MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 20 September 2014

Update Trade Minggu Ketiga September 2014

Minggu ke-3 September 2014 merupakan minggu yang sangat menarik. Pengundian untuk Kemerdekaan Scotland daripada UK merupakan berita ekonomi paling hangat dibincangkan oleh trader-trader seluruh dunia dan aku sebagai salah seorang trader bagi pasangan matawang GBP/USD pun merasa jugak tempiasnya. Apa yang berlaku sebenarnya?

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Setelah 13 minggu memegang rekod tanpa loss, akhirnya rekod tersebut berakhir dengan trade setup GBP/USD SELL aku mengena stop loss pada 16/9 yang lepas. Memang aku tak sangka betul boleh market berubah arah waktu tu, aku tersedar tengah malam tengok laptop aku terus terkejut sebab semua entri aku dah takde. Sebelum aku tido tu entri aku berada dalam zon profit. Aku tido balik dengan perasaan redho jer la. Esoknya aku dapat tahu yang malam aku kena stop loss tu ada aktiviti ekonomi melibatkan China dan UK menyebabkan nilai pound naik dengan ketaranya sebelum hari pengundian Scotland tu. Esoknya aku cuba recover balik kerugian yang dah berlaku dan alhamdulillah berjaya dapat kembali sebahagian besar kerugian tu. Lega...

Hari 18/9 aku buat keputusan untuk jadi pemerhati sahaja bagi pasangan matawang GBP/USD tapi aku masih pasang trade setup di EUR/USD. Keputusan aku ambil tu tepat sebab GBP/USD mengalami pergerakan pips yang sangat banyak, kalau aku cuba masuk pun memang huru-hara trade setup aku dan besar kemungkinan akan kena stop loss sekali lagi. Jadinya aku tetapkan pendirian hanya fokus pada trade setup EUR/USD (perkara ni yang paling susah sekali sebab bila tengok keadaan market bergerak dengan begitu hebat, perasaan nak cuba trade nak dapatkan pips pergerakan yang banyak tu sangat kuat). Alhamdulillah, keputusan aku hanya untuk trade di EUR/USD membuahkan hasil.

Di samping trade ni, ada perkara lain jugak yang berlaku. Pada awal September yang lalu, aku telah mendaftarkan semua akaun yang aku trade di MQL5 seperti yang ada di sidebar blog ni. MQL5 ni akan baca kita punya akaun sama macam MT4 punya trading statistik jadinya memang tak boleh nak manipulate dan semua trade history details memang telus lah. Akaun LiteForex NDD aku ni modal kecik je, USD50 jer aku trade tapi dalam tempoh masa akaun ni berkembang la sikit:

MenjadiTrader NDD MQL 5
Kalau tengok pada account growth 189.47% tu nampak macam hebat, sebabnya modal pun kecik, cuba modal USD10,000 memang kecik la la percent growthnya. Banyak lagi akaun-akaun yang lebih hebat daripada akaun aku ni tapi ada jugak 11 orang Subscribers yang sudi nak follow signal percuma aku ni. Jumlah fund USD329 pulak tu, lagi banyak daripada jumlah keseluruhan modal aku trade Forex ni..huhu..Memang aku takde cas apa-apa pun untuk signal ni dan aku belum ada niat pun lagi nak cas servis trade aku ni. Sementara masih percuma ni, kalau ada sapa-sapa berminat nak copytrade aku menggunakan free service MQL5 ni, dialu-alukan lah. Cuma pastikan akaun anda 5 digit la baru percentage profit yang aku dapat ni dapat diselaraskan dengan sesuai di akaun trading live anda.

Di sini aku ingin mengucapkan selamat datang kepada investor baru PAMM MenjadiTrader daripada Russia yang telah memberikan kepercayaan untuk aku tradekan USD200. Walaupun aku tahu investor tu tak paham pun Bahasa Melayu tapi aku tetap nak ucapkan selamat datang jugak macam mana pun. Beliau merupakan investor international pertama aku sejak akaun PAMM MenjadiTrader aktif bertrading daripada bulan April 2014. Insya'allah aku akan cuba untuk mengekalkan prestasi sedia ada sebab dalam trading ni apa-apa sahaja boleh berlaku.


Okaylah, setakat ni sahajalah update untuk minggu ini. Sehingga minggu depan pula.

P/S: Akaun Partner EA aku yang hanya trade di GBP/USD (kini sudah beralih ke manual trade di atas masalah teknikal) sedang mengalami drawdown yang agak besar juga. Sedang dalam proses pemulihan akaun, diharap program pemulihan akaun ini berjaya..

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)