Waktu aku sekolah dulu, aku memang tak pernah nak dapat keputusan yang tinggi pun. Paling tinggi aku dapat pun waktu Darjah 6 tempat ketiga daripada keseluruhan sekolah. Tu pun sebab sekolah area kampung, kalau sekolah area bandar memang akan dapat tempat tengah-tengah jer la. Selepas daripada sekolah pun keputusan akademik aku semuanya takde la cemerlang pun. SPM pun aku hampir terbabas nak dapat Pangkat 2 (sistem dulu-dulu la, sekarang ni semuanya kira jumlah A jer). Aku ni sebenarnya takde degree pun, duk tengah cuba nak habiskan degree part time tapi dugaan nak sambung belajar sambil bekerja ni terlalu tinggi sampai aku duk tengah fikir sama ada nak teruskan ataupun tidak.
Apa pun, bulan lepas merupakan bulan yang agak mencabar trading matawang ni. Aku sebenarnya tak perasan pun rupanya boleh tengok ranking akaun PAMM ni, aku duk tengah tengok akaun PAMM orang lain sekali tu ternampak la akaun aku berada di ranking 40.
|
Ranking JayDee 128869 |
Total Accounts Monitoring PAMM di LiteForex yang muncul dalam ranking tab 'Month' adalah 306. Bermakna, akaun PAMM aku berada dalam
Top 50 akaun PAMM LiteForex seluruh dunia. Teruja sekejap.... :-D :-D
Okaylah, ranking-ranking ni memang bagus sebab kita boleh tahu kita punya tahap keupayaan. Cumanya yang lebih penting lagi adalah konsisten, tu yang selalu orang gagal. Aku ni bukannya suka sangat nak jadi SuperStar ni sebab hidup ni umpama roda, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.
Happy bertrading..
P/S: Dah naik ke ranking 26 selepas close position terbaru malam tadi..huhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan