MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Jumaat, 29 Disember 2017

Sehari Selepas Memasang EA Budak Ubat Version 1.5 di demo akaun SuperForex

10:47 PTG 0
Di dalam video ini saya buat review kembali berkenaan EA Budak Ubat Version 1.5 yang telah dipasang di dalam akaun trading yang sedang beroperasi di VPS menggunakan demo akaun SuperForex.


Join MenjadiTrader University untuk belajar lebih lanjut mengenai cara penggunaan EA.

Rabu, 27 Disember 2017

Memasang EA Budak Ubat Version 1.5 Akaun Demo SuperForex

10:59 PTG 0
Di dalam video ini saya buat demo bagaimana untuk memasang EA Budak Ubat Version 1.5 di VPS menggunakan demo akaun SuperForex.


Join MenjadiTrader University untuk belajar lebih lanjut mengenai cara penggunaan EA.

Jumaat, 22 Disember 2017

Pengalaman Deposit USD10 Di Broker XM Menggunakan Local Deposit Online Banking

6:47 PG 0
Kalau orang nak tengok YouTube, boleh terus ke website YouTube atau tap je kat smartphone apps YouTube, nak berFB tap je apps Facebook. Apa pun, saya share jugak la video yang saya rakamkan semalam menggunakan handfon saya di sini:




Jumaat, 8 Disember 2017

Pengalaman Upgrade Pakej VPS di SocialVPS

4:02 PG 0
Pengalaman Upgrade Pakej VPS di SocialVPS
Disebabkan oleh kekangan daripada update MT4 daripada sebuah broker yang saya ingin gunapakai, akhirnya saya telah pun upgrade OS VPS yang saya guna daripada Windows XP kepada Windows 7:


Cubalah SocialVPS

Ahad, 19 November 2017

Video Review SocialVPS November 2017

10:04 PTG 0
Video Review SocialVPS November 2017
Kalau sebelum ni saya telah membuat review berkenaan servis VPS yang saya gunapakai iaitu SocialVPS, kali ni saya buat video review pulak:

SocialVPS

Isnin, 2 Oktober 2017

FaceBook Live (Audio Only) 21 - 29 Sept 2017

4:53 PTG 0
FaceBook Live (Audio Only) 21 - 29 Sept 2017
Sepanjang minggu lepas, rupanya saya telah buat banyak pulak Facebook Live Audio di FB Page MenjadiTrader saya. Kalau anda serius dalam bidang trading dan berminat mengetahui perkara-perkara yang saya telah belajar sepanjang tempoh saya berkecimpung dalam bidang online trading ni, boleh dengar kesemua FB Live Audio saya di bawah.


FB Live Episod #3 21 Sept 2017: Menerapkan nilai-nilai bisnes di dalam aktiviti forex trading anda


FB Live Episod #4 25 Sept 2017: Kepentingan mempunyai guru


FB Live Episod #5 26 Sept 2017: Berapakah modal yang sesuai untuk trading forex?


FB Live Episod #6 27 Sept 2017: Pernah tak anda baca buku nak belajar jadi jutawan tapi lepas baca buku tu anda rasa kecewa?


FB Live Episod #7 28 Sept 2017: Boleh ke trading guna robot atau EA mendatangkan profit?


FB Live Episod #8 29 Sept 2017: Menerokai dunia social trading, copytrade, autotrade, pamm, ramm dll


FB Live Episod #9 29 Sept 2017 (Bonus): Apakah waktu yang sesuai untuk trading forex?

Jangan lupa untuk 'Like' FB Page saya dan juga hubungi saya sekiranya anda berminat untuk bekerjasama dengan saya.

Sabtu, 23 September 2017

Vlog MenjadiTrader #21 : Sembang-sembang Forex Robot atau EA (Episod 2)

11:20 PG 0
Dalam video ini saya menunjukkan bagaimana menguruskan akaun demo dan apa sudah berlaku dengan akaun-akaun sebelum ini dan satu strategi yang boleh digunakan apabila menggunakan robot trading.

Sebarang pertanyaan lain boleh hubungi saya secara terus.

 

Cubalah SocialVPS

Rabu, 20 September 2017

2 Episod FaceBook Live (Audio Only)

12:28 PTG 0
2 Episod FaceBook Live (Audio Only)
Saya sedang bereksperimen dengan FaceBook Live sekarang ni, nampak macam tools yang menarik. Mari kita lihat apa cerita sebenarnya:

FB Live Episod #1: Margin Di Dalam Forex Trading

FB Live Episod #2: Bagaimana Kena Scam RM100k Memberikan Satu Perspektif Baru Di Dalam Dunia Kewangan dan Bisnes

Saya akan cuba untuk membuat lebih banyak episod seperti ini untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada pembaca blog saya. Jangan lupa subscribe kepada FB Page MenjadiTrader untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan trading dan bisnes.

Rabu, 9 Ogos 2017

Bagaimana Auto Trade atau Robot Trading

4:04 PTG 0
Setelah berakhirnya projek MenjadiTrader PAMM 144842, perjalanan trading saya telah menjadi agak perlahan. Walaupun begitu, saya masih lagi terlibat dengan 1 trading projek jangka panjang tapi ianya tidak begitu menarik untuk diceritakan.

Pada bulan Ramadhan yang lalu, saya telah melibatkan diri sepenuhnya di dalam penggunaan Expert Advisor atau Robot Trading. Setelah hampir 3 bulan membuat ujikaji dan study, akhirnya saya buat keputusan untuk menjadi seorang trader menggunakan Robot sepenuhnya. Ini antara beberapa sebab kenapa saya lebih suka menggunakan robot berbanding trading manual:
  1. Tidak perlu mengadap carta: Walaupun sebenarnya carta tu penting untuk kita buat analisa, tetapi saya sebenarnya tidak berapa gemar menghabiskan masa merenung carta Forex walaupun sebenarnya saya berupaya untuk membuat analisa yang membantu untuk membuat keputusan trading.
  2. Kebebasan masa: Zaman sekarang ini, kita boleh akses Forex di mana-mana sahaja menggunakan smartphone kita asalkan kita boleh akses internet. Tak perlu pun nak buka MT4 di laptop dan habiskan masa yang lama untuk trading.
  3. 24 Jam: Robot ni bila dah setting cantik dan beroperasi di VPS, dah tak perlu buat apa-apa lagi dah. Monitor dan rileks sahaja.
Ni contoh 3 akaun testing saya yang masih lagi berjalan secara automatik sekarang ini:

Hampir 180% pulangan dalam masa 2 bulan, Akaun USD10, Leverage 1:1000
1 Currency Pair (GBPJPY), Broker FBS

Hampir 90% pulangan dalam masa 3 bulan, Akaun USD100, Leverage 1:500, 
5 Currency Pair (EURUSD, GBPUSD, USDJPY, USDCHF, USDCAD), Broker FXCL

Hampir 54% pulangan dalam masa 2 bulan, Akaun USD8, Leverage 1:1000,
1 Currency Pair (EURJPY), Broker LiteForex

Sebenarnya dah banyak akaun saya dah terkorban tetapi pengorbanan itu perlu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik yang kita boleh pelajari dan berada di dalam kawalan. Perlu diingatkan, trading forex ini sangat berisiko dan anda boleh kehilangan kesemua pelaburan anda dalam masa yang singkat. 

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)