MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 5 April 2014

Keputusan Penuh Trading Akaun JayDee 128869 Bulan Mac 2014

Akaun PAMM LiteForex JayDee 128869 merupakan akaun trading live yang pertama aku miliki dan trade di LiteForex. Ianya merupakan akaun yang penuh dengan nilai-nilai sentimental kerana menggunakan akaun ini aku belajar susah payah bagaimana untuk trade Forex ni. Hasil perguruan aku dan eksperimen sejak bulan Disember 2013 sampailah ke bulan March 2014, maka inilah hasilnya setelah aku melaksanakan trading sepenuhnya menggunakan sistem dan peraturan yang mana secara ringkasnya bila aku entri jer, satu perkara je yang aku boleh ubah iaitu Take Profit (TP). Stop Loss (SL) adjustment, manual close order (kecuali hari Jumaat malam) dan manual market order TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Kalau aku loss pun, aku akan terima seadanya.

Summary Daily Confirmation JayDee 128869
Di atas ni merupakan ringkasan keseluruhan daripada email Daily Confirmation yang diemailkan setiap pagi sekiranya membuat trading. Minggu pertama aku hanya loss pada 8/3 sebab NFP, tak menjadi teknik yang aku pernah dapat untung trade NFP dulu, hampeh betul. Mujur masih lagi untung minggu pertama. Minggu ke-2 entri aku banyak tak jadi dan loss 2 daripada 5 hari tu. Minggu ketiga ni memang teruk, market minggu tu jadi tak tentu hala ntah kenapa ntah. Aku memang sedikit down waktu tu tapi macam mana pun, usaha tetap perlu diteruskan. Minggu ke-4 dan 1 hari pada minggu ke-5 (31/5) merupakan minggu yang sangat menarik sebab akhirnya segala sistem dan peraturan aku tu membuahkan hasil.

Di sini dapat disimpulkan, trading forex ni sememangnya memerlukan kesabaran, ketekunan dan disiplin yang tinggi. Walaupun aku cuma trade forex ni part time, tapi aku sentiasa monitor trade aku untuk memastikan segala trading plan yang aku dah buat dipatuhi sepenuhnya takde main tipu. Hasilnya, aku berjaya memperolehi pulangan daripada equiti bulan sebelumnya sebanyak 33.91%. Sememangnya lagi tinggi daripada bank la kan? Kira okaylah tu..

Aku belum bersedia lagi nak ceritakan macam mana aku trade forex ni tapi anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pelabur akaun PAMM JayDee kalau berminat.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)