MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Jumaat, 28 Mac 2014

News Trade (Akaun Lite-Fixed Spread vs NDD-Floating Spread)

Pada bulan Februari 2014, aku telah mencuba satu teknik yang hanya boleh digunapakai ketika news yang besar. Hasilnya memang sangat menarik:

Trade NFP Februari 2014
Malangnya bulan ni NFP trade tak berapa menjadi sebab graf price tersangkut di permulaan lepas tu naik turun dengan cepat menyebabkan aku kerugian sikit (Aku dah profit banyak sebelum tu so kira cam bagi balik kat market la lebih kurang). Entri kali ni sebenarnya aku nak bandingkan bila kita trade guna Lite Akaun dan NDD Akaun (Dua trading server yang berbeza), boleh baca entri aku yang sebelum ni untuk pencerahan.

Lite Akaun ni adalah Dealing Desk iaitu syarikat broker akan filter news-news yang akan muncul. Contoh trade NFP aku tu dia dah tolak 9 pips daripada hasil trade aku. Kalau 1 pips aku tu 10 sen, bermakna aku dah kerugian 90 sen la. NDD pulak adalah Non-Dealing Desk iaitu dia takde filter news ni, tapi bila time news, spread akan jadi tinggi boleh jadi sampai 5 pips ataupun lebih.

Semalam, disebabkan memang aku cuma trade currency GBPUSD, ada satu news ni. Aku tak sangka pun news ni agak high impact sebab kadang-kadang tu ada news kat Forex Factory tunjuk warna merah tapi bila tunggu dan tengok takde apa-apa pun yang berlaku. Ni news tu:


Ni kira lebih kurang macam case study la nak bandingkan mana satu akaun antara Lite dengan NDD yang lebih baik untuk digunakan. So, aku dah siap entri trading plan aku tengah hari jadinya aku punya floating entri dah siap masuk dah kecuali entri yang pertama lagi masih pending. Tepat pukul 5.30pm petang, graf mula jadi rancak selang berapa minit entri aku semua dah hit TP. Memang rezeki aku la semalam sebab trading plan aku mengena. Tapi bila aku buat post mortem trading aku, aku nampak sekali lagi perkataan gap kat comment entri:

Akaun Lite
Aku semak balik kat akaun NDD aku pulak sebab entri yang pertama aku tu sama dia punya price. Oh, aku trade biasanya 4 akaun sekaligus dan semua akaun tu aku rekodkan dalam Excel sheet semuanya mesti detail untuk analisa hari minggu nanti. Balik kepada cerita aku tadi, ni NDD akaun punya trade:

Akaun NDD
Nampak tak entri aku yang B1 kat Akaun Lite aku tu sepatutnya sama dengan NDD tapi telah beralih daripada 1.6590 kepada 1.6604. 14 pips beza tu!! Akaun NDD aku rilek jer takde beza pun. So jom kita tengok pulak calculation aku apa jadi:

Akaun Lite Calculation
Akaun NDD Calculation
Mujur jugak entri pertama aku tu nilai dia kecik, jadi miss profit target aku dalam 15 sen jer. Akaun NDD aku terlebih pulak profit daripada unjuran awal sebanyak 51 sen.

Ni kes study la kalau sapa-sapa nak trade news guna Lite Akaun kena la bersedia untuk ditolak pips keuntungan. Kesimpulannya, akaun NDD walaupun takde bonus tapi lebih menguntungkan menggunakan trading plan aku.

Sekian laporan saya Menjaditrader...

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)