MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 11 Oktober 2014

Update Trade Minggu Kedua Oktober 2014

Minggu kedua bulan Oktober 2014 telah menyaksikan perkara yang paling menakutkan aku berlaku...

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Takde sebarang untung atau rugi yang berlaku kan? Tapi sebenarnya:

Carta Equiti Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Okay, garisan lurus tu adalah balance. Garisan yang bengkang bengkok tu adalah equiti yang floating mengikut market. Pada hari Isnin, aku dah pasang trading plan aku dan pada hari tu jugak price EUR/USD dan GBP/USD retrace dan naik melebihi pada paras Stop Loss aku tapi....aku tak letak Stop Loss. Kenapa aku tak letak SL? Sebab aku kononnya nak elakkan perkara yang pernah berlaku dulu sebelum kes Scotland tu. Hari Selasa, aku mengharapkan FOMC akan memberikan kekuatan kepada USD dan turun ke bawah paras SL aku, aku tertidur malam tu. Esok paginya price naik lagi tinggi. Salah satu akaun trading aku yang agak high risk dah MC dan Stop Out terus menyebabkan hasil usaha aku daripada USD20 naik ke USD50 terus hangus dalam masa satu malam jer. Sedih tu memang sedih jugak la tapi kehidupan haru diteruskan, tugas seterusnya adalah untuk mengawal akaun yang sedia ada ni agar tidak hancur.

Saat-saat getir macam ni macam-macam penyesalan duk bermain di minda dan perasaan. Cumanya nak menyesal pun dah tak berguna, kena cari jalan penyelesaian. Menggunakan trading plan yang aku ada, aku mula merangka plan pelbagai cara untuk mengawal margin level yang semakin berkurangan. Mujur margin level aku masih lagi dalam lingkungan 1000% lagi jadi boleh bertahan lagi kalau price naik lagi. Akhirnya pada hari Khamis, sinar harapan kembali cerah apabila price USD mulai kembali kuat. Aku waktu tu dah memang pasrah jer nak biarkan akaun aku floating tapi sebenarnya aku dah ada plan B iaitu nak set cut loss berapa banyak. Hari Jumaat price EUR/USD dan GBP/USD seperti ingin kembali kepada harga sebelum NFP minggu lepas jadinya garisan graf warna hijau macam kat atas tu telah mengembalikan equiti pada jumlah yang sama sebelum NFP pada minggu lepas.

Jadinya apa yang aku belajar sepanjang minggu ni:
  1. Kalau tak nak sakit jiwa tengok angka negatif yang dah lebih daripada amaun yang kita mampu kawal, silalah letak Stop Loss.
  2. Jangan terlalu sayangkan position entri yang sedia ada, ikut trading plan asal dan kalau gagal, buat trading plan baru. Itu lebih baik daripada duk tengok entri floating negatif tapi tak boleh nak buat apa-apa pun.
  3. Kalau ada modal yang besar adalah lebih baik daripada membesarkan lot saiz yang sedia ada. Membesarkan lot saiz hanya akan menyebabkan drawdown yang lebih pantas walaupun sebenarnya untung pun pantas jugak.
  4. Disebalik semua kemelut yang melanda, aku dapat belajar skill baru iaitu cara mengira dan mengawal margin level agar tidak kena stop out. Kalau aku tak kena musibah ni, memang aku takde punya nak tekun study pasal kawalan margin level ni.
  5. Perlu dan penting adanya trading plan sebab daripada situ kita boleh buat rujukan untuk apa tindakan susulan yang boleh dibuat. Kalau trade main ikut suka hati atau rasa-rasa, bila dilanda badai baru terhegeh nak buat recovery plan, memang tak sempat dah time tu. Hanya satu teknik jer la yang tinggal, 'Teknik Mengharap'. 
  6. Macam mana nak buat trading plan? Bersepah orang lain ajar sana sini, belajar dan praktiskan la. Nak aku ajar? Aku pakai Microsoft Excel jer pun. Tapi sori la, aku bukan tenaga pengajar buat masa ni..hahaha
Jadinya itulah cerita trading untuk  minggu ini. Buat masa ni akaun aku ni masih lagi floating negatif tapi insyallah kalau mengikut recovery plan yang telah dirancang, dalam minggu depan akaun akan pulih daripada dugaan yang sedang melanda ini. Oh ye, dulu aku ada citer pasal ada investor daripada Russia yang letak USD200 kat akaun PAMM aku ni kan? Investor tu waktu graf garisan hijau berada kat bawah sekali tu, dia bawak keluar modal dia dan cabut lari waktu tu jugak. So dia kerugian lebih kurang dalam USD10 la daripada investment USD200 dia tu, maksudnya investor ni jenis yang tak suka drawdown yang ekstrim. Ni andaian aku jer la, investor ni dah tengok akaun aku drawdown level aku sikit jer dan akaun level terus meningkat dari minggu ke minggu, sekali tu dugaan melanda dan drawdown melebihi apa yang dijangkakan, dia kecut perut lepas tu cabut dulu la dengan apa yang tinggal sebelum lagi parah. Kalaulah dia percaya dan yakin dengan recovery plan aku, aku rasa mungkin duit investment dia tu boleh lagi diselamatkan. Mungkin kerugian USD10 tu bagi dia dah tinggi sangat risiko kut.

Okaylah, satu minggu yang sangat menarik. Aku nak bersiap-siap nak pergi seminar Forex pulak ni anjuran XM di Sheraton Imperial Hotel KL. Malam ni pulak aku nak pergi Grand Dinner anjuran InstaForex pulak. Kalau aku rajin aku berkenalan la dengan trader-trader senior kat sana. Kalau aku rasa macam nak low profile aku cuma observe jer la mereka-mereka ni. Aku sebenarnya tak suka sangat dunia glamer terutamanya bila menjadi tumpuan ramai tapi aku suka merasai suasana di acara-acara glamer ni. Aku akan update la gambar-gambar aku snap kat event tu kemudian.

Sehingga di lain waktu pula..

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)