MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Isnin, 6 Januari 2014

Happy New Year 2014 Update

Selamat Tahun Baru 2014 Semua!!

Ni update pertama aku untuk tahun 2014. Kenapa aku dah lama tak update, sebab aku sedih. Apa yang telah berlaku? Tengok kat bawah ni:

Snapshot account 6 Januari 2014
Aku telah kehilangan equiti akaun aku sebanyak lebih daripada 50% (kerugian aku sendiri dah lebih USD100). Semua ni gara-gara tak buat stop loss dan mengharapkan keajaiban akan berlaku. Setelah mengambil masa berfikir semula apa yang perlu dibuat pada hujung minggu lepas, aku berazam takkan mengaku kalah dalam tragedi ini dan aku akan teruskan jugak perjuangan untuk membaiki semula apa yang telah rosak.

Aku dah penat dah sedih jadinya tibalah masanya untuk membina semula. Orang cakap untuk berjaya, perlu alami kegagalan dulu barulah akan jadi lebih berjaya, betul tak? Jadinya, pada hari ini aku telah menjalankan eksperimen trading strategi/teknik dan hasilnya agak memuaskan. Pertamanya walaupun strategi tu banyak melibatkan stop loss, tapi kini aku lebih tenang walaupun rugi. Keduanya, walaupun strategi tu kadang-kadang tak mendatangkan untung tetapi kerugian dapat di minimakan. Ketiganya, walaupun target point (TP) kadang-kadang hampir tak kena namun aku masih tak close position dan akhirnya TP tu kena jugak walaupun terpaksa menunggu berjam-jam, cara ni dapat memaksimakan keuntungan disamping dapat cover loss Stop Loss yang dah kena sebelum ni. Menariknya, strategi ni takde guna banyak pips pun, paling banyak pun 25 pip (4 angka).

Okaylah, minggu ni aku nak cuba perbaiki lagi prestasi akaun aku ni. Aku mulanya dah ingat nak bukak akaun baru dah tapi bila pikir balik, bagi la masa lagi seminggu untuk praktis lagi lepas tu baru consider bukak akaun baru bagi tujuan pemasaran.

Sekian, selamat bertrading.



Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)