sekarang ni yang masih lagi menjadi cabaran besar. Tengah menunggu jemputan untuk menghadiri kelas advance pulak nak tengok apa trick-trick yang aku boleh pakai.

Sesiapa yang berminat nak hadiri kelas yang akan datang boleh berhubung dengan aku. Aku bukan tenaga pengajar tapi kalau nak guidance secara personal tu boleh la sikit-sikit. :-)


Khamis, 10 November 2016

Mencuba Broker RoboForex (RoboForex Review)

1:02 PTG 0
Aku ada satu tabiat yang sukar dibuang iaitu aku suka cuba benda baru. Kalau sebelum aku kenal dunia Forex, aku suka try sebarang jenis teknologi baru yang aku boleh cuba secara free contoh macam software freeware atau trial. Jadinya bila dalam dunia online Forex ni, aku suka cuba perkhidmatan broker la terutamanya broker yang offer kredit percuma. Baru-baru aku dapat satu email ni:

Email offer daripada sapa ntah aku pun tak tahu
Memandangkan projek PAMM aku pun dah terkubur, tiba masanya untuk aku cuba buat projek baru la, datang pulak RAMM ni. RAMM ni nama panjangnya Risk Allocation Management Model. Nak cerita apa benda ni aku sendiri pun belum faham sepenuhnya lagi, selalunya aku kena cuba dulu baru tahu. Sementara aku cuba memahami apa benda RAMM ni, aku cuba dulu la perkhidmatan akaun trading broker RoboForex ni.

Jujurnya, aku pernah dengar pasal RoboForex ni tapi tak pernah berminat pun nak cuba. Bila aku tengok website RoboForex ni:

Website RoboForex
Wahh..punya la banyak function yang broker ni ada. Teringat aku pada satu lagi broker terkenal berwarna merah tapi broker ni warna biru. Macam biasa, bila kita bukak akaun dengan broker forex ni, kita kena upload IC dan juga bil utiliti untuk tujuan pengesahan. Verification selalunya kalau takde apa-apa tak sampai sehari pun dah siap.

Pertama kali masuk dalam Members Area, memang pening kepala sikit sebab terlalu banyak benda boleh buat. Jadinya aku pun bukak la akaun MT-4 Cent Pro:
Jenis-jenis akaun trading
Ada 6 jenis akaun trading utama dan 6 jenis akaun trading di bawah platform MT4. Kena faham di sini, ada juga platform MT5, cTrader dan satu platform yang aku pun baru tahu iaitu Umstel. MT4 ni kira yang standard atau yang biasa aku guna dan kebanyakan trader-trader kecil macam kita ni guna. Aku nak cerita panjang-panjang pun tak guna jugak, yang penting kita nak trade dan buat duit guna duit free yang broker RoboForex ni. Aku tengah sengkek jadinya aku pakai akaun cent jer la:

MultiTerminal MT4 Platform guna RoboForex
Salah satu kriteria broker yang aku selalu titik beratkan adalah sama ada tools Multiterminal MT4 ada atau pun tidak. RoboForex kebetulan pulak ada jadinya pass la. Menariknya RoboForex ada pilihan untuk deposit guna Bitcoin melalui Neteller, aku pun deposit la guna Bitcoin yang ada dalam wallet aku yang dah berapa bulan tak disentuh dah nak berhabuk dah pun. Bila aku depo, aku dapat 50% bonus ditambah lagi dengan welcome bonus USD30. Jadinya total equiti yang aku boleh trade adalah USD45 ataupun USD4,500 cent. Menggunakan tools Simple Forex Excel Margin Calculator yang dah bertahun aku pakai, aku berjaya dapat 37% profit semalam sebelum Donald Trump diumumkan menang untuk jadi Presiden baru USA. Kira okaylah kan? Terus aku request untuk withdraw masuk ke dalam akaun Skrill setel dalam masa beberapa jam je. Cepat gak.


Skrill ni boleh tahan gak cas dia bila nak transfer masuk ke akaun bank Malaysia. Kebiasaanya broker ni bila kita depo melalui satu medium contoh depo melalui Neteller, kena withdraw pun melalui Neteller jugak. Tapi aku try depo guna Bitcoin dan memandangkan takde option pun boleh withdraw guna Bitcoin, aku cuba la withdraw guna Skrill. Berjaya pulak, so bagi aku kira okaylah. Aku tak perlu la melalui IB tempatan yang bila aku contact guna Whatsapp macam nak tak nak je layan. IB RoboForex Malaysia ada kol aku standard la customer service tapi dengar daripada gaya percakapan macam tak bermaya jer, aku pun tak tahu apa masalah mamat tu.

So, begitulah pengalaman aku mencuba broker RoboForex di kala market forex tengah bergelora disebabkan pengundian Presiden Amerika yang baru. Oh yer, di kala semua broker-broker lain termasuk 2 broker yang aku rekomen pakai menaikkan keperluan margin, broker RoboForex ni rileks pulak takde ubah apa-apa. Spread mencanak tu memang tak boleh buat apa-apa la.


Ada forex trader yang suka nak tahu sebenarnya broker RoboForex ni 'Market Maker' atau pun 'STP':


Bagi aku, kalau setakat akaun kecilan bilis macam aku pakai ni, tak perlu tahu sangat pun takpe. Dah memang confirm la 'Market Maker' sebab leverage boleh pergi sampai 1:1000. Ada kelebihan dan kekurangan dua-dua jenis model ni tapi cara nak pakai leverage ni seharusnya diketahui.

Rajin pulak aku duk promote produk yang aku pakai ni. Okaylah, kalau berminat nak bertrading di RoboForex ni, boleh klik di banner kat bawah, buka akaun CashBackCloud, klik pada logo RoboForex dan jangan lupa hubungi aku kalau perlukan bantuan apa-apa.

Sabtu, 5 November 2016

Penamatan Project PAMM MenjadiTrader

1:04 PTG 2
Pada bulan lepas, seperti jatuh ditimpa tangga, aku akhirnya terpaksa ataupun dipaksa untuk menutup Project PAMM MenjadiTrader disebabkan akaun ini dihentikan oleh broker LiteForex. Berikut adalah graf terakhir projek yang telah berlangsung selama 2 tahun 7 bulan atau 31 bulan:

Graf terakhir akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Penutupan ni terjadi di saat akaun ni tengah floating negatif yang agak besar yang telah pun memadamkan profit bulan Jun 2016 iaitu yang tertinggi setakat tahun ini. Sememangnya terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah kecapi sepanjang proses membuat projek yang memakan masa bertahun ni. Tekanan yang aku terima ditambah lagi dengan satu kejadian kewangan atau dalam istilah lain dipanggil 'tersontot' yang berlaku pada aku pada bulan Oktober 2016 merupakan satu kejadian 'hitam' yang sangat memeritkan. Ianya sangat mencabar emosi, mental dan perasaan aku sebagai seorang online trader dan juga sebagai seorang pekerja full time dan aku takkan tipu kalau aku cakap aku nak 'quit' daripada segala aktiviti ekonomi yang aku sedang buat.

Memang betul orang cakap, 'Tuhan takkan membebani seseorang di luar daripada kemampuannya'. Ada kalanya kita sebagai manusia biasa perlu mendapatkan bantuan luar untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Insya'allah aku akan berjaya mengatasi masalah kewangan yang aku hadapi ini dan bangkit semula lebih kuat daripada sebelum ini.

Ada beberapa projek lain yang aku sedang usahakan sebagai ganti projek yang telah ditamatkan ini. Bila tiba masanya nanti aku akan umumkan dalam blog ini tapi buat masa ini aku akan cuba untuk menyampaikan segala ilmu yang aku telah pelajari dalam bidang online Forex Trading ini terutamanya daripada segi teknikal tools agar ianya memberikan manfaat kepada semua yang berminat dalam bidang online trading ni.

Sehingga bertemu di lain waktu.

Selasa, 4 Oktober 2016

Laporan Trading Bulan September 2016

3:56 PTG 0
Dah rasa macam nak 'quit' je trading ni tapi bila fikir balik, bisnes Forex ni antara bisnes yang agak fleksibel dan banyak kelebihan daripada segi fasiliti aku tetap teruskan je la walaupun takde untung sangat pun. Tu pasal kena dengar cakap mereka yang berpengalaman iaitu kalau nak melabur/berbisnes, jangan guna duit nak makan.

Aku bulan September ni agak kesedihan la bila dapat email daripada broker yang aku dah guna sejak sekian lama:


Setelah sekian lama, akhirnya broker LiteForex buat keputusan menamatkan perkhidmatan PAMM mereka dan menggantikannya dengan sistem copytrade baru diorang. Jadinya selepas ini aku terpaksalah menutup projek yang sudah 2 tahun lebih beroperasi. Sebenarnya hasil daripada projek ni takde la memberangsang sangat pun, rasanya boleh diiktiraf sebagai hobi je kut.

Apa pun, bulan September matawang USD menguat pulak. Terasa menyesal pulak close position SELL aku bulan Ogos tapi aku ni bukannya tok nujum pun nak ramalkan masa depan.

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 4 Oct 2016
Graf growth nampak macam okay, tapi bila tengok Equity:

Graf equiti akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 4 Oct 2016
Takde la floating banyak sangat pun, -USD3,000 lebih je pun atau lebih kurang 5% hilang daripada jumlah equiti. Puncanya daripada position BUY GBPUSD yang aku tak nak cut loss. Saat ketika aku menulis post ni, GBPUSD berada di harga paling rendah selepas peristiwa Brexit tu, katanya paras terendah sejak 31 tahun yang lepas. Aku zaman tu masih budak kecik lagi. Mungkin harga GBPUSD akan naik lepas ni tapi mungkin memakan masa la kut.


Jumlah setup EURUSD - 2
Jumlah setup GBPUSD - 4
Jumlah keseluruhan setup - 6
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 0

Makin lama aku tengok aku dah makin malas pulak nak buat entri walhal sebenarnya takde susah mana pun. Setiap entri aku buat guna Excel kat atas tu hanya 5 minit jer, set dan tinggal. Kalau aku just buat je entri setiap hari aku rasa aku dah boleh kautim dah dapat profit walaupun tak banyak. Ke manakah hilangnya motivasi trading aku ni woi!!

Takperlah, aku mungkin lagi bersedih di atas pengumuman penutupan akaun projek PAMM aku. Sampai sekarang ni akaun tu masih lagi boleh trading tapi dah tak tersenarai dah di website LireForex. Aku tunggu sampai broker shutdown terus akaun tu nanti aku bawah keluar modal aku dan trade di tempat lain pulak.

Sekian.

Jumaat, 2 September 2016

Laporan Trading Bulan Ogos 2016

3:47 PTG 1
Sedikit mencabar trading pada bulan Ogos yang lalu:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Sept 2016
Hanya berjaya memperolehi 2.65% profit bulan Ogos lepas. Cabaran menjadi lebih hebat apabila trading lepas tu ramai pulak orang duk hantar mesej macam-macam. Ada yang puji, ada yang kutuk, ada yang menggelabah bila tengah floating negatif, dah la aku pun emosi terganggu bila floating negatif ditambah lagi dengan mesej daripada orang-orang yang copytrade signal aku buat ni lagi la bercelaru emosi. Begitulah cabaran bila kita semakin dikenali dan dipercayai oleh orang ramai. Aku tunjuk pulak graf equiti untuk menambah rencah cerita:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Sept 2016 (Equiti)
Tengok pada garisan hijau hujung sebelah atas kanan tu, nampak tak garisan hijau macam jatuh sikit tu, waktu tu la aku floating negatif lebih daripada seminggu. Kalau bulan lepas subscriber aku berjumlah 760, yang terkini dah jatuh kepada 607 subscriber je, lebih seratus orang dah lari walhal kalau diorang bersabar sikit dah boleh recover dah floating negatif tu sebenarnya. Itulah lumrah pelaburan, bila tengah senang memang ramai orang suka dan puja-puja tapi bila masa tengah susah orang kutuk macam-macam lepas tu lari. Hanya mereka yang setia je selalunya akan merasai keuntungan sebab bila kita tengok pada keseluruhan profit, kita dah berjaya dah melangkaui profit tahun 2014.

Trading setup yang dijalankan pada bulan Ogos 2016:


Jumlah setup EURUSD - 4
Jumlah setup GBPUSD - 5
Jumlah keseluruhan setup - 9
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 1 (Tapi aku dah tak track TP sebenarnya)

Aku cuma konsep trading sekarang ni aku dah tak letak Stop Loss, aku lebih suka guna calculated Cut Loss sebab aku trading hanya pada timeframe D1 ke atas.

Mari kita lihat pula perkembangan Projek PAMM kita:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 2 Sept 2016
Pie Chart Fund MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 2 Sept 2016
Bulan Julai lepas ada 20 orang pelabur, bulan Ogos dah meningkat kepada 25 orang. Jumlah pelaburan dah mencecah USD1,200. Kira okaylah tu kan?

Sebenarnya dalam bulan Ogos lepas, aku telah diperkenalkan kepada satu dunia baru yang aku sebenarnya dah pernah dengar tapi tak pernah cuba iaitu dunia CryptoCurrency ataupun yang sedang meningkat naik popularitinya iaitu BitCoin. Zaman 2005 dulu aku dah pernah guna currency virtual ni nama dia E-Gold, tapi rasanya 2 tahun lepas tu E-Gold ni disita oleh FBI jadinya dah tak boleh pakai dah la. Waktu tu aku rajin try program HYIP tapi guna duit sikit-sikit la sebab aku tahu HYIP ni biasanya skim ponzi. Terbaru ni aku pergi gatal try HYIP ni guna BitCoin, aku ingatkan boleh la kena loteri sekali lebur terus 1 BitCoin aku beli..Demmm..Tersontot!! Apa boleh buat, dah gatal nak cuba kan, hamek kau!!

Apa pun, ni semua pengalaman la. Dunia bisnes ni macam-macam boleh berlaku jadinya yang penting kita kena terus berjalan ke depan. Jangan risau kalau gagal pun, sekurang-kurangnya kita dah cuba dan kita merasai pengalaman gagal tu. Bila kita berjaya kelak kita akan merasai kemanisan kejayaan tu. Kalau kita asyik berjaya aje tanpa gagal celah mana pulak kita nak rasa beza antara pahit dengan manis kan? Okaylah, kita sambung cerita bulan depan ye? Adios..

Sabtu, 6 Ogos 2016

Laporan Trading Bulan Julai 2016

6:07 PTG 0
Agak terlewat sikit update blog ni, dah 6hb Ogos dah pun. Apa pun, mengekalkan momentum daripada bulan Jun 2016:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 1 Ogos 2016
Kurang 0.75% je daripada profit bulan lepas. Sebenarnya memang bila profit kita ditambah lagi dengan jumlah equiti, makin lama makin mencabar kalau kita nak menambahkan peratusan profit tu. Sebab tu aku tak berapa gemar nak target tinggi-tinggi sebab bila melibatkan amaun yang besar, ianya akan mengganggu emosi corak trading kita. Paling penting sebenarnya konsisten sebab tu aku sampai hari ni duk makan gaji bulanan lagi..Sangat berterus terang dan takde ciri-ciri usahawan berjaya siut aku ni...Wakaka!

Apa pun, mari kita lihat berapa banyak trading setup aku dah buat bulan Julai 2016:


Jumlah setup EURUSD - 5
Jumlah setup GBPUSD - 9
Jumlah keseluruhan setup - 14
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - Terlupa nak track (tapi mungkin 2-3 kut)

Kalau bulan lepas dana yang aku uruskan cuma setakat USD800, kali ni dah meningkat kepada USD1,000 lebih dengan 20 pelabur.
Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 1 Aug 2016
Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 1 Aug 2016 (Pecahan pelaburan dana)
Aku sebenarnya ada la rasa takut sikit sebab dah semakin ramai mempercayai akaun PAMM aku ni jadinya aku tak boleh nak mengecewakan diorang. Setakat 20 orang ni kira bolehlah lagi, jom kita tengok apa yang sedang berlaku di MQL5.

Statistik dan Info MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 (1 Ogos 2016) 
760 orang subscribers dengan jumlah dana sebanyak USD720 ribu? Ni update 5 hari lepas, yang terkini punya semalam aku tengok lepas NFP malam tadi dah 834 orang subscribers dengan jumlah dana hampir USD800 ribu!! Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa dah, aku nak riak pun aku tak tahu nak riak kat sapa, yerlah..aku ni dah la hidup dalam gua sengsorang trading Forex ni, mana aku bergaul sangat dengan geng-geng Forex Malaysia pun. Memang padan muka aku pun sebab malas nak bergaul dengan orang...hahaha..Keje aku buat dokumen pasal IT dengan software makan gaji dengan syarikat yang hidup segan mati tak mahu. Jadinya aku sebenarnya pun tak pasti sebenarnya aku ni boleh dikategorikan sebagai berjaya ke tidak. Apa pun, aku tetap akan cuba yang terbaik tapi dalam hati aku la, aku nak cuba cecahkan subsribers aku kepada 1,000 dengan dana mencecah USD1 juta saja je nak bagi suka-suka lepas tu show off dalam blog aku ni..hahaha..

Kalau ikutkan aku banyak dapat mesej dalam MQL5 daripada subscriber aku, macam-macam la diorang tanya. Ada sorang tu siap nak mintak strategi dan rahsia trading aku, tanya pendapat aku market akan pergi ke arah manalah. Aku layankan aje tapi bila lama-lama dia duk tanya benda-benda pelik aku buat bodoh je la. Mana aku tak bengang, dah la aku bagi signal ni free, dia nak pergi mintak tolong kat aku kasi adjust setting MT4 dia apa semua bagai lepas tu modal dia USD100 je. Kalau dia nak upah aku kasi bayar USD1,000 ke, kira okaylah jugak untuk aku buat. Ni tak, eh aku pun ada banyak benda lain la nak kena buat, masa aku berharga tahu tak? Macam-macam hal..

Ada jugak baru-baru ni aku dapat email daripada sorang bisnesman daripada Dubai. Dia nak jemput aku join copytrade group yang dia dah tubuhkan baru 2-3 bulan. Aku masih lagi tengah fikir-fikirkan sebab nampak macam peluang ni best untuk aku belajar sesuatu yang di luar daripada jangkauan aku selama ini. Tengoklah macam mana perkembangannya, aku akan update bulan depan.

Okaylah, tipu la kalau aku cakap aku ni tak nak jadi kaya, tapi bila kaya ni tanggungjawab pun besar. Sedangkan aku tak kaya pun tanggungjawab aku dah pun besar gak ni, 800 lebih orang bergantung harap kepada signal aku woi!! Kalau ikutkan, aku rasa aku ni sebenarnya dah perlukan pertolongan tapi pertolongan dari segi apa pun aku tak tahu..rasa macam bodoh pulak..wakaka..

Kita tengok apa akan berlaku pulak di bulan Ogos ni di laporan bulan hadapan. Salam ceria!

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)