Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 |
MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 |
Sebelum-sebelum ni aku ada cerita pasal akaun-akaun aku yang lain kan? Lebih kurang sama la grafnya sebab entri pun sebijik sama pun cuma risiko lebih. Disebabkan risiko lebih, makanya pulangan pun lebih jugak la. Dalam forex ni prinsip jer senang jer, 'makin tinggi risiko makin tinggilah pulangan', tak perlulah nak pertikaikan hal ni sebab itulah hakikatnya yang sebenar. Kalau hati kering boleh je nak hentak full margin, tapi hati aku tak cukup kering lagi sebab tahu kesusahan nak dapatkan duit hasil titik peluh sendiri.
Aku duk ikuti perkembangan isu yang melanda dunia forex tanah air minggu lepas iaitu pasal kelas Forex yang berharga RM40,000. Macam tak logik pun ada jugak sebab sapa yang nak masuk kelas yang mahal macam tu. Namun begitu, aku kerja dalam bidang sales dan marketing dan aku dah tengok macam-macam benda yang dijual dan terjual. Memang tak mustahil pun kalau ada orang nak join kelas tu dengan harga yang melampau tu asalkan ada orang yang nak membayarnya. Secara peribadi, ada baiknya kalau guna RM40,000 tu untuk trading.
Untuk akaun-akaun aku yang lain korang bolehlah tengok di MQL5. Aku memang takde censor-censor pun. Beginilah realiti serta kisah seorang trader picisan separuh masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan