MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 5 Oktober 2014

Update Trade Minggu Pertama Oktober 2014

Minggu pertama bulan Oktober (cuma 3 hari jer):

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
NFP telah dijadualkan semalam jadinya aktiviti market untuk awal bulan Oktober ni bergerak dengan sangat aktif dalam tempoh 2-3 hari ni. Sebenarnya tak semua hari aku rajin nak mengadap graf ataupun buat trading plan. Sebab tu trading plan tu bagi aku penting sebab kalau yer pun aku malas nak trade, aku dah siap buat trading plan aku yang sedia ada dan aku boleh kawal trading aku guna trading plan aku tu jer, Lagipun aku trade banyak akaun, kalau aku takde trading plan untuk setiap akaun tu, memang akan hancur akaun-akaun ni.

Hari Jumaat pulak, aku dah keluar rumah awal pagi sebab ada majlis kematian nak kena melawat di Teluk Intan. Memang tak sempat langsung tengok laptop tapi trading aku masih lagi berjalan dan masih lagi dalam kawalan disebabkan trading plan dah ada. Jadinya dalam bas pun aku masih boleh monitor trading aku. Sampai je di Ipoh petang Jumaat, waktu tu kena aku buat keputusan sama ada nak tamatkan trading aku yang dah positif profitnya ataupun nak biarkan aje trading aku tu melalui NFP. Aku pilih untuk tamatkan trading tu dan buat trading plan baru untuk NFP sebab NFP ni bukannya aku boleh jangka ke mana hala tuju nya. Akhirnya NFP mengikut hala tuju yang aku jangka kan iaitu USD kuat, pukul 8.45pm semua trading plan di semua akaun dah mengena TP dan trading aku pun berakhir untuk minggu pertama ni. Sebenarnya aku boleh je nak biarkan trading plan aku yang sebelum ni ikut arah NFP tu dan untung lagi berganda tapi aku tak sanggup ambil risiko sebab risaukan perasaan tamak tu nanti rugi lagi teruk. Apa pun, aku bersyukur dengan apa yang aku dah perolehi.

Itu cerita trading la, ni cerita pasal MQL5 pulak. Ada 28 orang subscribers minggu lepas, minggu ni dah meningkat kepada 60 orang pula:

MenjadiTrader NDD MQL5
Jumlah dana dagangan kini dah jadi 2 kali ganda daripada minggu lepas iaitu sebanyak USD24k. Subscriber pulak masih lagi ramai daripada Russia dan seterusnya daripada Malaysia.

Subscribers MenjadiTrader NDD MQL5
Aku sebenarnya tak sangka pulak daripada Malaysia pun ramai yang suka CopyTrades free ni. Sama macam minggu lepas jugak, aku masih lagi risau takut-takut aku jatuh terjunam. Apa pun, dengan bantuan trading plan aku insya'allah aku akan cuba bertahan selama yang boleh. Aku harap sesiapa yang baca blog aku ni faham la kepentingan menjaga risiko modal dan juga menjaga disiplin trading plan. Aku sekarang ni dalam kerjasama dengan member programmer aku untuk membuat satu online tool (berbayar) bagi membantu trader-trader menduplikasi atau memahami penggunaan trading plan yang aku gunapakai. Tapi aku tak boleh dedahkan lagi la projek ni sebab masih lagi di peringkat percubaan. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menjadi 'Beta Tester' projek ini, boleh la menghubungi aku (Itu pun kalau la blog ni ada pembaca pun..hahaha).

Oh ya, partner EA aku akhirnya telah berjaya recover drawdown akaun yang dialami dalam masa yang singkat. Aku memang kagum dengan kemahiran yang dipersembahkan, bukan setakat recover jer drawdown tu, dia tapau lagi beberapa percent dan sekarang ni akaun dah mencecah ke 57% pulangan. Sangat mengagumkan, sebenarnya aku tahu teknik yang digunapakai cuma risiko yang diambil agak tinggi dan tak sesuai dengan teknik manual yang aku guna. Apa pun, aku ada pegangan share dalam akaun PAMM partner EA aku tu dan aku juga mendapat untung sekali, itu yang paling penting.

Hari ni merupakan Hari Raya Aidil Adha yang pertama, jadinya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Sehingga minggu depan pula..salam trading semua!

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)