Jadinya pada hari Isnin lepas aku pergi ke kelas Forex yang dianjurkan oleh broker XM. Pertama kali aku menjejakkan kaki di Ara Damansara, area situ memang didiami oleh golongan mid-range income dan sewa ofis tempat tu yang aku check dalam RM3,500 sebulan untuk 1,450 sq ft. Kalau setahun jer overhead ofis dah RM42,000 tu belum termasuk staf XM yang aku tengok macam ramai tu terdiri daripada warga luar negara. Walaupun Forex ni bukan bisnes yang mainstream di Malaysia tapi diorang ni dah boleh buat establishment yang mantap kira bagi aku boleh tahan la.
Kelas Forex Fibonacci Percuma XM |
Apa pun, setakat belajar je tak berguna jugak, nak kena praktis dan sentiasa mengulangkaji baru akan nampak hasilnya. Itu cabaran paling utama bila dah tahu sesuatu teknik ni. Satu perkara jer la yang masih boleh diperbaiki, sebenarnya apa aku nampak adalah bila trader-trader baru mula nak berkecimpung ni, satu subjek yang paling tidak berapa dipedulikan sangat adalah money management. Subjek ni kurang digemari sebab bila dah nampak peluang untuk untung lebih, memang lot gajah akan digunapakai tanpa mengambilkira risiko kalau price bergerak sebaliknya. Itu yang jadi isu asyik-asyik akaun MC dan selalu depo. Dalam perjalanan aku sebagai seorang trader, aku hanya pernah MC 2 kali je setakat ni, pertama kali sebab percayakan EA, kedua waktu aku trade guna maksimum leverage 1:1000 dengan modal yang terlalu kecil (USD20). Selepas daripada tu aku dah boleh kawal semua untung rugi disebabkan aku gunakan trading plan yang diikuti dengan disiplin yang ketat.
Macam dah mengarut dah aku ni. Aku keluar daripada kelas tu pukul 10pm lebih, terus balik rumah dan jadi friend dengan sifu kelas tu di FB. Satu pengalaman yang menarik. Minggu depan ni ada banyak event lagi yang berkaitan dengan forex yang aku akan sertai, aku akan laporkan semuanya di blog ni. Nantikannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan