MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 18 Oktober 2014

Menghadiri Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014

Selesai Seminar XM di Hotel Sheraton Imperial, aku sempat balik rumah sekejap sebab malamnya aku dah buat komitmen untuk hadir ke Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014. Aku hampir tak jadi pergi majlis ni sebab aku baru nak keluar rumah, kereta aku kena langgar dari belakang. Habis pecah bumper belakang kereta Proton Wira sedan aku kena langgar dengan jiran sebelah rumah. Setel semua, aku gerak jugak la dengan kereta bumper belakang sebelah takde pun parking kat eCurve Damansara.

Sampai di Hotel Royale Chulan Damansara pukul 8pm

Antara tetamu yang datang nak daftar masuk

Aku duduk di meja nombor 36

Bacaan doa sebelum makan malam

Jadi Paparazi jap snap gambar Atuk Pemalu FTT. Tinggi orangnya..
Aku ni secret admirer trader otai ni..ekekeke..

Awek Russia sedang bagi ucapan..muda lagi rupanya..

Awek Russia bergelek pulak dengan Anney India

Helmi Gimmick boleh pulak datang nyanyi kat meja aku.. 
Aku ada video Helmi Gimmick ni tengah nyanyi sambil diri atas kerusi sebelah aku jer tu, nanti aku upload dan share. Tapi lawak Helmi Gimmick ni memang superb la, tak larat aku nak gelak malam tu. Terhibur jugak la jiwa trader yang telah floating negatif ni, dah la dengan bumper kereta kena langgar. Aku dengar citer kata majlis dinner ni tak berapa best berbanding dengan dinner yang tahun lepas, tapi aku ni 1st time datang so bagi aku best jer. Sememangnya broker InstaForex ni mempunyai profile yang agak tinggi sebab ada satu group ni T1FX daripada JB tergolong hampir keseluruhan daripada golongan Chinese datang berapa ratus orang tu malam tu. Cabutan bertuah memang menarik la jugak, nombor aku sipi2 jer nak kena tapi apakan daya, bukan rezeki aku malam tu.

Aku sebenarnya ada isu dengan InstaForex ni jadinya aku tak berapa pasti sama ada nak teruskan menjadi pelanggan InstaForex ni. Bukan la aku nak memburukkan sapa-sapa, tapi ini realiti yang aku hadapi dan aku nak sharekan pengalaman aku ni. Aku akan tulis dalam entri aku akan datang tapi Makan Malam Perdana InstaForex 2014 ni akan menjadi memori aku yang menarik untuk tahun ni.

Update 26/10: Aku dah upload video yang aku sempat ambil waktu dinner ni. Si Helmi ni pergi naik atas kerusi sebelah aku pastu nyanyi. Aduhai..merepek betul..tapi memang best performance dia malam tu.


Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)