Last aku update pasal akaun live PAMM aku adalah pada awal Januari tahun 2014 yang lepas. Sekarang dah pun 16 Februari dah pun. Pada mulanya aku ingat nak eliminate jer akaun PAMM aku ni, tapi bila fikir-fikir balik rasa sayang pulak sebab inilah akaun trading live aku. Berkat kesabaran dan usaha tekun aku bersama dengan guru aku (seorang staf LiteForex Malaysia), aku berjaya mengekalkan akaun ini.
|
Akaun PAMM JayDee di LiteForex |
Modal aku untuk akaun ini adalah sebanyak USD200 (RM660). Kini berbaki USD50 (RM165). Kalau aku withdraw USD50 ni, aku cuma akan dapat (RM155) jer. Niat aku pun sebenarnya nak berbisnes jadinya duit modal ni aku takkan sentuh sampailah aku total loss. Apa pun, trading tetap aku akan teruskan walaupun pelbagai perasaan takut, bimbang dan kecewa yang aku akan alami sepanjang kerjaya trading ini. Namun begitu, kini perasaan takut loss tu dah semakin kurang sebab dah semakin immune dan juga sebab aku kini menggunakan satu mekanisma yang menolong dalam mengawal emosi live trade ni.
Semoga aku tetap bersemangat meneruskan usaha trading ini..Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan