MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 7 September 2014

Update Trade Minggu Pertama September 2014

Sedar tak sedar, dah seminggu berlalu. Minggu ni merupakan minggu yang sangat mencabar untuk aku kerana macam-macam perkara berlaku dalam minggu ni sahaja. Alhamdulillah, anak aku yang ke-2 dah pun selamat dilahirkan walaupun ketika ini masih lagi di ICU disebabkan terdapat komplikasi sedikit. Apa pun, perkembangan terkini beliau dah semakin stabil. Masalah aku sekarang ni adalah aku perlu dapatkan cuti tambahan sebab sebagai seorang pekerja yang masih lagi makan gaji, aku masih lagi tertakluk di bawah undang-undang syarikat sekiranya masih mahu mendapat gaji bulananlah. Kalau full time trader tu lain cerita lah.

Okaylah, update trade minggu ini:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 
Hanya 2 hari sahaja akaun aku berjaya close position pada minggu ini. Market EUR/USD dan GBP/USD sekarang ni berada dalam keadaan downtrend dengan GBP/USD mengalami downtrend yang sangat condong pada mulanya dan kemudian diikuti oleh EUR/USD. Disebabkan cara trade aku menggunakan template Excel dan segala kerugian dan keuntungan telah dikira awal-awal, aku tidak dapat mengambil peluang sepenuhnya di atas pergerakan yang sangat besar yang berlaku pada market. Apa pun, aku masih lagi bersyukur kerana keputusan aku untuk mengekalkan pendapat aku bahawa market akan berada dalam keadaan sell sepanjang minggu tidak menyebabkan aku mengalami sebarang kerugian lagi. Aku dah tengok beberapa akaun trader berpengalaman daripada aku musnah kerana perubahan ketara trend EUR/USD dan GBP/USD dan juga disebabkan oleh teknik trading yang tiada Stop Loss dan akhirnya telah di Stop Out oleh broker. Pada aku Stop Out lebih merbahaya daripada Margin Call (MC) sebab bila MC kita akan dapat email notification untuk top up akaun, sempat lagi nak diselamatkan akaun tu. Tapi kalau dah Stop Out (margin level di bawah paras 20/50% atau bergantung kepada broker) memang tak boleh buat apa-apa lagi la. Sememangnya kita sebagai trader biasa-biasa ni tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku, kita cuma boleh kawal cumalah apa yang kita ada (Market Order, Stop Loss, Buy Limit, Buy Stop, Sell Limit, Sell Stop, Take Profit dan Modify Position).

Oh ye, NFP ada berlaku pada hari Jumaat. Tak banyak sangat pergerakan pun sebab dah ada pergerakan besar hari Khamis tapi kalau suka main pip kecik boleh dapat sikit sebenarnya. Aku tak trade langsung NFP kali ni sebab aku ada hal lain yang lebih penting dan aku tak nak serabut nak monitor trade bagai.

Apa pun, aku ada pasang widget baru kat sebelah kanan blog aku ni. Aku sekarang ni menawarkan free signal MT4 atau MQL5 signal. Boleh search atau klik pada widget yang ada tulis subscribe tu. Nak tengok segala history trade dan sebagainya semua boleh. Memang aku ni transparent takde nak sembunyi-sembunyi (kecuali identiti aku je la). Score card akaun PAMM aku kalau ikut MQL5 ni:

Signal page MenjadiTrader
Walaupun profit aku ni takde la seberapa pun, tapi memang aku lebih selesa untuk dapatkan untung sikit daripada rugi teruk.

Okaylah, semoga trading anda sukses selalu.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)