MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Rabu, 9 Ogos 2017

Bagaimana Auto Trade atau Robot Trading

Setelah berakhirnya projek MenjadiTrader PAMM 144842, perjalanan trading saya telah menjadi agak perlahan. Walaupun begitu, saya masih lagi terlibat dengan 1 trading projek jangka panjang tapi ianya tidak begitu menarik untuk diceritakan.

Pada bulan Ramadhan yang lalu, saya telah melibatkan diri sepenuhnya di dalam penggunaan Expert Advisor atau Robot Trading. Setelah hampir 3 bulan membuat ujikaji dan study, akhirnya saya buat keputusan untuk menjadi seorang trader menggunakan Robot sepenuhnya. Ini antara beberapa sebab kenapa saya lebih suka menggunakan robot berbanding trading manual:
  1. Tidak perlu mengadap carta: Walaupun sebenarnya carta tu penting untuk kita buat analisa, tetapi saya sebenarnya tidak berapa gemar menghabiskan masa merenung carta Forex walaupun sebenarnya saya berupaya untuk membuat analisa yang membantu untuk membuat keputusan trading.
  2. Kebebasan masa: Zaman sekarang ini, kita boleh akses Forex di mana-mana sahaja menggunakan smartphone kita asalkan kita boleh akses internet. Tak perlu pun nak buka MT4 di laptop dan habiskan masa yang lama untuk trading.
  3. 24 Jam: Robot ni bila dah setting cantik dan beroperasi di VPS, dah tak perlu buat apa-apa lagi dah. Monitor dan rileks sahaja.
Ni contoh 3 akaun testing saya yang masih lagi berjalan secara automatik sekarang ini:

Hampir 180% pulangan dalam masa 2 bulan, Akaun USD10, Leverage 1:1000
1 Currency Pair (GBPJPY), Broker FBS

Hampir 90% pulangan dalam masa 3 bulan, Akaun USD100, Leverage 1:500, 
5 Currency Pair (EURUSD, GBPUSD, USDJPY, USDCHF, USDCAD), Broker FXCL

Hampir 54% pulangan dalam masa 2 bulan, Akaun USD8, Leverage 1:1000,
1 Currency Pair (EURJPY), Broker LiteForex

Sebenarnya dah banyak akaun saya dah terkorban tetapi pengorbanan itu perlu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik yang kita boleh pelajari dan berada di dalam kawalan. Perlu diingatkan, trading forex ini sangat berisiko dan anda boleh kehilangan kesemua pelaburan anda dalam masa yang singkat. 

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)