MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Selasa, 4 Oktober 2016

Laporan Trading Bulan September 2016

3:56 PTG 0
Dah rasa macam nak 'quit' je trading ni tapi bila fikir balik, bisnes Forex ni antara bisnes yang agak fleksibel dan banyak kelebihan daripada segi fasiliti aku tetap teruskan je la walaupun takde untung sangat pun. Tu pasal kena dengar cakap mereka yang berpengalaman iaitu kalau nak melabur/berbisnes, jangan guna duit nak makan.

Aku bulan September ni agak kesedihan la bila dapat email daripada broker yang aku dah guna sejak sekian lama:


Setelah sekian lama, akhirnya broker LiteForex buat keputusan menamatkan perkhidmatan PAMM mereka dan menggantikannya dengan sistem copytrade baru diorang. Jadinya selepas ini aku terpaksalah menutup projek yang sudah 2 tahun lebih beroperasi. Sebenarnya hasil daripada projek ni takde la memberangsang sangat pun, rasanya boleh diiktiraf sebagai hobi je kut.

Apa pun, bulan September matawang USD menguat pulak. Terasa menyesal pulak close position SELL aku bulan Ogos tapi aku ni bukannya tok nujum pun nak ramalkan masa depan.

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 4 Oct 2016
Graf growth nampak macam okay, tapi bila tengok Equity:

Graf equiti akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 4 Oct 2016
Takde la floating banyak sangat pun, -USD3,000 lebih je pun atau lebih kurang 5% hilang daripada jumlah equiti. Puncanya daripada position BUY GBPUSD yang aku tak nak cut loss. Saat ketika aku menulis post ni, GBPUSD berada di harga paling rendah selepas peristiwa Brexit tu, katanya paras terendah sejak 31 tahun yang lepas. Aku zaman tu masih budak kecik lagi. Mungkin harga GBPUSD akan naik lepas ni tapi mungkin memakan masa la kut.


Jumlah setup EURUSD - 2
Jumlah setup GBPUSD - 4
Jumlah keseluruhan setup - 6
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 0

Makin lama aku tengok aku dah makin malas pulak nak buat entri walhal sebenarnya takde susah mana pun. Setiap entri aku buat guna Excel kat atas tu hanya 5 minit jer, set dan tinggal. Kalau aku just buat je entri setiap hari aku rasa aku dah boleh kautim dah dapat profit walaupun tak banyak. Ke manakah hilangnya motivasi trading aku ni woi!!

Takperlah, aku mungkin lagi bersedih di atas pengumuman penutupan akaun projek PAMM aku. Sampai sekarang ni akaun tu masih lagi boleh trading tapi dah tak tersenarai dah di website LireForex. Aku tunggu sampai broker shutdown terus akaun tu nanti aku bawah keluar modal aku dan trade di tempat lain pulak.

Sekian.

Jumaat, 2 September 2016

Laporan Trading Bulan Ogos 2016

3:47 PTG 1
Sedikit mencabar trading pada bulan Ogos yang lalu:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Sept 2016
Hanya berjaya memperolehi 2.65% profit bulan Ogos lepas. Cabaran menjadi lebih hebat apabila trading lepas tu ramai pulak orang duk hantar mesej macam-macam. Ada yang puji, ada yang kutuk, ada yang menggelabah bila tengah floating negatif, dah la aku pun emosi terganggu bila floating negatif ditambah lagi dengan mesej daripada orang-orang yang copytrade signal aku buat ni lagi la bercelaru emosi. Begitulah cabaran bila kita semakin dikenali dan dipercayai oleh orang ramai. Aku tunjuk pulak graf equiti untuk menambah rencah cerita:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Sept 2016 (Equiti)
Tengok pada garisan hijau hujung sebelah atas kanan tu, nampak tak garisan hijau macam jatuh sikit tu, waktu tu la aku floating negatif lebih daripada seminggu. Kalau bulan lepas subscriber aku berjumlah 760, yang terkini dah jatuh kepada 607 subscriber je, lebih seratus orang dah lari walhal kalau diorang bersabar sikit dah boleh recover dah floating negatif tu sebenarnya. Itulah lumrah pelaburan, bila tengah senang memang ramai orang suka dan puja-puja tapi bila masa tengah susah orang kutuk macam-macam lepas tu lari. Hanya mereka yang setia je selalunya akan merasai keuntungan sebab bila kita tengok pada keseluruhan profit, kita dah berjaya dah melangkaui profit tahun 2014.

Trading setup yang dijalankan pada bulan Ogos 2016:


Jumlah setup EURUSD - 4
Jumlah setup GBPUSD - 5
Jumlah keseluruhan setup - 9
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 1 (Tapi aku dah tak track TP sebenarnya)

Aku cuma konsep trading sekarang ni aku dah tak letak Stop Loss, aku lebih suka guna calculated Cut Loss sebab aku trading hanya pada timeframe D1 ke atas.

Mari kita lihat pula perkembangan Projek PAMM kita:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 2 Sept 2016
Pie Chart Fund MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 2 Sept 2016
Bulan Julai lepas ada 20 orang pelabur, bulan Ogos dah meningkat kepada 25 orang. Jumlah pelaburan dah mencecah USD1,200. Kira okaylah tu kan?

Sebenarnya dalam bulan Ogos lepas, aku telah diperkenalkan kepada satu dunia baru yang aku sebenarnya dah pernah dengar tapi tak pernah cuba iaitu dunia CryptoCurrency ataupun yang sedang meningkat naik popularitinya iaitu BitCoin. Zaman 2005 dulu aku dah pernah guna currency virtual ni nama dia E-Gold, tapi rasanya 2 tahun lepas tu E-Gold ni disita oleh FBI jadinya dah tak boleh pakai dah la. Waktu tu aku rajin try program HYIP tapi guna duit sikit-sikit la sebab aku tahu HYIP ni biasanya skim ponzi. Terbaru ni aku pergi gatal try HYIP ni guna BitCoin, aku ingatkan boleh la kena loteri sekali lebur terus 1 BitCoin aku beli..Demmm..Tersontot!! Apa boleh buat, dah gatal nak cuba kan, hamek kau!!

Apa pun, ni semua pengalaman la. Dunia bisnes ni macam-macam boleh berlaku jadinya yang penting kita kena terus berjalan ke depan. Jangan risau kalau gagal pun, sekurang-kurangnya kita dah cuba dan kita merasai pengalaman gagal tu. Bila kita berjaya kelak kita akan merasai kemanisan kejayaan tu. Kalau kita asyik berjaya aje tanpa gagal celah mana pulak kita nak rasa beza antara pahit dengan manis kan? Okaylah, kita sambung cerita bulan depan ye? Adios..

Sabtu, 6 Ogos 2016

Laporan Trading Bulan Julai 2016

6:07 PTG 0
Agak terlewat sikit update blog ni, dah 6hb Ogos dah pun. Apa pun, mengekalkan momentum daripada bulan Jun 2016:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 1 Ogos 2016
Kurang 0.75% je daripada profit bulan lepas. Sebenarnya memang bila profit kita ditambah lagi dengan jumlah equiti, makin lama makin mencabar kalau kita nak menambahkan peratusan profit tu. Sebab tu aku tak berapa gemar nak target tinggi-tinggi sebab bila melibatkan amaun yang besar, ianya akan mengganggu emosi corak trading kita. Paling penting sebenarnya konsisten sebab tu aku sampai hari ni duk makan gaji bulanan lagi..Sangat berterus terang dan takde ciri-ciri usahawan berjaya siut aku ni...Wakaka!

Apa pun, mari kita lihat berapa banyak trading setup aku dah buat bulan Julai 2016:


Jumlah setup EURUSD - 5
Jumlah setup GBPUSD - 9
Jumlah keseluruhan setup - 14
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - Terlupa nak track (tapi mungkin 2-3 kut)

Kalau bulan lepas dana yang aku uruskan cuma setakat USD800, kali ni dah meningkat kepada USD1,000 lebih dengan 20 pelabur.
Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 1 Aug 2016
Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 1 Aug 2016 (Pecahan pelaburan dana)
Aku sebenarnya ada la rasa takut sikit sebab dah semakin ramai mempercayai akaun PAMM aku ni jadinya aku tak boleh nak mengecewakan diorang. Setakat 20 orang ni kira bolehlah lagi, jom kita tengok apa yang sedang berlaku di MQL5.

Statistik dan Info MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 (1 Ogos 2016) 
760 orang subscribers dengan jumlah dana sebanyak USD720 ribu? Ni update 5 hari lepas, yang terkini punya semalam aku tengok lepas NFP malam tadi dah 834 orang subscribers dengan jumlah dana hampir USD800 ribu!! Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa dah, aku nak riak pun aku tak tahu nak riak kat sapa, yerlah..aku ni dah la hidup dalam gua sengsorang trading Forex ni, mana aku bergaul sangat dengan geng-geng Forex Malaysia pun. Memang padan muka aku pun sebab malas nak bergaul dengan orang...hahaha..Keje aku buat dokumen pasal IT dengan software makan gaji dengan syarikat yang hidup segan mati tak mahu. Jadinya aku sebenarnya pun tak pasti sebenarnya aku ni boleh dikategorikan sebagai berjaya ke tidak. Apa pun, aku tetap akan cuba yang terbaik tapi dalam hati aku la, aku nak cuba cecahkan subsribers aku kepada 1,000 dengan dana mencecah USD1 juta saja je nak bagi suka-suka lepas tu show off dalam blog aku ni..hahaha..

Kalau ikutkan aku banyak dapat mesej dalam MQL5 daripada subscriber aku, macam-macam la diorang tanya. Ada sorang tu siap nak mintak strategi dan rahsia trading aku, tanya pendapat aku market akan pergi ke arah manalah. Aku layankan aje tapi bila lama-lama dia duk tanya benda-benda pelik aku buat bodoh je la. Mana aku tak bengang, dah la aku bagi signal ni free, dia nak pergi mintak tolong kat aku kasi adjust setting MT4 dia apa semua bagai lepas tu modal dia USD100 je. Kalau dia nak upah aku kasi bayar USD1,000 ke, kira okaylah jugak untuk aku buat. Ni tak, eh aku pun ada banyak benda lain la nak kena buat, masa aku berharga tahu tak? Macam-macam hal..

Ada jugak baru-baru ni aku dapat email daripada sorang bisnesman daripada Dubai. Dia nak jemput aku join copytrade group yang dia dah tubuhkan baru 2-3 bulan. Aku masih lagi tengah fikir-fikirkan sebab nampak macam peluang ni best untuk aku belajar sesuatu yang di luar daripada jangkauan aku selama ini. Tengoklah macam mana perkembangannya, aku akan update bulan depan.

Okaylah, tipu la kalau aku cakap aku ni tak nak jadi kaya, tapi bila kaya ni tanggungjawab pun besar. Sedangkan aku tak kaya pun tanggungjawab aku dah pun besar gak ni, 800 lebih orang bergantung harap kepada signal aku woi!! Kalau ikutkan, aku rasa aku ni sebenarnya dah perlukan pertolongan tapi pertolongan dari segi apa pun aku tak tahu..rasa macam bodoh pulak..wakaka..

Kita tengok apa akan berlaku pulak di bulan Ogos ni di laporan bulan hadapan. Salam ceria!

Ahad, 31 Julai 2016

Trading Forex Online Salah Di Sisi Undang-undang Malaysia?

11:08 PG 0
2 minggu lepas aku telah memulakan satu lagi langkah baru iaitu menceburkan diri dalam bidang saham di Bursa Malaysia. Akaun aku belum approve lagi sebab ada sedikit kesilapan dalam borang permohonan jadi kena re-submit untuk pengesahan dengan seorang remisier sebuah entiti pelaburan terkemuka di Malaysia yang aku kenal sejak setahun cuma baru-baru ni je sempat aku berkenalan dengan lebih rapat.



4 tahun lepas sebelum aku kembali aktif tengok Forex ni, aku telah hadir ke satu seminar saham anjuran satu syarikat kaum Cina, memang penuh orang dalam seminar tu dan pada akhir seminar tu, berpusu-pusu orang join sebagai ahli untuk pergi ke seminar lanjutan. Aku waktu tu nampak yang untuk trade saham ni, modal yang diperlukan sangat besar dan memang betul pun, minimum kalau nak trading saham dengan selesa direkomenkan adalah RM5,000 dan ke atas. Aku dengan simpanan pun takde memang aku tarik diri la dan itu salah satu punca aku menceburi bidang online Forex ni.

Sebenarnya aku tak berapa suka sangat bersembang tentang perkara ni sebab aku ni bab berdebat memang biasanya aku tak terer dan selalunya akan kalah. Jadinya bila remisier broker saham aku ni telah memberikan nasihat agar menutup kesemua akaun forex online aku supaya tidak melanggar apa-apa undang-undang Malaysia, timbul perasaan ragu-ragu nak meneruskan aktiviti aku ni. Cuma bila fikir balik, memang selama ni aku pernah dah langgar dah pun undang-undang Malaysia banyak kali pulak tu. Aku tak pernah kira pun berapa banyak saman trafik aku dah pernah kena pun..haha..

Pada mulanya aku agak takut, ditambah lagi bila baca artikel-artikel online ni:
  1. http://www.financemagnates.com/forex/regulation/malaysian-court-charges-illegal-forex-trader/
  2. http://www.financemagnates.com/forex/regulation/single-mother-faces-jail-for-fx-fraud-in-malaysia/
  3. http://www.luckscout.com/why-is-currency-trading-illegal-in-malaysia/
  4. http://www.sc.com.my/post_archive/sc-charges-director-for-defrauding-fx-capital-investors/
Cuma bila aku baca artikel-artikel di bawah ni, aku berpendapat kenapa nak jadi penakut sangat? (Takkan aku nak berhenti terus setelah apa yang aku dah buat, lalui dan belajar selama ini betul tak?):
  1. http://forexsystemprofits.com/is-online-forex-trading-legal-in-malaysia/
  2. http://www.luckscout.com/why-is-currency-trading-illegal-in-malaysia/
Dalam kehidupan kita ni terdapat terlalu banyak perkara yang berisiko jadinya aku buat satu kesimpulan je la, 'Berani buat, berani tanggung'. 

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 2 Julai 2016

Laporan Trading Bulan Jun 2016

2:35 PTG 1
Aku nak tulis banyak sikit la kut untuk laporan bulan Jun 2016 ni, tapi macam biasa graf kita:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 1 Julai 2016
Pencapaian tertinggi buat masa ni dengan 6.76% bulan Jun 2016 lepas. Meskipun ada event yang besar berlaku yang mana aku berhenti trade selama seminggu daripada 19/6-26/6, sempat jugak aku cekau sikit sedikit profit dalam minggu terakhir bulan Jun ni. Waktu event 'Brexit' 23-24 Jun 2016, memang aku duk standby depan laptop tengok Bloomberg kat Youtube.

Tengok Live Coverage Brexit sambil tengok graf
Dalam hati sebenarnya ingat nak trade jugak bila tengok pergerakan gergasi macam ni tapi aku berjaya jugak la menahan nafsu daripada trading lagipun semua broker dah naikkan margin requirement jadinya kalau masuk banyak position lagi cepat stop out jadinya aku bersabar jer lah.

Analisis trading setup sepanjang bulan Jun 2016 yang lalu:


Jumlah setup EURUSD - 3
Jumlah setup GBPUSD - 4
Jumlah keseluruhan setup - 7
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 2

Disebabkan oleh jarang kena stop loss, makin ramai pulak investor dah start nampak akaun aku ni mempunyai potensi untuk pelaburan mereka:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842
Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 (Pecahan pelaburan dana)
Jumlah dana yang aku sedang uruskan adalah bernilai sebanyak USD805.78. Aku punya pelaburan sendiri setakat ni yang paling besar iaitu sebanyak USD336.60, dana bermula daripada USD200 2 tahun lepas (Dulu RM760 je) aku tak pernah sentuh pun sejak daripada bukak akaun ni. Aku cma ambil komisyen 25% jer daripada profit. Takde kaya mana pun aku ni..hahaha.

Selain daripada tu aku nak cerita pasal projek akaun PAMM aku yang aku publishkan secara percuma di MQL5:

Status Akaun MenjadiTrader PAMM 144842
Aku saja la duk godek-godek MQL5 tu nak tengok ada lagi tak orang lain yang provide signal percuma menggunakan MQL5, rupa-rupanya signal aku adalah yang paling ramai orang subscribe daripada keseluruhan sistem MQL5 dalam kategori Metatrader 4. Aku cuba bayangkan kalau aku tukarkan free subscriber ni jadi paid subscriber (400 subscriber x USD20 sebulan = USD8,000 atau RM24,000 sebulan tu..Pakcik Kayoo!!), tapi aku ingat aku nak bagi free je la selagi aku mampu. Bukan senang nak memberikan perkhidmatan percuma yang memberikan manfaat kepada orang di seluruh dunia lagi-lagi di bulan Ramadan ni yang pahalanya berganda, betul tak?

Statistik dan Info MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 (1 Julai 2016)
Lagipun aku masih boleh hidup lagi dengan sumber pendapatan lain setakat ni. Cuba kita tengok paparan kat atas ni, ada 427 subscribers dengan jumlah dana sebanyak USD515k! Setengah juta dollars tu!! Malangnya semua tu bukan duit aku pun..wakaka..Siap nama betul aku lagi ada kat bahagian Author tu, telus tak telus sistem MQL5 ni.

Oh yer, ada pelaburan yang aku buat masa ni (bukan Forex) telah menghasilkan pulangan sebanyak 85% selama hampir setahun yang lalu. Jadinya sebenarnya ada banyak lagi instrumen lain selain daripada Forex yang boleh dijadikan sumber pendapatan bagi mereka yang mungkin dah banyak kali gagal dalam apa jua perniagaan. Aku sendiri pun dah banyak kali gagal jugak dan masih lagi mencuba pendekatan baru tapi tak jugak serik-serik walaupun gagal. Apa yang penting adalah usaha dan tindakan.

Kalau berdasarkan kesemua aktiviti dan pencapaian di atas, korang rasa aku layak tak claim tempat sebagai 'Masta' atau 'Guru Forex'? Wakaka..berangan siut. Aku pergi seminar Forex pun orang duk citer pum pam pum pam depan-depan aku lagi aku boleh buat rileks jer diam takde nak citer apa-apa, ni lagi nak bercerita dengan orang nak tarik jadi pelabur bagai, bukan bidang aku kut. Kalau ada sapa-sapa nak bantu aku tu mungkin aku boleh pertimbangkan kut.

Okaylah, dah nak Hari Raya Aidilfitri dah berapa hari lagi. Maaf Zahir Batin semua. Jangan lupa berkunjung ke blog ni lagi bulan depan untuk update yang seterusnya.

Khamis, 2 Jun 2016

Laporan Trading Bulan Mei 2016

10:59 PG 0
Bulan Mei 2016 yang lalu ni trading agak slowdown sikit:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Jun 2016
Mungkin disebabkan oleh masa trading aku berkurangan daripada 4 kepada 3 minggu je, maka hasil trading bulan Mei agak sikit iaitu cuma 1.1% jer. Perlu diingatkan di sini walaupun 1%, kalau capital kita USD10,000, kita dah boleh dapat USD100. Kalau convert jadi Ringgit Malaysia dah RM400 tu. Dalam trading forex ni, aku bukan jenis yang terkejar-kejar jadinya kalau nak lebih kena letak risiko pun lebih la. Kalau nak lebih, boleh trading sendiri sebenarnya. Terpulanglah pada citarasa masing-masing.

Oh yer, bulan sebelum ni ada 32 Reviews, terkini dah jadi 38 Reviews. Sejak dua menjak ni ramai pulak duk mesej aku directly tanya macam mana nak copytrade, payah nak terangkan kalau online ni jadinya aku biasanya mintak diorang cari je la dalam YouTube. Ada satu review ni jer macam kelakar sikit sebab dia berterima kasih sungguh-sungguh kepada aku. Aku pulak rasa pelik.

Analisis trading setup sepanjang bulan Mei 2016 yang lalu:


Jumlah setup EURUSD - 3
Jumlah setup GBPUSD - 3
Jumlah keseluruhan setup - 6
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 0

Mungkin setup kali ni sikit sangat tu sebab hasil bulan Mei ni sikit kut. Aku sebenarnya tak track pun setup mana yang hit TP tapi memang takde yang hit SL pun sebab aku tak set pun SL. Sebab apa takde SL sebab aku menjangkakan USD akan menguat kembali jadinya aku dengan konfidennya buat semua setup SELL jer. Lama jugak la floating negatif tapi akhirnya ada la profitnya cuma belum close lagi position.

Bulan Jun 2016 ni apa yang aku nampak USD akan naik lagi tapi aku ni bukan ahli nujum jadinya sekali lagi kita redah jer dulu..haha..

Selasa, 10 Mei 2016

Laporan Trading Bulan April 2016

12:28 PTG 0
Macam biasa, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei 2016. Mari kita lihat apa sudah berlaku bulan April 2016 yang lalu:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 10 Mei 2016
Minggu lepas memang aku cuti daripada trading selama seminggu, aku pergi bercuti ke Sabah sekejap. Alhamdulillah bulan lepas adalah pencapaian yang terbaik untuk penggal pertama tahun 2016 ni. Kalau tengok pada Reviews di MQL5 aku, ada pertambahan 7 orang yang ada tinggalkan komen. Ada yang bagi negatif komen kat performance trading aku ni tapi aku peduli apa dengan kata-kata diorang, bukannya duit aku yang rugi pun, sapa suruh diorang copy..hahaha..gurau jer..

Analisis trading setup sepanjang bulan April 2016 yang lalu:


Jumlah setup EURUSD - 5
Jumlah setup GBPUSD - 5
Jumlah keseluruhan setup - 10
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 3

Takde satu pun setup aku yang kena Stop Loss (SL) bulan lepas. Sebabnya adalah aku dah buat jangkaan awal yang bulan April yang lalu US Dollar akan melemah jadinya itu antara salah satu faktor lah tapi dalam Forex ni apa saja boleh berlaku dan pada aku yang penting jangan ambil risiko lebih-lebih kalau jantung tu tak cukup kuat..hahaha..

Bulan Mei 2016 ni aku tak berapa boleh baca lagi US Dollar akan melemah atau menguat, jadi kita redah jer dulu...sekian..

Selasa, 12 April 2016

Laporan Trading Bulan Mac 2016

10:04 PG 0
Patutnya aku tulis laporan bulan Mac 2016 awal bulan tapi aku sekarang ni banyak fokus kepada aktiviti lain yang sedang aku usahakan. Sememangnya trading forex ni dah jadi hobi ler pulak..huhu..

Okay, bulan Mac 2016 apa yang telah berlaku mari kita tengok:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 7 April 2016
Walaupun profit tak sebanyak bulan Februari 2016 namun masih lagi berwarna biru bermaksud ada penambahan la pada equiti walaupun cuma 1.14%. Jumlah keseluruhan profit termasuk yang ada sikit dapat awal bulan April ni adalah 4.73% untuk tahun ini.

Analisis trading setup sepanjang bulan Mac 2016 yang lalu:


Jumlah setup EURUSD - 6
Jumlah setup GBPUSD - 6
Jumlah keseluruhan setup - 12
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 4
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 2

Stop loss pada bulan Mac hari tu memang agak banyak iaitu 4 kali tapi berjaya di 'recover'kan sebab tu la profit bulan lepas sikit jer. Itu pun sebenarnya dah cukup bagus dah sebab aku ni bukan full time pun trading ni, aku set guna excel tu kira siap2 untung rugi lepas tu biar jer akaun aku tu berjalan sendiri.

Okaylah, kita tengok pulak apa akan berlaku bulan April 2016 ni pulak. Adios..

Rabu, 2 Mac 2016

Laporan Trading Bulan Februari 2016

2:21 PTG 2
Bulan Februari 2016 yang lalu telah menjadi medan yang mana aku telah pun 'recover loss' bulan January yang lalu dan menghasilkan sedikit profit:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Mac 2016
Memandangkan aku cuma trade 2 currency pair jer jadinya mungkin dah tiba masanya untuk aku tambah bilangan pair untuk trading kut. Susah sebenarnya nak tambah sebab aku ni tak mengadap graf sangat pun, kebanyakan trading yang aku buat lebih kepada 'money management' jer, aku biasanya tak risk lebih daripada 5% pun daripada total equiti akaun. Jadinya memang agak mustahil untuk aku MC pun sebab aku sangat menitikberatkan soal risk, kecuali kalau berlakunya kejadian macam Swiss Franc tahun lepas.

Analisis trading setup sepanjang bulan Februari 2016:


Jumlah setup EURUSD - 7
Jumlah setup GBPUSD - 6
Jumlah keseluruhan setup - 13
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 1
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 1

Kalau tengok pada statistik di atas, kalau mana yang takde note SL atau TP tu biasanya aku dah adjust sama ada SL yang profit atau pun TP yang profit tapi tak sampai target. Paling penting sebenarnya keseluruhan trading adalah profitable.

Baru-baru ni aku telah dihubungi oleh beberapa broker yang berminat dengan pencapaian prestasi projek MenjadiTrader PAMM 144842, aku mungkin akan cuba bekerjasama dengan mereka untuk mengembangkan lagi aktiviti projek PAMM ni. Nanti aku ceritalah kut kalau usaha aku ni berjaya. Buat masa ni, trading merupakan hobi aku sahaja dan aku sememangnya takde untung sangat pun.

Terima kasihlah kepada semua pembaca-pembaca blog aku yang tak berapa meriah ni. Semoga bulan Mac ni lebih profitable lagi.

Jumaat, 5 Februari 2016

Laporan Trading Bulan Januari 2016

12:31 PTG 2
Sekejap betul masa berlalu, dah habis dah bulan Januari. Mari kita lihat perkembangan akaun projek PAMM MenjadiTrader:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 1 Februari 2016
Bulan Januari lepas aku telah kecundang sebanyak -1.61% iaitu hampir 2% kerugian. Kalau tengok secara keseluruhan aku masih lagi profit tapi kerugian yang aku alami bulan lepas dah ambil sedikit profit bulan Nov dan Dis 2015 sikit. Sebenarnya dalam bulan Januari 2016 ni salah satu akaun personal aku telah mengalami MC dan aku telah kerugian sebanyak USD150 (**sedih nak nangis..) jadinya aku telah mengalami sedikit dilema emosi. Mula-mula aku ingat nak tinggikan risk nak profit banyak kononnya, sekali tu market dia mana peduli ko nak trade arah mana, dia ikut suka dia jer. Apa pun, kerugian tersebut telahpun di offset dengan hasil affiliate yang aku perolehi dengan mempromosikan broker XM di blog aku ni, kira okay la tu kan? Yang penting tak rugi teruk..hehe..

Analisis trading setup yang aku dah buat sepanjang bulan Januari 2016:


Jumlah setup EURUSD - 5
Jumlah setup GBPUSD - 9
Jumlah keseluruhan setup - 14
Jumlah setup hit stop loss - 2

Sebenarnya kan trading forex ni boring sebenarnya, kecuali la kalau minat nak tengok graf. Macam aku ni, aku sebenarnya malas nak tengok graf, aku boleh jer nak tengok candlestick jepun tu tapi dah aku tak suka nak ngadap graf MT4 tu lama-lama, aku trade pun 2 currency pair jer jadi buat apa aku nak luangkan masa berjam-jam depan laptop. Ada baiknya la aku layan movie ke apa ker..ekeke..

Okaylah, salah satu akaun micro aku dah pun withdraw, tak banyak pun, 10% je untung. Selamat withdraw duit semua..

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)