MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 4 Februari 2017

Bagaimana Untuk Tidak Menangis Apabila Akaun Trading Lebur

Salah satu cabaran terbesar apabila menjadi seorang trader forex secara solo di dalam persekitaran yang tiada orang lain yang juga merupakan trader adalah kehilangan FOKUS. Sepanjang bulan Januari 2017 rasanya aku sangat jarang bukak MT4 dan apabila aku melihat salah satu akaun trading aku yang tidak diletakkan stop loss semakin jauh negatif floatingnya, aku semakin rasa menyampah dan terus biarkan akaun tersebut hanyut dan akhirnya pada 1hb Februari yang lepas, akaun tersebut telah pun terkena 'Stop Out' yang bermaksud berakhirnya riwayat akaun tersebut:

Akaun XM MenjadiTrader Ashpro yang sudah terkorban
Disebabkan aku terlalu degil tidak mahu menutup posisi SELL dan mengharapkan USD akan menguat, akhirnya akaun ini telah pun terkorban setelah 6 bulan lebih berada di dalam dagangan. Begitulah kisahnya menjadi seorang trader secara solo ni, gagal sebenarnya bukan terletak pada teknik tetapi lebih kepada diri sendiri.

Aku duk cerita pasal kisah sedih aku je ni, mana jawapan kepada bagaimana untuk tidak menangis apabila akaun trading leburnya? Berikut adalah jawapannya:
  1. Pastikan modal yang digunakan untuk trading forex bukan modal daripada duit keperluan harian ataupun simpanan kecemasan.
    Di dalam apa jua jenis perniagaan, perlu diasingkan wang keperluan perniagaan dan wang keperluan peribadi. Ini adalah penting sebab bila wang keperluan dijadikan taruhan, emosi akan menguasai diri dan akhirnya emosi diri sendiri akan merana disebabkan oleh keputusan yang dibuat oleh diri sendiri.
  2. Rugi itu sudah pasti tetapi untung tidak tahu lagi.
    Pemahaman di atas merupakan lumrah alam disebabkan kita sebagai manusia pasti akan mati suatu hari nanti tetapi takdir di waktu hadapan hanya tuhan sahaja yang tahu.
  3. Pepatah Inggeris daripada Benjamin Franklin 'If you fail to plan, you are planning to fail'
    Dalam trading, perancangan mestilah jelas. Biasanya kita perlu nilai dulu berapa yang sanggup kita rugi dan bukannya berapa yang kita nak untung, barulah kita boleh buat keputusan yang sebetulnya.
Begitulah serba sedikit coretan aku buat kali ini. Rasanya aku perlu muhasabah diri lebih sikit. Sebab tu biasanya orang yang berjaya ni dia akan ada mentor yang boleh membimbing diri mereka. Okaylah, sekian dulu buat kali ini. Selamat mengharungi dunia trading akan datang.

1 ulasan:

tukangFX berkata...

Margin calculation ok..yg problemnye adalah entry..dan paling sukar di antara semua adalah "exit"

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)