MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 26 Oktober 2014

Update Trade Minggu Keempat Oktober 2014

Lain orang mungkin lain stail menulis blog. Dalam blog aku ni, memang aku takde share apa-apa teknik, analisis graf ataupun indikator sebab bagi aku itu semua tools yang membantu dalam membuat keputusan untuk trade sama ada buy atau sell. Kalau dalam FB pulak kita boleh tengok ramai yang menunjukkan screenshot profit ribu-ribu ataupun profit scalping. Aku faham tujuan share tu untuk menunjukkan kegembiraan cumanya aku tak nak nampak apa kebaikan keseluruhannya pun. Aku bagi contoh waktu sekolah la, mungkin kita terer dalam subjek Matematik la, bila test ke exam ke memang kita la nombor satu tak pernah tak dapat A+. Tapi bila datang subjek lain, ada yang kita lemah jadinya keseluruhan subjek contoh 5 subjek kita mungkin dapat 3A 2B. Itu pun yang hasil keputusan yang nak tunjuk kat mak ayah kita bukannya setakat Matematik je yang dapat A. So dalam Forex pun lebih kurang sama la, memanjang je duk bagi hasil laporan kegembiraan profit tapi bila kita tengok pada hasil keseluruhan berapa banyak kita depo dan withdraw entah-entah takde memberangsangkan pun. Mungkin la follower akan jadi ramai dan ramai yang akan memanggil diri tuan empunya screenshot 'masta', pm untuk dapat info dan macam-macam lagi tapi sebenarnya apa kebaikan yang follower tu boleh dapat pun? Betul tak?

Alamak, mukadimah jer dah panjang. Untuk laporan minggu ni, aku nak cuba untuk pecahkan ikut kategori sikit sebab aku dah terbuat banyak eksperimen pulak. Sori la, aku ni kalau benda tak melibatkan kos yang banyak dan teknikal pun mudah macam Forex ni, aku memang suka cuba. Cuma apa gunanya eksperimen kalau syok sendiri je dan takde hasil laporan untuk tunjuk kepada orang lain tengok, betul tak?

Project PAMM

Kategori ni yang aku memang tiap-tiap minggu update. Kalau yang pertama kali datang blog aku ni, jangan salah faham pulak, modal USD25k ni sebenarnya amaun virtual je walaupun digunakan di live server. Sebenarnya setiap manager untuk PAMM account perlu meletakkan cagaran sebanyak minimum USD200. Aku ni bukan kaya pun, gaji pun cukup-cukup makan anak beranak jer. Tapi of course aku buat laporan berdasarkan amaun yang aku trade la iaitu USD25k. Teknik aku simple jer, guna Excel sheet yang sifu aku bekalkan pada Mei 2014 lepas, kira loss dulu, kira range berapa, tengok margin level lepas tak lepas, buat pending order entri, letak SL dan TP, tinggal dan monitor je. Kalau rajin aku calculate TP nak letak kat mana, Stop Loss tak sentuh dan bila habis jer sama ada hit SL atau TP, buat trading plan yang baru. Ulang benda yang sama setiap hari.

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Minggu yang baru berlalu ni merupakan detik di mana aku telah cuba mencari posisi untuk cut loss. Hari cuti Deepavali tu memang aku tunggu jer price turun untuk aku minimakan cut loss aku sebab aku mengada-ngada tak pakai stop loss 2 minggu minggu sebelum tu waktu selepas NFP. Dekat 2 minggu jugak aku duk manage negatif floating. Memang hati tak tenang langsung. Akhirnya aku cut loss jugak hari Rabu tu sebab aku perlukan permulaan yang fresh. Lepas cut loss tu, memang terasa lega betul hati perasaan dan emosi. Terasa bebanan tu hilang walaupun sebenarnya takde la teruk mana pun loss tu, overall aku masih lagi untung, minggu sebelum tu 'Week 3' time floating negatif tu sempat lagi duk tangkap profit yang lagi besar pada 14/10 dan 15/10. Cuma disebabkan profile trading aku ni day trading jadinya aku memang tak suka hold position berminggu-minggu. Itu pun satu kriteria yang penting. Sebenarnya bila musibah datang melanda, waktu tu yang idea pun tercetus. Ada hikmah sebenarnya musibah ni, cuma kita jer kadang-kadang tak tahu bersyukur atau mengambil peluang yang ada.

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Nampak tak garisan hijau yang spike ke bawah tu, spike yang macam tu aku cuba nak elakkan sebab spike macam tu akan terjadi bila lot entri yang besar sedang floating. Jadinya bila dah close position, garisan biru pun masuk jadinya balance aku pun turun. Takper, masih lagi dalam zon profit untuk bulan ni. Nak jadi PAMM manager yang konsisten perlu kecilkan drawdown baru investor tak tak lari macam minggu sebelum ni. Sayang betul, kalau investor tu tak lari dia dah boleh kutip untung dah sikit, tapi dah dia tak percaya pada aku, aku tak boleh nak halang la. Aku dah calculate berapa kerugian antara guna stop loss dan juga cut loss, sememangnya bila guna stop loss lagi rendah kerugiannya daripada cut loss ataupun gunakan teknik hedging. Jadinya itulah pengajaran yang aku dapat sepanjang daripada 2 minggu negatif floating ni.

Akaun PAMM Melaka LFx
Akaun PAMM Melaka LFx, jarang aku bagi ulasan pasal partner aku ni. Aku sangat berterima kasih kepada partner aku ni sebab dia yang memperkenalkan aku kembali kepada dunia Forex. Banyak jugak tips-tips bila berhadapan dengan market bergelora yang dia bagi kat aku lepas tu macam mana nak handle akaun. Memang antara kawan aku yang aku kenal sejak 7 tahun bekerja di ofis yang sama dan mempunyai minat yang sama. Market akhir tahun ni agak mencabar sikit jadinya untuk akaun PAMM Melaka LFx ni kawan aku ni tak on EA dan dia trade manual. Hebat jugak la kawan aku ni walaupun tanpa EA tapi boleh trade manual dan profit, dia pun sebenarnya takde apa-apa teknik rahsia pun just tengok pada support dan resistance tapi yang mahal sebenarnya pengalaman.Akaun PAMM Melaka LFx ni dah pernah sertai program Professional Forex Trading (PFT) musim ke-3 anjuran komuniti Forex Malaysia di FB dan masih lagi bertahan. Musim ke-4 PFT ni ada lagi tinggal 2 minggu je sebelum tamat, tu pun daripada 40 orang trader yang beraksi, tinggal 6 trader je yang masih bertahan. Inilah realiti sebenar dunia Forex di Malaysia yang mungkin ramai tak tahu. Apa pun, aku sendiri ada invest di Melaka LFx ni dan setakat ni memang profit dah ada di dalam akaun.

PAMM Investment Demo Accounts

Apa gunanya ada demo akaun tapi tak dibuat eksperimen. Eksperimen kali ni aku nak tunjuk berapa yang investor akan dapat bila invest amaun yang berbeza cuma tambah kosong je kat belakang. 2 PAMM Akaun yang aku promote ni aku buat cabaran tengok apa akan jadi pada minggu depan:

Investment Demo Accounts (26/10/2014)
Nampak tak akaun-akaun di atas ni. Kalau anda rajin, anda pun boleh buat, boleh baca kat sini. Diversify portfolio anda selain daripada trading sendiri. Ada istilah 'Don't put all your egg in one basket', memang betul pun. Zaman sekarang ni kita tak boleh berharap pada satu sumber pendapatan jer, perlu ada back up plan. Sifu aku pun ada ajar benda ni untuk diaplikasikan dalam projek PAMM ni tapi dia tak habis ajar pulak. Takper, aku akan cuba eksperimen sendiri dulu tengok. Apa pun, aku akan paparkan screenshot yang sama kat atas ni tengok hasil keputusan minggu depan dan lihat apa perbezaan yang akan berlaku.

MQL5 MenjadiTrader NDD

Projek MQL5 ni aku mulakan pada awal bulan September 2014. Modal aku mulakan pun kecik jer, USD50 lepas tu aku gunakan entri yang sebijik macam yang aku gunakan untuk Akaun PAMM MenjadiTrader sebab guna server live yang sama jugak. Saja je suka-suka sebenarnya. Tapi dari minggu ke minggu projek ni dah semakin berkembang pulak. Pulak tu makin ramai pulak mesej-mesej dalam PM MQL5 tu masuk kat aku tanya macam-macam benda. Aku respon jer la dah aku ni bukannya level sifu ke grand master ke pun, mana aku tahu aku jawab jer.

MenjadiTrader NDD MQL5
Disebabkan aku tak letak harga pada Copy Trades ni, semakin ramai pulak pengguna daripada MQL5 seluruh dunia duk perhati jer akaun aku ni. Cuba tengok pada Subscriber's fund (Total fund of real accounts considering used risks), ada 110K tu. Jumlah ni biasanya berubah-ubah dan total subsriber pun selalu berubah. Tapi 94 subscriber tu bagi aku ramai la, tengok la diorang ni berasal dari negara mana:

MenjadiTrader NDD MQL5 Subscriber Countries
Aku sebenarnya tak puas hati selagi aku tak test sendiri Copy Trades MQL5 ni nak tengok mechanism ni berfungsi macam mana, jadinya aku bukak akaun live yang baru, letak USD60, pasang kat VPS dan copy balik signal MenjadiTrader NDD MQL5 ni.


Aku buat signal baru bagi tujuan analisa dan kononnya nak letakkan free jugak, cuba punya cuba tak boleh jugak. Last-last aku letak jer la bayaran USD20, sapa nak follow akaun yang aku follow sendiri ni bayar la..haha..

Sampai sini dulu la kut update aku untuk minggu kali ini. Nantikan update minggu depan pulak yang mana aku akan bagi hasil keputusan penuh bagi bulan Oktober.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)