MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 23 Ogos 2014

Update Trade Minggu Ke-4 Ogos 2014

Minggu ni merupakan minggu yang bersejarah untuk aku. Akaun PAMM 144842 dibuka pada bulan April 2014, telah mengalami drawdown sebanyak USD2000 lebih, cuba recover pada bulan Mei tetapi gagal. Meneruskan usaha pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Pada hari ke 142, akhirnya berjaya juga bertemu di titik asal modal permulaan trading iaitu pada USD25,000.

Keputusan trading bagi minggu ke-4 bulan Ogos:

Akaun PAMM Menjaditrader 144842
Kenapa aku tersangat gembira dengan tahap pencapaian kali ini? Tengok pada graf tahap pencapaian trading aku di bawah:

Graf pencapaian keseluruhan Akaun PAMM Menjaditrader 144842
Analogi paling mudah aku boleh kongsikan kat sini adalah, nak turun bukit memang tak susah, tapi nak naik bukit merupakan satu cabaran yang agak mencabar. Menggunakan risk keseluruhan sebanyak lebih kurang 10% bagi setiap trading setup (5% risk EUR/USD & 5% risk GBP/USD), aku telah berjaya membawa akaun PAMM aku ni mendaki semula ke paras sebelum terjatuh sebelum ini. Kejatuhan ataupun drawdown 10% memang nampak kecil, tapi di mata pelabur nampak agak berisiko. Bayangkan anda melabur USD100,000 dan akaun tersebut mengalami 10% drawdown, dah USD10,000 tu, tak banyak ke? Begitulah analogi yang cuba aku gambarkan.

Okaylah, citer pasal market minggu yang baru berlalu ni. Market USD sekarang ni sedang meningkat naik. Pasangan matawang yang aku trade iaitu GBP/USD dan EUR/USD mengalami penyusutan yang agak ketara. Posisi sepanjang minggu ni memang aku fokuskan hanya pada pergerakan 'bears' ataupun posisi sell sahaja. Aku pun tak terduga boleh mencapai tahap pencapaian sebanyak ni. Apa pun, minggu depan cerita lain pulak. Aku mungkin boleh gembira sekarang, tapi minggu depan mungkin aku tak berapa gembira pulak. Begitulah lumrah menjadi seorang trader matawang ni. Apa yang penting di sini adalah cara pengawalan risiko dan juga emosi.

Aku sebenarnya sentiasa mengikuti rapat perkembangan trader-trader forex lain di Malaysia ni, agak ralat jugak la aku rasa bila tengok ada yang cuma suka tayang profit tapi bila loss senyap je. Itu bukan realiti seorang trader sebenar pada pendapat aku.

Okaylah, sehingga update minggu hadapan pula. Adios dan Astalavista bebeh!!

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)