MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Rabu, 21 Disember 2016

Pengalaman Berkunjung ke AKPK dan Join Program DMP

Penulisan kali ini adalah coretan mengenai satu pilihan yang terpaksa aku ambil apabila telah mengalami satu cabaran kewangan yang getir. Kisah aku bermula pada bulan Julai 2015 apabila cashflow kewangan aku dah mencapai paras defisit yang mana kehidupan aku sebenarnya sedang ditaja oleh kredit daripada institusi kewangan yang ada tanpa aku sedari. Pada waktu yang sama aku telah membuat satu komitmen kewangan yang baru iaitu aku telah menjual kereta Proton Wira sedan premium keluaran tahun 1999 kepada Perodua Alza Advanced Edition. Hidup aku takdelah mewah mana pun.

Kehadiran aku ke sebuah seminar yang berteraskan hartanah telah membuat aku teruja untuk mengubah hidup aku dan keluarga. Deposit telah dibayar (tanpa resit) dan sesi coaching one-to-one bermula. Satu plan yang akan mengubah dunia kewangan aku telah dirancang dengan rapi dan aku hanya menuruti segala plan yang telah dirancang. Bermacam-macam dugaan terpaksa aku hadapi kerana ianya melibatkan permohonan pembiayaan peribadi serta kredit tanpa cagaran (kredit kad). Setelah dana diperolehi, sekali lagi deposit dilaksanakan (juga tanpa resit) ke dalam satu skim pelaburan berasaskan konsep pajakan di luar negara. 11 bulan kemudian, kehidupan aku dan keluarga telah menampakkan sedikit perubahan positif. Tiba masanya untuk meneruskan apa dirancang ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ogos 2016 merupakan titik permulaan kejatuhan kewangan aku setelah sekali lagi mengambil satu risiko kewangan yang agak besar dengan membuat satu pembiayaan peribadi islamik menggunakan perkhidmatan daripada ejen/broker yang mengenakan komisyen bayaran sebanyak 20% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan bagi tujuan reinvestment deposit (memang tak pernah ada resit pun). Bermula dengan pembayaran terhenti dan muncul istilah 'business donation' dan seterusnya website offline, mimpi buruk untuk aku dan juga setiap pelabur yang aku telah bawa masuk telah pun tiba. Istilah paling sinonim adalah 'tersontot'.

Plan asal dengan unjuran awal akan membolehkan aku masuk ke peringkat seterusnya terpaksa diubah. Aku kini berkemungkinan akan berdepan dengan pihak institusi kewangan yang akan menuntut pembayaran bulanan yang telah ditandatangani sebelum disbursement tunai ke dalam akaun bank. Baki pembayaran pinjaman masih lagi terpaksa ditanggung dan positif yang aku nikmati kini diganti dengan defisit yang lebih besar berbanding setahun sebelum ini.

Aku cuba mendapatkan bantuan 'coach' tetapi plan recovery yang dicadangkan melibatkan modal tambahan bernilai tidak kurang daripada RM3,500 dengan instrumen yang digunapakai tidak aku yakini iaitu crypto currency dan satu lagi Forex. Pengalaman aku sebagai seorang retail trader forex picisan menggunakan modal kecil-kecilan mengajar aku untuk tidak menggunakan modal atau capital hasil daripada pinjaman disebabkan faktor emosi. Kelas forex yang dicadangkan yang telah aku hadiri juga menampakkan trading yang menggunakan konsep high risk yang tidak menepati citarasa dan gaya hidup aku.

Tinggal 2 sahaja jalan terakhir yang tinggal, remortgage rumah yang aku telah sewakan dengan nilai yang lebih tinggi dan juga menggunakan loan broker bagi menambah lagi modal bagi menutup lubang yang hanya akan terbuka kembali 4-5 bulan akan datang. Malangnya permohonan remortgage aku tidak diluluskan disebabkan komitment atau DSR yang terlalu tinggi. Aku pula tidak sanggup lagi melihat loan broker menikmati 20% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan dibayar secara cash di dalam sampul by hand. Aku telah menemui jalan yang buntu. Coach pula hanya mencadangkan untuk cuba membuat 'house refinancing' setelah 'house remortgage' ditolak tetapi permohonan tersebut mungkin memakan masa yang agak panjang (paling cepat 2 bulan katanya) dengan kos-kos tambahan yang aku pun tidak pasti. Aku kesuntukan masa.

Seperti kebiasaan, Google digunakan bagi mencari jalan penyelesaian. Satu keyword paling terkenal di kalangan para pemilik hutang iaitu AKPK satu per satu aku baca dengan teliti. Setelah bersembang dengan rakan seofis, rupanya dah ramai daripada mereka yang dah join program AKPK dan ada yang telah pun menyelesaikan masalah kewangan mereka. Memandangkan hampir setiap hari sekarang ni sejak aku miss payment, telefon bimbit aku sentiasa berdering dengan panggilan daripada pihak institusi kewangan yang menuntut bayaran. Kebanyakannya aku tak angkat pun sebab aku tidak sanggup lagi menipu sunat bagi menyelamatkan diri aku. Pulak tu, dapat SMS lagi mengatakan tindakan undang-undang akan diambil dengan kos akan ditanggung oleh aku. Sungguh dahsyat notis-notis yang diberikan. Aku perlu pantas menyelesaikan kemelut ini sebelum melarat.

Aku pun register diri aku di AKPK website, masukkan butir-butir peribadi dan book appointment dengan kadar yang segera.


Hari appointment pun tiba, aku terus ke Maju Junction Mall bawak kereta terus parking naik atas tingkat 8, hanya beberapa tapak keluar daripada parking terus jejak kaki di pejabat AKPK Cawangan Kuala Lumpur. Berbekalkan semua dokumen yang diperlukan dan juga print out laporan CCRIS yang boleh dibuat di setiap cawangan AKPK sekarang ni, aku diberikan nombor dan penantian penuh debaran bermula:

Queue No. di paparan skrin
Satu benda aku baru tahu, kalau anda berada di Maju Junction Mall dan anda perlukan penyata KWSP dan juga CCRIS, anda tak perlu ke pejabat KWSP Jalan Raja Laut ataupun Bank Negara Malaysia di Jalan Kuching. Anda drive kereta naik atas Level 8 Maju Junction, bayar parking RM3 untuk sejam, masukkan IC ke dalam mesin dan setel masalah anda.

Ironi seorang pedagang matawang online
Aku ambil risalah ni dan baca sementara tunggu no. giliran aku tiba. Nampak tak tajuk tu? Apa yang dimaksudkan dalam risalah ni sebenarnya pasal pelaburan Forex. Berkenaan trading online forex ni memang dikatakan tidak sah dari segi undang-undang Malaysia tetapi banyak apa yang dipanggil 'grey area' yang tidak diliputi oleh undang-undang di Malaysia. Aku tak nak komen banyak sangat sebab aku bukan lawyer dan aku tahu apa risiko yang aku kena tanggung.

Kaunselor AKPK bernama Faizal tidak banyak cakap, beliau hanya bertanyakan beberapa soalan yang aku faham intipati program DMP ini dan beliau terus membuat pengiraan dan bentangkan bayaran yang aku perlu buat. Setengah jam kemudian, pengiraan selesai dimasukkan di dalam sistem dan habislah sesi kaunseling kewangan tersebut. Aku perlu ucapkan selamat tinggal kepada kesemua kad kredit berjumlah 5 keping yang telah lama menjadi peneman hidup aku.

Keseluruhan hutang 'unsecured loan' aku yang berjumlah RM116,000 yang sepatutnya aku perlu bayar bulanan sebanyak hampir RM3,000 sebulan selama tak tahu berapa lama kini aku hanya perlu dibayar dengan staggered plan Y1-Y2: RM1,000 sebulan, Y3-Y4: RM1,750, Y5-Y10: RM2,300. Apa yang perlu dibuat sekarang ini adalah memaklumkan kepada debt collector yang aku dah pun join program DMP AKPK.

Tak sampai beberapa jam, email di bawah diterima:

Pantas tak AKPK?
Surat tawaran pembayaran akan diberikan selepas pembayaran yang pertama dilaksanakan, dalam kes aku 5 Jan 2017. Nanti aku update la cerita AKPK ni ye? Kalau ada sebarang keraguan, jangan hubungi aku, hubungi terus AKPK tau!

Pengajarannya di sini, kalau dalam konteks menjadi seorang trader, jangan ambil risiko yang terlalu tinggi yang anda tidak mampu nak tangani ataupun jangan serahkan risiko tu kepada orang lain tanpa memikirkan semasak-masaknya apa risiko yang anda yang perlu tanggung, Ok? Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

13 ulasan:

Peminjam buntu berkata...

Adakah AKPK boleh menstruktur semula loan kereta dan rumah? Isteri saya baru kehilangan kerja dan kami tak dapat menanggung kesemua hutang kerana kini dibiayai saya seorang sahaja.

Menjadi Trader berkata...

Loan rumah dan kereta kalau mengikut pegawai AKPK tu dia cakap hanya Maybank sahaja yang boleh buat. Kalau bank lain tu mungkin kena cuba buat rundingan secara individu atau boleh mintak nasihat daripada AKPK, ada rasanya AKPK ni boleh bagi template macam mana nak tulis surat kepada bank dan pelbagai cara lain lagi tapi yang penting jangan malu-malu berkunjung ke pejabat AKPK.

awinbudakbesh berkata...

Assalamualaikum nak tanya saya nak join akpk and ada counselling hari selasa ni..saya nak tanya berapa lama process ye..lepas tu segala hutang yang kita dah bagi akpk tak payah bayar ke? Maksudnya bayar ke akpk saje ke?

Menjadi Trader berkata...

Wslm..proses saya hari tu dalam 2 minggu je, dah tak perlu bayar kepada bank, terus bank-in ke akaun AKPK sahaja.

Tanpa Nama berkata...

salam.... saya dah pergi sesi kauseling dan. ari tu kauseler ada bgtah tgu email.. tpi dia ada beritahu jugk.. kli dpt email atau tak byr pd tarih dn amaun yg ditetapkn...so adakah permohonan sya diluluskam

Menjadi Trader berkata...

Wslm..sy bukan pegawai kaunselor tu jadinya sy pun takde jawapan yg pasti. Cumanya, kalau sy sendiri, sy bayar jer dulu. Memang proses AKPK ni akan ambil masa sikit. Macam sy sendiri ejen pemungut hutang daripada bank kol ugut2 suruh bayar sebab dah overdue, bila ckp AKPK jer diorg akan slow down sikit ugutan tu.

Tapi kalau x diluluskan pun boleh minta refund. Simpan je resit bayaran semua tu untuk tujuan rekod dan keselamatan.

Tanpa Nama berkata...

Salam, nak tanya pembayaran pertama
Saya dah ke maybank cdm, tp slps tekan kod 001 dan masukkan ic no, mesin tu keluarkan mesej minta hubungi semula akpk sebab proses tak boleh diteruskan? Atau adakah saya bayar terus ke akaun mbb seperti dalam email tu? Minta pencerahan..

Tksih

Menjadi Trader berkata...

Wslm..saya jarang guna CDM machine sebab pernah kena pengalaman masuk duit lps tu machine sangkut terus kena tggu 5 hari bekerja siasatan baru duit muncul dlm akaun. Selepas kejadian itu, memang hanya guna Maybank2u shj, kalau guna CDM pun masuk akaun sendiri dulu baru transfer atau nak bayar apa-apa. Saya rekomen contact balik jer AKPK untuk support.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih

t zubaidah berkata...

hai nak tanya kalau dah pergi kaunseling & dah diberitahu bulanan bayar berapa. tapi tak dapat email lagi macamana ya. biasa email kelulusan tu proses dia berapa lama ya

Unknown berkata...

saya mahu menyertai akpk .kad kredit hutang banyak.

Tanpa Nama berkata...

Encik Trader, maaf nak tanya pengalaman setakat ini dan jumlah sepanjang 10thn jadi 231.6K betul ke? Apa rekod dan halangan kredit semasa dlm tempoh program DMP? Dan setelah selesai 10 tahun ini? Adakah di senarai hitamkan semasa atau seumur hidup? Terima kasih.

Azean berkata...

Salam...

Saya nak tny...pembayaran pertama yg perlu dibayar tu..adakah perlu dibayar dlm tempoh 10 hari daripada tarikh kaunseling tu??

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)