Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Mac 2016 |
Analisis trading setup sepanjang bulan Februari 2016:
Jumlah setup GBPUSD - 6
Jumlah keseluruhan setup - 13
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 1
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 1
Kalau tengok pada statistik di atas, kalau mana yang takde note SL atau TP tu biasanya aku dah adjust sama ada SL yang profit atau pun TP yang profit tapi tak sampai target. Paling penting sebenarnya keseluruhan trading adalah profitable.
Baru-baru ni aku telah dihubungi oleh beberapa broker yang berminat dengan pencapaian prestasi projek MenjadiTrader PAMM 144842, aku mungkin akan cuba bekerjasama dengan mereka untuk mengembangkan lagi aktiviti projek PAMM ni. Nanti aku ceritalah kut kalau usaha aku ni berjaya. Buat masa ni, trading merupakan hobi aku sahaja dan aku sememangnya takde untung sangat pun.
Terima kasihlah kepada semua pembaca-pembaca blog aku yang tak berapa meriah ni. Semoga bulan Mac ni lebih profitable lagi.
2 ulasan:
Lama senyap ni boss.
Update sebulan sekali je s'kang ni. Masih lagi beroperasi seperti biasa..
Catat Ulasan