MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 6 April 2014

Cara Membuka Akaun Demo PAMM Investor (LiteForex)

Biasanya sebelum kita melabur, kita mesti la tahu semua maklumat dulu sebelum kita meletakkan duit kita yang kita dah susah payah dapat melalui gaji, berniaga dan sebagainya itu. Tapi kadang-kadang bila kita baca semua info dan maklumat tu, bukannya kita faham pun apa benda-benda kewangan ni. Aku pun bukannya faham semua tu dan aku sendiri takde banyak masa nak study semua benda bagai. Untuk mengatasi masalah tu, menggunakan kenderaan kewangan LiteForex kita boleh membuat eksperimen yang tidak membahayakan dompet kita. Beginilah caranya:

Membuka Investor Demo Akaun
Untuk mengaktifkan Asset Investment akaun LiteForex anda, akaun anda mesti dah fully verified. Apa benda pulak nak verify-verify ni? Itu korang pandai-pandai la godek-godek Client Profile selepas bukak akaun LiteForex ni. Dulu ada butang Open Investor Demo Account kat sebelah kotak hijau tu, tapi diorang dah buang pulak. Jadinya link untuk bukak Investor Demo Account ada di tepi sebelah kiri bawah.

Memasukkan no akaun PAMM yang telah dipilih
Menjaditrader telah pun membuka satu akaun sendiri yang baru dengan akaun number 144842. Masukkan nombor tersebut didalam kotak Account PAMM, masukkan amaun USD100 (berapa-berapa amaun pun boleh sebenarnya, USD100 tu aku nak senang bayangkan keuntungan nanti..hehe). Klik kotak agreement tu dan klik Open Account.

Akaun Investment Demo dah siap
Dah siap dah pun akaun demo kita. Sekarang ni, apa yang kita perlu buat adalah login ke Client Profile LiteForex setiap hari untuk mengikuti perkembangan duit kita tu. Kalau korang tengok contoh di atas, aku telah pun membuka satu investor demo akaun di akaun JayDee 128869 dengan jumlah USD100 kalau tak salah aku bulan January 2014 yang lepas. Akaun tersebut telah pun menyebabkan aku kerugian amaun demo aku sebanyak USD25.98. Jadinya walaupun tu akaun PAMM aku sendiri, aku sudah semestinya tak nak melabur dengan akaun tu sebab dah rugi, betul tak?

So begitulah cara untuk mencuba jadi pelabur dalam akaun PAMM sebelum meletakkan duit kita yang betul. Ini khas untuk orang yang takde masa nak jadi Forex trader ataupun dah pernah trade tapi rugi ataupun saja nak diversify duit dalam akaun LiteForex anda kalau ada. Anggap benda ni semua adalah tools untuk kewangan anda sama macam guna Maybank2u. Macam orang putih kata 'Don't put all your eggs into one basket', betul tak? Haha..

Okaylah, selamat mencuba.

1 ulasan:

Unknown berkata...

bro...mcm mane nak join bro.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)