MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 13 September 2014

Update Trade Minggu Kedua September 2014

Alhamdulillah, anak aku yang berada di NICU dah selamat keluar hari Khamis lepas. Mungkin rezeki anak jugak, minggu ni trade aku agak luar biasa perolehannya:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Kalau tengok pada rekod-rekod sebelum ni, jumlah profit minggu ini sahaja dah pun bersamaan dengan profit bulanan. Sememangnya market minggu ini lebih aktif daripada sebelum-sebelum ni. Apa pun, aku tetap berwaspada dengan pasaran sekarang ni sebab ada pelbagai isu yang sedang melanda sebagai contoh Scotland sekarang ni cuba untuk menjadi sebuah negara dan keluar daripada UK. Hari pengundiannya adalah pada minggu depan jadinya sentimen macam ni akan banyak mempengaruhi keadaan pasaran matawang di Eropah khususnya UK.

Aku sekarang ni sedang mempersiapkan satu thread di Carigold untuk suka-suka jer berkongsikan pengalaman trading aku menggunakan teknik 'Margin Calculation' yang aku gunakan sekarang. Boring la trading sorang-sorang ni, dalam kehidupan aku seharian aku cuma ada 3 orang je yang aku boleh sembang pasal Forex ni. Kawan aku yang perkenalkan balik Forex ni, adik aku dan sifu aku yang aku dah lama tak jumpa pun. Setiap hari aku on kan MT4 aku dan masukkan entri, malam jer set TP untuk kutip profit. Masa yang selebihnya aku buat kerja-kerja lain disamping monitor trade aku di handphone. Aku tengah nak cari geng yang aku boleh sembang pasal Forex secara terbuka tanpa rasa tergugat dengan sales pitch broker atau teknik-teknik indah bagai. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi aku (secara maya sahaja).

Aku juga bersyukur dah masuk minggu ke-13 rekod akaun trading live aku ni tanpa loss. Salah satu akaun aku bermodalkan USD200, dah capai USD375 dalam masa 9 minggu. Terus aku withdraw USD175 sebab aku tengah sesak nak guna duit..huhu..Masa dan pengalaman telah memberikan aku peluang untuk memperhalusi teknik yang aku gunapakai sekarang ni. Sememangnya kemahiran trading ni memerlukan masa untuk difahami dan ini boleh dipercepatkan dengan adanya guru ataupun mentor. Aku sangat berterima kasih kepada sifu aku yang kali terakhir aku jumpa dia pada bulan April 2014 yang lepas. Walaupun beliau cuma bagi aku satu template Excel, tapi daripada Excel tu aku berlatih trading live setiap hari tanpa jemu dan mencapai sehingga ke tahap yang sekarang ni.

MenjadiTrader Free Signal Post di MQL5 website
Oh ye, minggu depan akan bermulanya Professional Forex Trader - Live Trade sesi ke-4. Aku memang mengikuti perkembangan arena ni sejak sesi pertama lagi. Aku tengah nak susun performance diorang secara telus menggunakan MQL 5 ni. Mungkin penganjur pertandingan ni boleh menggunakan kaedah yang aku gunapakai ni (itu pun kalau diorang ada baca blog picisan aku ni la...haha):

Sebahagian daripada akaun live trading yang aku follow
Aku belum masukkan lagi semua 40 traders yang berentap. Punya la ramai trader kali ni. Terselit jugak sekali akaun-akaun trading aku yang lain kat atas tu (abaikan akaun aku yang -100% tu, modal USD20 je pun lepas tu tersilap entri..terus MC kong akaun tu..hahahaha). Aku harap mereka yang berentap ni tak kecundang awal-awal la. Kadang-kadang bila aku monitor diorang ni, gerun pun ada sebab diorang trade dengan mengambil risiko yang agak tinggi untuk kena stop out. Apa yang aku belajar dan ada kat mana-mana buku forex money management adalah bila nak trade kita hendaklah gunakan lebih kurang 2% daripada total equiti sebagai langkah money management yang betul, malangnya trader 'professional' ni ramai yang aku tengok hentak 'full margin' mungkin sebab nak cuba dapatkan pulangan yang hebat. Memang la dalam bahasa omputih 'with great risk comes great reward', tapi kalau dah tengah-tengah pertandingan tiba-tiba minyak habis sedangkan peserta lain duk bersaing lagi ni, pada aku la tahap professional tu belum sampai lagi.

Banyak pulak celoteh aku kali ni. Okaylah..looking forward untuk PFT sesi ke-4 bermula dan macam biasa minggu depan aku akan update perkembangan trade aku minggu hadapan.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)