Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 |
Jadinya pada minggu ke-4 ni hasil trading ada sedikit lebih daripada minggu sebelumnya. Sebenarnya boleh lebih lagi tapi aku masih lagi berpegang pada trading plan yang mana aku boleh tahu secara anggaran yang sebenar berapa aku akan untung berbanding dengan cara aku biarkan aje profit tu pergi ke paras maksimum. Aku boleh aje nak biarkan posisi profit tu pergi jauh lagi tapi itu akan melanggar peraturan trading yang aku gunapakai sekarang dan bila itu berlaku, emosi akan menguasai diri dan itu akan menghasilkan perasaan tamak yang biasanya kita dengar selepas itu akan bertukar menjadi huru-hara dan akan menyebabkan akhirnya berada dalam kerugian. Perkara ni dah selalu berlaku dan aku sendiri sebagai seorang trader biasa pernah alami dan akan sentiasa mengalaminya berulang-ulang kali. Sebab tu disiplin di dalam trading sentiasa dititikberatkan oleh semua guru-guru Forex ni (walaupun ada jugak yang main langgar jer).
Apa pun, aku harap investor yang telah attach akaun investmentnya pada akaun PAMM MenjadiTrader berpuas hati dengan sedikit keuntungan yang diperolehinya. Aku bukannya tak nak profit lebih-lebih tapi aku perlu mengawal daripada dijangkiti dengan penyakit 'gatal tangan' bila tengok keadaan market yang sedang dalam downtrend yang cukup kuat. Ini merupakan kriteria utama yang perlu dipupuk sekiranya hendak menjadi seorang yang bersikap professional.
Minggu lepas, aku ada letak screenshot pasal free signal yang aku buat di MQL5 untuk akaun LiteForex NDD aku. Waktu tu cuma ada 11 subscribers dengan jumlah dana yang didagangkan bernilai USD329. Minggu ni, mari kita lihat apa yang sudah berlaku:
MenjadiTrader NDD MQL5 |
Subscribers MenjadiTrader NDD MQL5 |
Okaylah, aku masih lagi berpegang pada peraturan yang ditetapkan oleh kebanyakan buku-buku dan artikel mengenai 'Money Management'. Disiplin dan kawalan diri adalah kekuatan utama yang harus dipegang bukan sahaja dalam dunia trading tetapi juga dalam kehidupan seharian. Sekian dahulu untuk laporan minggu ini. Kita tunggu pulak laporan minggu depan pulak apa ceritanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan