Bila aku baca balik blog aku ni, aku terasa bersalah pulak. Yerlah, ada angan-angan dan cita-cita tapi perlaksanaan takde. Fokus dah lari, asyik tukar-tukar aktiviti jer. Macam ni la ragam bila kita tengah muda-muda ni. Fokus tu cepat sangat berubah, cepat teruja dengan benda-benda baru.
Okaylah, cukuplah dengan kata-kata penyesalan. Sekarang ni, nak kena 'move forward'. 19 bulan selepas blog post sebelum ni. 19 bulan bersamaan dgn 1 tahun 5 bulan. Lama tu. Memang takde nampak 'improvement' dalam bidang trading ni. Tapi yang pastinya, aku sekarang sudah ada kerjaya baru yang lebih bagus. Kini tiba masanya untuk merealisasikan impian yang belum kesampaian.
Hari ni, aku telah berjaya membuka satu akaun live bersama Easy-Forex. Easy-Forex ni aku jumpa sebab aku terbaca keahlian percuma sekarang ni sampai 31/10 ni. Hanya depositkan sekurang-kurangnya USD200 dan anda dah boleh tengok info-info dalaman yg org lain tak dapat tgk dan baca.
Yang ni memang akaun live punya. Bukan lagi demo. Dah penat main guna demo, motivasi memang takde. Dah berapa banyak akaun demo aku lingkupkan, tapi takde perasaan apa. Biar aku rasa sikit lost yg sebenar, baru la ada semangat dan usaha nak teruskan perjuangan trading ni.
Okaylah, banyak tulis kat sini kang habis pulak masa aku nak study. Nanti gua akan update lagi blog ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan