MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Khamis, 1 Disember 2016

139% Account Growth! Wow!

2:14 PTG 0
Sejak 2 bulan dah ni aku dibelenggu oleh masalah laptop Acer R11 yang aku beli secara online di Lazada pada bulan Julai 2016. Masalah yang aku hadapi adalah nak masuk Windows 10 dia sangkut. Sakit hati betul aku, 2 kali aku hantar ke pusat servis untuk Waranti. Kali ke-2 hantar dia tukar hard disk baru dengan reset balik ke factory setting. Seminggu je aku pakai, lepas tu jadi balik masalah yang sama. Aku dah malas nak hantar ke pusat servis tu jadinya semalam aku format balik laptop aku ni lepas tu aku install Linux Ubuntu. Mujur jugak la aku ni kira kategori orang IT, jadinya bolehlah buat sendiri. Okay, cukup la luahan hati dan rasa. Oh yer, guna Linux pun boleh install MT4 untuk trading so takde alasan kenapa tak boleh nak trading..hehe

Disebabkan oleh penutupan akaun PAMM pada bulan lepas, aku telah pun mengambil inisiatif untuk trading pakai broker baru iaitu di RoboForex. Berbekalkan USD45 modal permulaan yang 90% ditanggung oleh broker, aku telah pun membuat withdrawal sebanyak 4 kali dengan jumlah withdrawal sebanyak (USD14.50+USD14.50+USD15+USD7=USD51) dalam tempoh tak sampai sebulan. Kalau tengok pada graf bersamaan hampir 200%.

Akaun MenjadiTrader AshPro RoboForex MQL5

Memang ler nampak macam ROI tu besar sebab modal pakai pun kecik. Bila modal kecik ni, kita tak nampak sangat pun risk jadi macam aku trading ni memang aku hentam cukup-cukup risk hampir 70% untuk semua entri point. Itu yang return pun tinggi. Betul tak?

Menariknya, dah ada sorang subscriber aku walaupun dia terpaksa bayar USD20 tapi rasanya dia dah balik modal kut disebabkan oleh high risk high reward akaun aku ni. Masalah aku sekarang ni bukan pada teknik, masalah aku sekarang ni adalah nak scale out, keberanian nak bukak akaun besar dan nak kembangkan akaun untuk membuat konsisten profit. Aku punya masalah kewangan sendiri pun aku tak boleh nak setel lagi ni..sedeyy...Jadinya 2 minggu lepas aku kembali semula masuk ke kelas yang dianjurkan oleh mentor aku:

Brader Shukri sedang memberikan penerangan
Ada beberapa point yang menarik aku dapati dalam kelas ni walaupun sebahagian besar kelas ni lebih tertumpu kepada cara nak menggunakan MT4 dan akaun demo. Hampir semua yang diajar dalam kelas ni aku dah tahu dan faham cuma mungkin kelemahan pada diri aku sekarang ni yang masih lagi menjadi cabaran besar. Tengah menunggu jemputan untuk menghadiri kelas advance pulak nak tengok apa trick-trick yang aku boleh pakai.

Sesiapa yang berminat nak hadiri kelas yang akan datang boleh berhubung dengan aku. Aku bukan tenaga pengajar tapi kalau nak guidance secara personal tu boleh la sikit-sikit. :-)


Khamis, 10 November 2016

Mencuba Broker RoboForex (RoboForex Review)

1:02 PTG 0
Aku ada satu tabiat yang sukar dibuang iaitu aku suka cuba benda baru. Kalau sebelum aku kenal dunia Forex, aku suka try sebarang jenis teknologi baru yang aku boleh cuba secara free contoh macam software freeware atau trial. Jadinya bila dalam dunia online Forex ni, aku suka cuba perkhidmatan broker la terutamanya broker yang offer kredit percuma. Baru-baru aku dapat satu email ni:

Email offer daripada sapa ntah aku pun tak tahu
Memandangkan projek PAMM aku pun dah terkubur, tiba masanya untuk aku cuba buat projek baru la, datang pulak RAMM ni. RAMM ni nama panjangnya Risk Allocation Management Model. Nak cerita apa benda ni aku sendiri pun belum faham sepenuhnya lagi, selalunya aku kena cuba dulu baru tahu. Sementara aku cuba memahami apa benda RAMM ni, aku cuba dulu la perkhidmatan akaun trading broker RoboForex ni.

Jujurnya, aku pernah dengar pasal RoboForex ni tapi tak pernah berminat pun nak cuba. Bila aku tengok website RoboForex ni:

Website RoboForex
Wahh..punya la banyak function yang broker ni ada. Teringat aku pada satu lagi broker terkenal berwarna merah tapi broker ni warna biru. Macam biasa, bila kita bukak akaun dengan broker forex ni, kita kena upload IC dan juga bil utiliti untuk tujuan pengesahan. Verification selalunya kalau takde apa-apa tak sampai sehari pun dah siap.

Pertama kali masuk dalam Members Area, memang pening kepala sikit sebab terlalu banyak benda boleh buat. Jadinya aku pun bukak la akaun MT-4 Cent Pro:
Jenis-jenis akaun trading
Ada 6 jenis akaun trading utama dan 6 jenis akaun trading di bawah platform MT4. Kena faham di sini, ada juga platform MT5, cTrader dan satu platform yang aku pun baru tahu iaitu Umstel. MT4 ni kira yang standard atau yang biasa aku guna dan kebanyakan trader-trader kecil macam kita ni guna. Aku nak cerita panjang-panjang pun tak guna jugak, yang penting kita nak trade dan buat duit guna duit free yang broker RoboForex ni. Aku tengah sengkek jadinya aku pakai akaun cent jer la:

MultiTerminal MT4 Platform guna RoboForex
Salah satu kriteria broker yang aku selalu titik beratkan adalah sama ada tools Multiterminal MT4 ada atau pun tidak. RoboForex kebetulan pulak ada jadinya pass la. Menariknya RoboForex ada pilihan untuk deposit guna Bitcoin melalui Neteller, aku pun deposit la guna Bitcoin yang ada dalam wallet aku yang dah berapa bulan tak disentuh dah nak berhabuk dah pun. Bila aku depo, aku dapat 50% bonus ditambah lagi dengan welcome bonus USD30. Jadinya total equiti yang aku boleh trade adalah USD45 ataupun USD4,500 cent. Menggunakan tools Simple Forex Excel Margin Calculator yang dah bertahun aku pakai, aku berjaya dapat 37% profit semalam sebelum Donald Trump diumumkan menang untuk jadi Presiden baru USA. Kira okaylah kan? Terus aku request untuk withdraw masuk ke dalam akaun Skrill setel dalam masa beberapa jam je. Cepat gak.


Skrill ni boleh tahan gak cas dia bila nak transfer masuk ke akaun bank Malaysia. Kebiasaanya broker ni bila kita depo melalui satu medium contoh depo melalui Neteller, kena withdraw pun melalui Neteller jugak. Tapi aku try depo guna Bitcoin dan memandangkan takde option pun boleh withdraw guna Bitcoin, aku cuba la withdraw guna Skrill. Berjaya pulak, so bagi aku kira okaylah. Aku tak perlu la melalui IB tempatan yang bila aku contact guna Whatsapp macam nak tak nak je layan. IB RoboForex Malaysia ada kol aku standard la customer service tapi dengar daripada gaya percakapan macam tak bermaya jer, aku pun tak tahu apa masalah mamat tu.

So, begitulah pengalaman aku mencuba broker RoboForex di kala market forex tengah bergelora disebabkan pengundian Presiden Amerika yang baru. Oh yer, di kala semua broker-broker lain termasuk 2 broker yang aku rekomen pakai menaikkan keperluan margin, broker RoboForex ni rileks pulak takde ubah apa-apa. Spread mencanak tu memang tak boleh buat apa-apa la.


Ada forex trader yang suka nak tahu sebenarnya broker RoboForex ni 'Market Maker' atau pun 'STP':


Bagi aku, kalau setakat akaun kecilan bilis macam aku pakai ni, tak perlu tahu sangat pun takpe. Dah memang confirm la 'Market Maker' sebab leverage boleh pergi sampai 1:1000. Ada kelebihan dan kekurangan dua-dua jenis model ni tapi cara nak pakai leverage ni seharusnya diketahui.

Rajin pulak aku duk promote produk yang aku pakai ni. Okaylah, kalau berminat nak bertrading di RoboForex ni, boleh klik di banner kat bawah, buka akaun CashBackCloud, klik pada logo RoboForex dan jangan lupa hubungi aku kalau perlukan bantuan apa-apa.

Sabtu, 5 November 2016

Penamatan Project PAMM MenjadiTrader

1:04 PTG 2
Pada bulan lepas, seperti jatuh ditimpa tangga, aku akhirnya terpaksa ataupun dipaksa untuk menutup Project PAMM MenjadiTrader disebabkan akaun ini dihentikan oleh broker LiteForex. Berikut adalah graf terakhir projek yang telah berlangsung selama 2 tahun 7 bulan atau 31 bulan:

Graf terakhir akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Penutupan ni terjadi di saat akaun ni tengah floating negatif yang agak besar yang telah pun memadamkan profit bulan Jun 2016 iaitu yang tertinggi setakat tahun ini. Sememangnya terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah kecapi sepanjang proses membuat projek yang memakan masa bertahun ni. Tekanan yang aku terima ditambah lagi dengan satu kejadian kewangan atau dalam istilah lain dipanggil 'tersontot' yang berlaku pada aku pada bulan Oktober 2016 merupakan satu kejadian 'hitam' yang sangat memeritkan. Ianya sangat mencabar emosi, mental dan perasaan aku sebagai seorang online trader dan juga sebagai seorang pekerja full time dan aku takkan tipu kalau aku cakap aku nak 'quit' daripada segala aktiviti ekonomi yang aku sedang buat.

Memang betul orang cakap, 'Tuhan takkan membebani seseorang di luar daripada kemampuannya'. Ada kalanya kita sebagai manusia biasa perlu mendapatkan bantuan luar untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Insya'allah aku akan berjaya mengatasi masalah kewangan yang aku hadapi ini dan bangkit semula lebih kuat daripada sebelum ini.

Ada beberapa projek lain yang aku sedang usahakan sebagai ganti projek yang telah ditamatkan ini. Bila tiba masanya nanti aku akan umumkan dalam blog ini tapi buat masa ini aku akan cuba untuk menyampaikan segala ilmu yang aku telah pelajari dalam bidang online Forex Trading ini terutamanya daripada segi teknikal tools agar ianya memberikan manfaat kepada semua yang berminat dalam bidang online trading ni.

Sehingga bertemu di lain waktu.

Isnin, 31 Oktober 2016

Bagaimana Untuk Trading USD30 PERCUMA Daripada XM

2:30 PTG 0
Pada bulan November 2014 iaitu 2 tahun lepas, saya telah mendaftarkan satu akaun XM menggunakan nama isteri saya. Saya sebenarnya dah ada akaun XM sebelum ni tapi waktu saya register dulu free bonus USD30 tu belum ada lagi.

Menggunakan kaedah template Excel aku, saya telah adjust dan sesuaikan dan trade la selama 7 bulan. Graf trading saya adalah seperti di bawah:

XM Free USD30 Graf Growth
Bermula dengan USD30, saya telah berjaya grow kan akaun ni sebanyak hampir 150%. Tapi akhirnya kecundang sebab saya pegi tukar strategi dan perasaan tamak masuk, hancur terus akaun. 

XM Free USD30 Graf equiti
Begitulah keadaan apabila kawalan diri telah hilang. Apa pun pesanan saya, jangan trade guna duit nak makan, duit loan atau duit daripada dana keperluan sebab bila emosi dah menguasai diri, memang selamat tinggal la..

Broker XM masih lagi memberikan USD30 percuma kepada semua pelanggan baru. Kalau nak cuba trade dengan dana yang disediakan dan merasai sendiri trading yang sebenar dan bukan akaun demo, klik banner di bawah dan request USD30 anda:


Selasa, 4 Oktober 2016

Laporan Trading Bulan September 2016

3:56 PTG 0
Dah rasa macam nak 'quit' je trading ni tapi bila fikir balik, bisnes Forex ni antara bisnes yang agak fleksibel dan banyak kelebihan daripada segi fasiliti aku tetap teruskan je la walaupun takde untung sangat pun. Tu pasal kena dengar cakap mereka yang berpengalaman iaitu kalau nak melabur/berbisnes, jangan guna duit nak makan.

Aku bulan September ni agak kesedihan la bila dapat email daripada broker yang aku dah guna sejak sekian lama:


Setelah sekian lama, akhirnya broker LiteForex buat keputusan menamatkan perkhidmatan PAMM mereka dan menggantikannya dengan sistem copytrade baru diorang. Jadinya selepas ini aku terpaksalah menutup projek yang sudah 2 tahun lebih beroperasi. Sebenarnya hasil daripada projek ni takde la memberangsang sangat pun, rasanya boleh diiktiraf sebagai hobi je kut.

Apa pun, bulan September matawang USD menguat pulak. Terasa menyesal pulak close position SELL aku bulan Ogos tapi aku ni bukannya tok nujum pun nak ramalkan masa depan.

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 4 Oct 2016
Graf growth nampak macam okay, tapi bila tengok Equity:

Graf equiti akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 4 Oct 2016
Takde la floating banyak sangat pun, -USD3,000 lebih je pun atau lebih kurang 5% hilang daripada jumlah equiti. Puncanya daripada position BUY GBPUSD yang aku tak nak cut loss. Saat ketika aku menulis post ni, GBPUSD berada di harga paling rendah selepas peristiwa Brexit tu, katanya paras terendah sejak 31 tahun yang lepas. Aku zaman tu masih budak kecik lagi. Mungkin harga GBPUSD akan naik lepas ni tapi mungkin memakan masa la kut.


Jumlah setup EURUSD - 2
Jumlah setup GBPUSD - 4
Jumlah keseluruhan setup - 6
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 0

Makin lama aku tengok aku dah makin malas pulak nak buat entri walhal sebenarnya takde susah mana pun. Setiap entri aku buat guna Excel kat atas tu hanya 5 minit jer, set dan tinggal. Kalau aku just buat je entri setiap hari aku rasa aku dah boleh kautim dah dapat profit walaupun tak banyak. Ke manakah hilangnya motivasi trading aku ni woi!!

Takperlah, aku mungkin lagi bersedih di atas pengumuman penutupan akaun projek PAMM aku. Sampai sekarang ni akaun tu masih lagi boleh trading tapi dah tak tersenarai dah di website LireForex. Aku tunggu sampai broker shutdown terus akaun tu nanti aku bawah keluar modal aku dan trade di tempat lain pulak.

Sekian.

Jumaat, 2 September 2016

Laporan Trading Bulan Ogos 2016

3:47 PTG 1
Sedikit mencabar trading pada bulan Ogos yang lalu:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Sept 2016
Hanya berjaya memperolehi 2.65% profit bulan Ogos lepas. Cabaran menjadi lebih hebat apabila trading lepas tu ramai pulak orang duk hantar mesej macam-macam. Ada yang puji, ada yang kutuk, ada yang menggelabah bila tengah floating negatif, dah la aku pun emosi terganggu bila floating negatif ditambah lagi dengan mesej daripada orang-orang yang copytrade signal aku buat ni lagi la bercelaru emosi. Begitulah cabaran bila kita semakin dikenali dan dipercayai oleh orang ramai. Aku tunjuk pulak graf equiti untuk menambah rencah cerita:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 2 Sept 2016 (Equiti)
Tengok pada garisan hijau hujung sebelah atas kanan tu, nampak tak garisan hijau macam jatuh sikit tu, waktu tu la aku floating negatif lebih daripada seminggu. Kalau bulan lepas subscriber aku berjumlah 760, yang terkini dah jatuh kepada 607 subscriber je, lebih seratus orang dah lari walhal kalau diorang bersabar sikit dah boleh recover dah floating negatif tu sebenarnya. Itulah lumrah pelaburan, bila tengah senang memang ramai orang suka dan puja-puja tapi bila masa tengah susah orang kutuk macam-macam lepas tu lari. Hanya mereka yang setia je selalunya akan merasai keuntungan sebab bila kita tengok pada keseluruhan profit, kita dah berjaya dah melangkaui profit tahun 2014.

Trading setup yang dijalankan pada bulan Ogos 2016:


Jumlah setup EURUSD - 4
Jumlah setup GBPUSD - 5
Jumlah keseluruhan setup - 9
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 1 (Tapi aku dah tak track TP sebenarnya)

Aku cuma konsep trading sekarang ni aku dah tak letak Stop Loss, aku lebih suka guna calculated Cut Loss sebab aku trading hanya pada timeframe D1 ke atas.

Mari kita lihat pula perkembangan Projek PAMM kita:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 2 Sept 2016
Pie Chart Fund MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 2 Sept 2016
Bulan Julai lepas ada 20 orang pelabur, bulan Ogos dah meningkat kepada 25 orang. Jumlah pelaburan dah mencecah USD1,200. Kira okaylah tu kan?

Sebenarnya dalam bulan Ogos lepas, aku telah diperkenalkan kepada satu dunia baru yang aku sebenarnya dah pernah dengar tapi tak pernah cuba iaitu dunia CryptoCurrency ataupun yang sedang meningkat naik popularitinya iaitu BitCoin. Zaman 2005 dulu aku dah pernah guna currency virtual ni nama dia E-Gold, tapi rasanya 2 tahun lepas tu E-Gold ni disita oleh FBI jadinya dah tak boleh pakai dah la. Waktu tu aku rajin try program HYIP tapi guna duit sikit-sikit la sebab aku tahu HYIP ni biasanya skim ponzi. Terbaru ni aku pergi gatal try HYIP ni guna BitCoin, aku ingatkan boleh la kena loteri sekali lebur terus 1 BitCoin aku beli..Demmm..Tersontot!! Apa boleh buat, dah gatal nak cuba kan, hamek kau!!

Apa pun, ni semua pengalaman la. Dunia bisnes ni macam-macam boleh berlaku jadinya yang penting kita kena terus berjalan ke depan. Jangan risau kalau gagal pun, sekurang-kurangnya kita dah cuba dan kita merasai pengalaman gagal tu. Bila kita berjaya kelak kita akan merasai kemanisan kejayaan tu. Kalau kita asyik berjaya aje tanpa gagal celah mana pulak kita nak rasa beza antara pahit dengan manis kan? Okaylah, kita sambung cerita bulan depan ye? Adios..

Sabtu, 6 Ogos 2016

Laporan Trading Bulan Julai 2016

6:07 PTG 0
Agak terlewat sikit update blog ni, dah 6hb Ogos dah pun. Apa pun, mengekalkan momentum daripada bulan Jun 2016:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 1 Ogos 2016
Kurang 0.75% je daripada profit bulan lepas. Sebenarnya memang bila profit kita ditambah lagi dengan jumlah equiti, makin lama makin mencabar kalau kita nak menambahkan peratusan profit tu. Sebab tu aku tak berapa gemar nak target tinggi-tinggi sebab bila melibatkan amaun yang besar, ianya akan mengganggu emosi corak trading kita. Paling penting sebenarnya konsisten sebab tu aku sampai hari ni duk makan gaji bulanan lagi..Sangat berterus terang dan takde ciri-ciri usahawan berjaya siut aku ni...Wakaka!

Apa pun, mari kita lihat berapa banyak trading setup aku dah buat bulan Julai 2016:


Jumlah setup EURUSD - 5
Jumlah setup GBPUSD - 9
Jumlah keseluruhan setup - 14
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - Terlupa nak track (tapi mungkin 2-3 kut)

Kalau bulan lepas dana yang aku uruskan cuma setakat USD800, kali ni dah meningkat kepada USD1,000 lebih dengan 20 pelabur.
Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 setakat 1 Aug 2016
Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 1 Aug 2016 (Pecahan pelaburan dana)
Aku sebenarnya ada la rasa takut sikit sebab dah semakin ramai mempercayai akaun PAMM aku ni jadinya aku tak boleh nak mengecewakan diorang. Setakat 20 orang ni kira bolehlah lagi, jom kita tengok apa yang sedang berlaku di MQL5.

Statistik dan Info MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 (1 Ogos 2016) 
760 orang subscribers dengan jumlah dana sebanyak USD720 ribu? Ni update 5 hari lepas, yang terkini punya semalam aku tengok lepas NFP malam tadi dah 834 orang subscribers dengan jumlah dana hampir USD800 ribu!! Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa dah, aku nak riak pun aku tak tahu nak riak kat sapa, yerlah..aku ni dah la hidup dalam gua sengsorang trading Forex ni, mana aku bergaul sangat dengan geng-geng Forex Malaysia pun. Memang padan muka aku pun sebab malas nak bergaul dengan orang...hahaha..Keje aku buat dokumen pasal IT dengan software makan gaji dengan syarikat yang hidup segan mati tak mahu. Jadinya aku sebenarnya pun tak pasti sebenarnya aku ni boleh dikategorikan sebagai berjaya ke tidak. Apa pun, aku tetap akan cuba yang terbaik tapi dalam hati aku la, aku nak cuba cecahkan subsribers aku kepada 1,000 dengan dana mencecah USD1 juta saja je nak bagi suka-suka lepas tu show off dalam blog aku ni..hahaha..

Kalau ikutkan aku banyak dapat mesej dalam MQL5 daripada subscriber aku, macam-macam la diorang tanya. Ada sorang tu siap nak mintak strategi dan rahsia trading aku, tanya pendapat aku market akan pergi ke arah manalah. Aku layankan aje tapi bila lama-lama dia duk tanya benda-benda pelik aku buat bodoh je la. Mana aku tak bengang, dah la aku bagi signal ni free, dia nak pergi mintak tolong kat aku kasi adjust setting MT4 dia apa semua bagai lepas tu modal dia USD100 je. Kalau dia nak upah aku kasi bayar USD1,000 ke, kira okaylah jugak untuk aku buat. Ni tak, eh aku pun ada banyak benda lain la nak kena buat, masa aku berharga tahu tak? Macam-macam hal..

Ada jugak baru-baru ni aku dapat email daripada sorang bisnesman daripada Dubai. Dia nak jemput aku join copytrade group yang dia dah tubuhkan baru 2-3 bulan. Aku masih lagi tengah fikir-fikirkan sebab nampak macam peluang ni best untuk aku belajar sesuatu yang di luar daripada jangkauan aku selama ini. Tengoklah macam mana perkembangannya, aku akan update bulan depan.

Okaylah, tipu la kalau aku cakap aku ni tak nak jadi kaya, tapi bila kaya ni tanggungjawab pun besar. Sedangkan aku tak kaya pun tanggungjawab aku dah pun besar gak ni, 800 lebih orang bergantung harap kepada signal aku woi!! Kalau ikutkan, aku rasa aku ni sebenarnya dah perlukan pertolongan tapi pertolongan dari segi apa pun aku tak tahu..rasa macam bodoh pulak..wakaka..

Kita tengok apa akan berlaku pulak di bulan Ogos ni di laporan bulan hadapan. Salam ceria!

Ahad, 31 Julai 2016

Trading Forex Online Salah Di Sisi Undang-undang Malaysia?

11:08 PG 0
2 minggu lepas aku telah memulakan satu lagi langkah baru iaitu menceburkan diri dalam bidang saham di Bursa Malaysia. Akaun aku belum approve lagi sebab ada sedikit kesilapan dalam borang permohonan jadi kena re-submit untuk pengesahan dengan seorang remisier sebuah entiti pelaburan terkemuka di Malaysia yang aku kenal sejak setahun cuma baru-baru ni je sempat aku berkenalan dengan lebih rapat.



4 tahun lepas sebelum aku kembali aktif tengok Forex ni, aku telah hadir ke satu seminar saham anjuran satu syarikat kaum Cina, memang penuh orang dalam seminar tu dan pada akhir seminar tu, berpusu-pusu orang join sebagai ahli untuk pergi ke seminar lanjutan. Aku waktu tu nampak yang untuk trade saham ni, modal yang diperlukan sangat besar dan memang betul pun, minimum kalau nak trading saham dengan selesa direkomenkan adalah RM5,000 dan ke atas. Aku dengan simpanan pun takde memang aku tarik diri la dan itu salah satu punca aku menceburi bidang online Forex ni.

Sebenarnya aku tak berapa suka sangat bersembang tentang perkara ni sebab aku ni bab berdebat memang biasanya aku tak terer dan selalunya akan kalah. Jadinya bila remisier broker saham aku ni telah memberikan nasihat agar menutup kesemua akaun forex online aku supaya tidak melanggar apa-apa undang-undang Malaysia, timbul perasaan ragu-ragu nak meneruskan aktiviti aku ni. Cuma bila fikir balik, memang selama ni aku pernah dah langgar dah pun undang-undang Malaysia banyak kali pulak tu. Aku tak pernah kira pun berapa banyak saman trafik aku dah pernah kena pun..haha..

Pada mulanya aku agak takut, ditambah lagi bila baca artikel-artikel online ni:
  1. http://www.financemagnates.com/forex/regulation/malaysian-court-charges-illegal-forex-trader/
  2. http://www.financemagnates.com/forex/regulation/single-mother-faces-jail-for-fx-fraud-in-malaysia/
  3. http://www.luckscout.com/why-is-currency-trading-illegal-in-malaysia/
  4. http://www.sc.com.my/post_archive/sc-charges-director-for-defrauding-fx-capital-investors/
Cuma bila aku baca artikel-artikel di bawah ni, aku berpendapat kenapa nak jadi penakut sangat? (Takkan aku nak berhenti terus setelah apa yang aku dah buat, lalui dan belajar selama ini betul tak?):
  1. http://forexsystemprofits.com/is-online-forex-trading-legal-in-malaysia/
  2. http://www.luckscout.com/why-is-currency-trading-illegal-in-malaysia/
Dalam kehidupan kita ni terdapat terlalu banyak perkara yang berisiko jadinya aku buat satu kesimpulan je la, 'Berani buat, berani tanggung'. 

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 2 Julai 2016

Laporan Trading Bulan Jun 2016

2:35 PTG 1
Aku nak tulis banyak sikit la kut untuk laporan bulan Jun 2016 ni, tapi macam biasa graf kita:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 1 Julai 2016
Pencapaian tertinggi buat masa ni dengan 6.76% bulan Jun 2016 lepas. Meskipun ada event yang besar berlaku yang mana aku berhenti trade selama seminggu daripada 19/6-26/6, sempat jugak aku cekau sikit sedikit profit dalam minggu terakhir bulan Jun ni. Waktu event 'Brexit' 23-24 Jun 2016, memang aku duk standby depan laptop tengok Bloomberg kat Youtube.

Tengok Live Coverage Brexit sambil tengok graf
Dalam hati sebenarnya ingat nak trade jugak bila tengok pergerakan gergasi macam ni tapi aku berjaya jugak la menahan nafsu daripada trading lagipun semua broker dah naikkan margin requirement jadinya kalau masuk banyak position lagi cepat stop out jadinya aku bersabar jer lah.

Analisis trading setup sepanjang bulan Jun 2016 yang lalu:


Jumlah setup EURUSD - 3
Jumlah setup GBPUSD - 4
Jumlah keseluruhan setup - 7
Jumlah setup hit Stop Loss (SL) - 0
Jumlah setup hit Target Point (TP) - 2

Disebabkan oleh jarang kena stop loss, makin ramai pulak investor dah start nampak akaun aku ni mempunyai potensi untuk pelaburan mereka:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842
Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 (Pecahan pelaburan dana)
Jumlah dana yang aku sedang uruskan adalah bernilai sebanyak USD805.78. Aku punya pelaburan sendiri setakat ni yang paling besar iaitu sebanyak USD336.60, dana bermula daripada USD200 2 tahun lepas (Dulu RM760 je) aku tak pernah sentuh pun sejak daripada bukak akaun ni. Aku cma ambil komisyen 25% jer daripada profit. Takde kaya mana pun aku ni..hahaha.

Selain daripada tu aku nak cerita pasal projek akaun PAMM aku yang aku publishkan secara percuma di MQL5:

Status Akaun MenjadiTrader PAMM 144842
Aku saja la duk godek-godek MQL5 tu nak tengok ada lagi tak orang lain yang provide signal percuma menggunakan MQL5, rupa-rupanya signal aku adalah yang paling ramai orang subscribe daripada keseluruhan sistem MQL5 dalam kategori Metatrader 4. Aku cuba bayangkan kalau aku tukarkan free subscriber ni jadi paid subscriber (400 subscriber x USD20 sebulan = USD8,000 atau RM24,000 sebulan tu..Pakcik Kayoo!!), tapi aku ingat aku nak bagi free je la selagi aku mampu. Bukan senang nak memberikan perkhidmatan percuma yang memberikan manfaat kepada orang di seluruh dunia lagi-lagi di bulan Ramadan ni yang pahalanya berganda, betul tak?

Statistik dan Info MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 (1 Julai 2016)
Lagipun aku masih boleh hidup lagi dengan sumber pendapatan lain setakat ni. Cuba kita tengok paparan kat atas ni, ada 427 subscribers dengan jumlah dana sebanyak USD515k! Setengah juta dollars tu!! Malangnya semua tu bukan duit aku pun..wakaka..Siap nama betul aku lagi ada kat bahagian Author tu, telus tak telus sistem MQL5 ni.

Oh yer, ada pelaburan yang aku buat masa ni (bukan Forex) telah menghasilkan pulangan sebanyak 85% selama hampir setahun yang lalu. Jadinya sebenarnya ada banyak lagi instrumen lain selain daripada Forex yang boleh dijadikan sumber pendapatan bagi mereka yang mungkin dah banyak kali gagal dalam apa jua perniagaan. Aku sendiri pun dah banyak kali gagal jugak dan masih lagi mencuba pendekatan baru tapi tak jugak serik-serik walaupun gagal. Apa yang penting adalah usaha dan tindakan.

Kalau berdasarkan kesemua aktiviti dan pencapaian di atas, korang rasa aku layak tak claim tempat sebagai 'Masta' atau 'Guru Forex'? Wakaka..berangan siut. Aku pergi seminar Forex pun orang duk citer pum pam pum pam depan-depan aku lagi aku boleh buat rileks jer diam takde nak citer apa-apa, ni lagi nak bercerita dengan orang nak tarik jadi pelabur bagai, bukan bidang aku kut. Kalau ada sapa-sapa nak bantu aku tu mungkin aku boleh pertimbangkan kut.

Okaylah, dah nak Hari Raya Aidilfitri dah berapa hari lagi. Maaf Zahir Batin semua. Jangan lupa berkunjung ke blog ni lagi bulan depan untuk update yang seterusnya.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)