Akaun XM MenjadiTrader Ashpro yang sudah terkorban |
Aku duk cerita pasal kisah sedih aku je ni, mana jawapan kepada bagaimana untuk tidak menangis apabila akaun trading leburnya? Berikut adalah jawapannya:
- Pastikan modal yang digunakan untuk trading forex bukan modal daripada duit keperluan harian ataupun simpanan kecemasan.
Di dalam apa jua jenis perniagaan, perlu diasingkan wang keperluan perniagaan dan wang keperluan peribadi. Ini adalah penting sebab bila wang keperluan dijadikan taruhan, emosi akan menguasai diri dan akhirnya emosi diri sendiri akan merana disebabkan oleh keputusan yang dibuat oleh diri sendiri. - Rugi itu sudah pasti tetapi untung tidak tahu lagi.
Pemahaman di atas merupakan lumrah alam disebabkan kita sebagai manusia pasti akan mati suatu hari nanti tetapi takdir di waktu hadapan hanya tuhan sahaja yang tahu. - Pepatah Inggeris daripada Benjamin Franklin 'If you fail to plan, you are planning to fail'
Dalam trading, perancangan mestilah jelas. Biasanya kita perlu nilai dulu berapa yang sanggup kita rugi dan bukannya berapa yang kita nak untung, barulah kita boleh buat keputusan yang sebetulnya.
Begitulah serba sedikit coretan aku buat kali ini. Rasanya aku perlu muhasabah diri lebih sikit. Sebab tu biasanya orang yang berjaya ni dia akan ada mentor yang boleh membimbing diri mereka. Okaylah, sekian dulu buat kali ini. Selamat mengharungi dunia trading akan datang.
1 ulasan:
Margin calculation ok..yg problemnye adalah entry..dan paling sukar di antara semua adalah "exit"
Catat Ulasan