MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Jumaat, 26 Januari 2007

Dapat Kerja Sebagai Web Admin

Al-hamdullilah, akhirnya setelah sebulan lebih bertungkus lumus mencari kerja baru, akhirnya aku berjaya jugak mendapat tawaran bekerja sebagai seorang Web Admin yang kerjanya membuat dan memaintain blog. Memang bidang yang aku minat pun selama ni. Sebenarnya dalam masa mencari-cari kerja ni, memang banyak giler la kerja yang aku boleh dapatkan. Tapi masalahnya aku ni cerewet sikit, aku nak kerja yang dekat dengan rumahlah, nak cari kerja mesti jumpa dalam web lah dan banyak lagi kriteria-kriteria lain. Mungkin nasib menyebelahi aku, memang kriteria minima yang aku tetapkan tu akhirnya aku dapat jugak la.

Masalah sekarang ni, nak kena habiskan sebulan lagi kat ofis lama ni sebab bos aku tak kasi aku blah awal. Dia nak sebulan jugak sebab dah tertulis dalam offer letter aku yang aku kena bagi notis sebulan kalau nak berhenti. Nampak gayanya aku kena train budak baru dulu la baru aku boleh blah. Tapi tak kisahlah, janji aku boleh online dan belajar trading nih.

Okaylah, ada banyak kerja aku nak kena buat ni. Nak trade forex ni cam payah sikit buat masa ni. Apa pun, aku masih lagi trade guna demo akaun. Nanti aku citer lagi. Bye..

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)