MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Khamis, 15 November 2018

Bagaimana akaun MicroCent USD13 pada bulan Mei 2018 kini menjadi USD27 pada bulan Nov 2018 Secara AutoPilot



Pada bulan Mei 2018, setelah menghadapi cabaran kewangan peribadi, salah satu akaun trading saya terpaksa dikorbankan untuk menampung keperluan yang tiba-tiba muncul. Setelah withdrawal dilaksanakan, entah macam mana ada baki lagi dalam akaun trading sebanyak USD13 dan terbiar selama seminggu.

Menyedari baki yang tertinggal ini, saya pun kamikaze la guna akaun ni untuk membuat test dengan EA MenjadiTrader v2.0 kegemaran saya trading 2 currency pair kegemaran iaitu EUR/USD dan juga GBP/USD. Dengan kos VPS sebanyak RM35 sebulan, akaun ini dibiarkan berjalan dengan pemantauan yang minima.

Terdapat beberapa ketika sebagai contoh baru-baru ini akaun floating negatif menjadi sedikit besar disebabkan market volatiliti yang tinggi tetapi berjaya diharungi tanpa sebarang top-up. Kini status baki semasa akaun trading ini adalah USD27.

Kalau kita kira withdraw USD27 (rate 4=RM108) ini tolak dengan kos VPS selama 6 bulan (RM35 x 6 bulan=RM210) saya telah pun mengalami kerugian sebanyak (RM108 - RM210=-RM102). Ini tidak termasuk modal asal, kos servis masa, elektrik, internet connection dan lain-lain.

Sememangnya dari mata kasar nampak macam aktiviti ini menguntungkan sebab akaun daripada USD13 naik menjadi USD27, kenaikan sebanyak 207%. Tetapi kos berkaitan dengan aktiviti trading ini melangkaui kos disebabkan oleh modal trading yang terlalu kecil.

Hal begini boleh diperbaiki dengan pertambahan modal sebagai contoh sekiranya modal yang diletakkan adalah USD130 yang berpotensi naik menjadi USD270 sekiranya lot saiz dan leverage dikekalkan. Profit yang dijangkakan sekiranya kaedah pengiraan dikira sama dengan contoh sebelum ini (USD270 withdraw rate 4=RM1,080) tolak dengan kos VPS selama 6 bulan (RM35 x 6 bulan=RM210) profit ditolak dengan modal adalah (US270-USD130=USD140) dikalikan dengan 4 rate withdrawal, profit adalah bersamaan dengan RM560 ditolak dengan kos 6 bulan VPS iaitu RM210 maka profit bersih adalah RM350.

Point di sini adalah pengiraan kos bisnes model ini perlu dititikberatkan untuk mendapatkan profit bersih yang tinggi. Kelebihan bisnes model ini adalah aktiviti ini berlaku secara auto-pilot dengan pemantauan yang minima. Kelemahan bisnes model ini berbalik kepada trading instrumen matawang mempunyai risiko yang tinggi apabila berdepan dengan modal yang tinggi dengan leverage yang tinggi.

Apa pun, sebenarnya yang penting di dalam sebarang aktiviti berbentuk bisnes adalah kefahaman yang mendalam di dalam apa jua bidang yang kita ceburi yang boleh mengurangkan risiko yang bakal ditanggung. Semoga anda maju jaya di dalam trading anda.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)