MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 23 Mac 2014

Perbezaan Antara Floating Spread dan Fixed Spread (LiteForex)

Antara perkara yang aku suka buat adalah melakukan eksperimen. Sebenarnya aku tak minat sangat nak buat eksperimen waktu kat sekolah dulu tapi benda yang aku minat memang aku akan kaji sedalam-dalamnya dan belajar macam mana nak tweak sesuatu benda tu untuk kesesuaian sendiri. Itu adalah tabiat semulajadi aku. Aku dah tak layan lagi dah akaun demo, aku terjun terus akaun live. Dalam LiteForex, yang menariknya kita boleh bukak banyak jenis akaun. Broker lain yang aku pernah try setakat ni (XM dan Traders Trust jer pun) takde yang ada kemudahan macam ni. Ni aku tunjuk Client Profile aku sendiri ni:

Akaun Lite
Akaun NDD
Macam aku yang modal kecik ni, aku cuma mampu bukak Akaun Lite dan NDD jer lah. Trade kecil-kecilan. Akaun Real tu untuk yang dah professional pengalaman bertahun-tahun dan modal USD1000 ke atas. Modal aku USD100 pun dah nak terkoyak dompet aku..haha..

So apa bezanya antara Akaun Lite dengan Akaun NDD ni? Aku terangkan based pada apa yang ada dalam kepala aku jer tau, nak detail dia pergi baca sendiri la. Nak aku terangkan jugak? korang pepandai la kontek la aku..muahaha..

Akaun Lite:
  • Price cuma 4 digit jer eg. GBPUSD 1.6484
  • Spread dia dah fixed eg. GBPUSD 3 pips setiap kali entri
  • Amaun kalau USD100 kat dalam MT4 tu bersamaan dengan USD1 (kira 100 sen la)
  • Lot paling kecik boleh bukak 0.1
  • Server dia sama ada LiteForex-Lite atau LiteForex-Lite2
  • Leverage paling tinggi 1:1000 (Best guna kalau nak masuk banyak entri position)
  • Boleh dapat bonus 30%, 40% dan terbaru 100%
Akaun NDD:
  • Price ada 5 digit eg. GBPUSD 1.64845 (Lagi jitu woo..)
  • Spread dia berubah-ubah (Floating) eg. tengok gambar bawah
  • Amaun memang ikut berapa yang kita deposit
  • Lot paling kecik boleh bukak 0.01
  • Server dia LiteForex-Pamm
  • Leverage paling tinggi 1:500 (Kira tinggi jugak ni, boleh kasi adjust kalau nak letak banyak entri)
  • Takde bonus

So, hari ni aku nak cerita dan tunjukkan apa bezanya guna fixed spread dan floating spread  ni berdasarkan eksperimen aku.

Untung rugi dalam trade forex adalah perkara biasa la beb...

Kalau tak nampak, boleh besarkan gambar kat atas ni. Screenshot di atas merupakan eksperimen aku menggunakan akaun Lite dan NDD menggunakan entri dan exit yang sama. Trade ni adalah live untuk currency GBPUSD dan aku telah kerugian hampir USD7 untuk trade ni sahaja. Apa pun, kita tengok apa perbezaan dia.

Sebelah kiri adalah NDD (floating spread) dan kanan Lite (fixed spread). Mengikut calculation aku, NDD punya kerugian dalam trade pertama aku adalah USD1.56, tapi bila trade yang betul-betul punya setelah spread variable dikenakan, aku punya kerugian adalah USD1.76. Kita tengok pulak akaun Lite, calculation kerugian aku adalah hampir sama iaitu USD155.26 sen (USD1.55 la bila convert), bila fixed spread dikenakan aku hanya kerugian USD155 sen (USD1.55 bila convert).

Mungkin calculation sheet yang kat atas tu complicated sangat. Aku tunjuk yang simple jer pulak. Ni kalau trading yang ada profit (Kiri akaun NDD kanan akaun Lite):

Akaun NDD lagi untung daripada Akaun Lite

Kenapa jadi macam ni? Floating spread memang kadang-kadang nampak kecik biasanya bila market tengah rancak dia boleh turun jadi 0.5 tapi dia punya laju tu memang tak terkejar kadang-kadang. Cuba tengok gambar kotak hitam kat atas tu tengok spread dia 48 (Sebab aku tulis ni hari Ahad), lagi tinggi daripada fixed spread 3 (30 sebenarnya kalau guna 5 digit). So akaun trading yang mana lebih untung? Sebenarnya dia bergantung pada timing entri dan keadaan market tu sendiri. Kena cuba sendiri dan calculate sendiri baru tahu. So far bagi aku la, aku rasa akaun Lite untung lagi sebab boleh guna bonus (Bonus tu tahan 6 bulan jer sebenarnya) walaupun kalau tengok hasil eksperimen kat atas akaun NDD lagi untung, at least bonus tu boleh cover margin level.  Ada lagi satu kebaikan tersembungi bila guna fixed spread tapi aku takleh cerita kat sini..hehe..

Satu perkara jer la yang aku agak tak puas hati dengan LiteForex ni, waktu news FOMC yang lepas boleh pulak Akaun Lite aku okay jer hit SL dengan TP tapi Akaun NDD aku hang kejap selang lebih kurang dalam 30 saat baru carta aku gerak. Nampak sangat perbezaan antara dua server ni. Akaun NDD ni pulak (Akaun Lite pun kengkadang buat perangai jugak), nak buat pending order pun boleh re-quote. Aku kengkadang tension dan sakit hati jugak bila berhadapan dengan situasi ni sebab aku terpaksa buang masa click mouse aku banyak kali baru boleh lepas. Tengah klik-klik mouse tu, price dah lari jauh dah terpaksa la adjust pulak entri calculation aku. Ini baru pending order, kalau market order lagi la teruk sebab price waktu tu mesti akan lari lagi jauh punya.

Aku cerita ni terus terang berdasarkan pengalaman aku. Aku tak nak sembunyi apa-apa semata-mata nak tarik perhatian orang register under affiliate aku. Apa pun, demi kelebihan yang LiteForex tawarkan iaitu Client Profile yang boleh buat banyak akaun, aku akan teruskan menjadi client LiteForex. Selain tu, local deposit LiteForex adalah antara yang paling murah rate dia di pasaran.

Harap pihak LiteForex dapat memperbaiki servis trading services mereka. 


Update 25/3 11.30am: Baru mendapat tips daripada wakil LiteForex dalam Forum CariGold ruangan Broker. Katanya masalah re-quote tu boleh diselesaikan dengan update software. Baru jer lepas update software, rupanya Multiterminal MT4 software aku guna tu last update bulan Februari punya. Minggu ni nak kasi test tengok kalau masalah re-quote tu jadi lagi ke tak. ;-)

About SIGTrader 4 MultiTerminal (Sebelum upgrade)

About LiteForex MT4 MultiTerminal (Selepas upgrade)

About LiteForex MT4 (Auto upgrade software ni)

Update 26/3 12am: Rasa macam lebih kurang jer performance Multiterminal ni. Ada jugak Off quotes ni tapi mungkin sebab price gerak laju sangat ataupun stop level dekat sangat. Ni kat bawah ni contoh Off quotes dalam Multiterminal just nak ubah TP jer (Aku kena ubah TP semua position entri aku sebab ni sebahagian daripada trading strategi aku, lagipun nampak macam price dah tak boleh pergi dah).


Mujur jugak aku dah adjust TP, price dah turun dah pun sebelum aku masuk tido ni.

Okaylah, happy trading!

Update 7/4 12.30am: Masih ada jugak requote even dah upgrade software. Cuma requote tu waktu market malam NFP tu. Aku cuba nak buat pending order tapi sangkut dalam jam 10.30pm, lebih 5 minit aku try tapi tak berjaya tapi berjaya jugak la akhirnya selepas pergi berehat kejap. Apa boleh buat, ini jer la kelemahan broker yang aku tak berapa suka..huhu..

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)