MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 31 Ogos 2014

Keputusan Penuh Akaun MenjadiTrader 144842 Bulan Ogos 2014

Dengan berakhirnya sesi dagangan pada 29 Ogos 2014, maka berakhirnya sesi trading bagi bulan Ogos. Berikut adalah keputusan trading yang telah dicapai:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Bersyukur sekali lagi aku masih berjaya mengharungi sesi dagangan bagi bulan Ogos tanpa sebarang kerugian. Paling utama, setelah berusaha sejak bulan Mei 2014 bagi recover loss, kini aku telah pun berjaya mendapatkan semula kerugian trading yang merupakan matlamat utama sebelum ni walaupun terpaksa mengambil masa 3 bulan. Menariknya, aku berjaya memperolehi sedikit profit dan kini akaun aku ni dah menjadi positif 2%. Seperti yang sedia maklum, aku hanya mengambil risiko yang kecil dalam setiap trading setup aku jadinya dengan keputusan yang semakin meningkat daripada bulan sebelum ni sebanyak 3.54% dan kini meningkat kepada 5.98%, ini merupakan satu keputusan yang terbaik pernah aku perolehi buat masa ni. Harapan sekarang ini adalah sama untuk mengekalkan risiko trading yang sama dan mempertingkatkan hasil trading untuk tempoh waktu jangka masa yang lama.

Akaun Menjaditrader ni merupakan salah satu daripada akaun trading aku, aku ada beberapa akaun trading lain lagi yang menggunakan teknik trading setup yang sama cumanya leverage dan pengambilan risiko yang lebih tinggi berbanding akaun PAMM Menjaditrader. Ni contoh-contoh keputusan akaun trading lain aku bagi bulan yang sama (modal ciput jer pun):

Keputusan Trading Akaun Lite Ogos 2014
Akaun Lite ni dibuka pada bulan puasa yang lepas dengan mengambil peluang bonus 100% waktu tu. Dengan adalah credit tambahan yang diberikan, risiko trading dapat direndahkan lagi dan trading setup dapat ditingkatkan lagi tahap risk-reward. Akaun Lite ni merupakan akaun sen jadinya kalau contoh USD8,460.10 sen tu bersamaan dengan USD84.60 la kalau aku nak withdraw. Belum cukup lagi nak cover modal USD200 aku, baru 50% return. Tapi 20% performance tu bagi aku dah cukup tinggi dah sebab setiap trading setup aku mengambil kira trading risk hampir USD30 woo...satu risiko yang bagi aku masih lagi tinggi sebab bila convert kepada RM (rate withdrawal 3.1) jadi RM93 hampir bersamaan dengan gaji harian aku woo..Oh ye, akaun Lite lot terkecil adalah 0.1 dengan trading digit 4 angka. Tak tahu apa bezanya? Google la baca kalau rajin..huhu..

Keputusan Trading Akaun NDD Ogos 2014
Selain akaun Lite, aku juga trade menggunakan akaun NDD. Akaun NDD ni sama macam akaun PAMM, ada 5 digit cuma leverage yang digunapakai adalah 1:500. Lot paling kecil adalah 0.01 dan aku sangat suka NDD ni sebab aku boleh rendahkan lagi risiko trading setup aku disamping memaksimakan perolehan. Satu jer la yang takde bila guna akaun NDD ni, takde bonus! Kalau nak bonus jugak, kena guna broker lain lah (dan memang aku ada akaun broker lain pun..huhu). Pada pertengahan bulan Ogos, aku mengalami kesesakan ekonomi domestik sekejap jadinya terpaksa buat withdrawal bagi menampung kehidupan seharian. Oleh itu, ada dua performance rate la kalau tengok pada kotak-kotak di atas. Untuk calculation trading setup memang NDD akaun ni boleh memberikan amaun yang lebih lagi berbanding akaun Lite. Tu pasal aku tetap trade menggunakan akaun NDD ni walaupun terpaksa menguruskan 3-4 akaun setiap hari trading (bukannya kerja senang sebab perlukan kecekapan mata bagi memastikan entri tu betul dan tidak silap dan juga disiplin yang tinggi bagi tidak terlepas sesi dagangan Eropah dan US..ni topik lain la kalau nak kupas). Memandangkan modal yang kecil, maka keputusan trade nampak macam hebat giler pada 26.93%+9.16%=36.09%. Risiko trade yang digunakan adalah USD7 bagi setiap trading setup (Kalau modal USD100 maknanya 7% la trading risk). Pada aku USD7 tu okay lagi la kalau loss pun so tarahal lahh..return yang dapat memang agak memberangsangkan.

Kenapa aku tunjukkan cuma keputusan trade jer takde nak tunjuk carta? Keputusan trade ni menggambarkan gambaran besar dalam dagangan forex ataupun satu teknik pengurusan wang (money management). Aku tak bergantung harap pada carta sangat sebab carta ni macam satu lukisan yang memberikan petunjuk jer. Apa yang lebih penting adalah harga (atau price) pada carta tersebut. Apa pun, nak belajar sebanyak yang boleh tu tak salah dan digalakkan pun cuma pada aku kenapa perlu mencari teknik yang lebih hebat sedangkan teknik yang paling asas dan mudah (hanya menggunakan template Microsoft Excel serta pengetahuan asas dalam calculation Forex) boleh menghasilkan pulangan yang lebih menarik daripada apa yang bank tawarkan (2% sebulan bersamaan 24% setahun..ASB baru 7-8% setahun kan?).

Satu benda jerlah yang masih lagi aku perlu usahakan iaitu sekiranya aku nak hasilkan pendapatan yang menyamai gaji yang aku dapat sekarang ni, dengan mengambil contoh pengiraan risiko trade serendah 5% daripada total equity dan performance tertinggi sebulan sebanyak 5% (USD1,250=RM3,875 -rate 3.1), aku memerlukan modal sebanyak sekurang-kurangnya USD25,000 ataupun RM82,500 (rate depo 3.3) untuk bergerak sebagai forex trader sepenuh masa yang bebas. Memang aku takde la duit sebanyak tu. Ada la cara lain iaitu dengan menggunakan cara OPM (Other People's Money) cumanya aku perlu meyakinkan pelabur tersebut la yang aku seorang trader yang professional dan bukannya hit & run punya trader lagipun aku ni bukan trader yang suka ambil high risk jadinya perlu ambil masa yang lebih lama berbanding trader yang lain. Memanjang jer aku duk sebut pasal risk dalam penulisan aku ni, tapi perkara pokok yang aku akan sentiasa nampak dulu dalam trading forex ni takde benda lain selain daripada risk jadinya memang aku suka tekankan pasal risk management dalam setiap trade setup aku. Panjang ler pulak aku merepek kali ni.

Okaylah, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia! Merdeka!!

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)