MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 1 November 2014

Keputusan Penuh Akaun MenjadiTrader 144842 Bulan Oktober 2014

Takde update untuk minggu ke-5 untuk bulan Oktober, kebetulan 1 November pulak jatuh pada hari Sabtu. Jadinya berakhirlah sesi dagangan bagi bulan Oktober 2014, maka inilah hasilnya:

Project PAMM

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Bulan ni aku rasa lagi banyak aku dapat belajar dalam memperbaiki teknik dagangan yang aku amalkan. Antara sebab utamanya adalah pada minggu ke-2, nampak tak takde sebarang position yang aku close kan? Tu sebab aku pergi buang stop loss dan biarkan trade aku floating mengikut market. Mujur pasaran matawang EUR/USD dan GBP/USD hanya mengalami correction sementara jadi pada minggu ke-4 (pada cuti hari Deepavali) aku buat keputusan untuk cut loss posisi negatif yang aku pegang. Aku tak dapat bayangkan kalau market terus menerus mengalami correction ke atas, memang akaun aku akan mengalami drawdown yang sangat teruk yang akan membawa sekali emosi trading aku ke bawah. Memang aku tak nafikan, kadang-kadang tu trading ni tak seronok pun, ingat seronok ke nak monitor dan menunggu? Rasa macam nak aje tekan butang buy atau sell letak lot saiz gajah bagi besar sikit profit, tapi aku tahan diri aku daripada membuat keputusan tidak bijak tu demi mempertahankan hasil persembahan yang aku dah rekodkan selama beberapa bulan ni. Nak musnahkan sesuatu tak susah, tekan je delete habis. Nak membina dan mempertahankan sesuatu memerlukan masa dan usaha, itulah perkara yang paling mencabar.

MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Okay, cukuplah berceloteh. Kat atas ni aku tunjukkan graf pertumbuhan trading akaun aku. Jadinya bulan ni aku cuma dapat hasilkan 5.72% je daripada equiti bulan lepas. Bulan lepas menurun sikit la prestasi aku. Jumlah terkumpul ROI sekarang adalah 19.27% bagi keseluruhan tempoh 7 bulan. Nampak macam sikit kan? Memang la, modal permulaan USD25,000, kalau aku tunjukkan akaun MenjadiTrader NDD jumlah keseluruhan dah dapat balik 385% dah pun, sebab apa? Sebab aku mula dengan USD40 jer dan sekarang dah jadi USD144. Benda ni sebenarnya matematik mudah jer tapi kadang-kadang minda kita ni suka sangat terpedaya dengan teknik-teknik marketing kat luar sana tu. Teruja nak untung cepat padahal bukannya kita tak tahu, 'High risk, high reward'.

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 Equiti Graf
Aku suka tool MQL5 ni bukan apa, dia boleh mapkan corak trading kita. Kita boleh gunakan kemudahan ni untuk reflect balik kat diri kita apa yang kita dah buat. Contoh macam kat atas ni, ni equiti graf aku sepanjang bulan Oktober dan sebelumnya. Garisan hijau yang turun naik gila-gila tu sebab lot saiz aku yang floating negatif banyak sangat jadinya aku tahu la yang aku risikokan banyak sangat duit aku dan dah tak ikut plan trading aku yang sebenar. Lepas je aku cut loss, nampak tak garisan dah jadi stabil. Biasanya kalau aku jadi seorang pelabur yang konservatif dan low risk, kalau aku nampak garisan hijau macam tu, memang aku dah reject dah trader ni. Aku nak letak duit ribu-riban tapi trader aku ni suka hati mak bapak dia jer trade macam orang gila, kalau duit aku lebur bukannya dia boleh gantikan balik pun. Tapi prinsipnya sama jer, 'low risk, low reward' tapi nanti aku tunjukkan beza antara pelabur kecil dan pelabur besar.

Project PAMM Melaka LFx
Mintak maaf partner aku Melaka LFx kalau ko baca blog aku ni la, aku bagi contoh partner aku ni la senang. Partner aku punya trading style lebih kepada medium risk sebab graf dia nampak tak naik turun dengan agak ketara. Tapi masih lagi profit sebab grafnya condong ke atas, okay lagi la. Kalau korang jenis yang sanggup ambil risiko lebih sikit, boleh letak sikit dana kat akaun PAMM dia. Kalau nak low risk macam akaun PAMM MenjadiTrader, letak la dana kat akaun aku. Nak letak kat dua-dua pun boleh, takde masalah. Platform LiteForex ni fleksibel.

PAMM Investment Demo Accounts

Minggu lepas aku ada buatkan contoh-contoh investment demo akaun dengan amaun USD10, USD100, USD1,000 dan USD10,000. Setelah seminggu beginilah hasil keputusannya:

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
(Start Date: 26/10/2014 - Current date:1/11/2014)
Nampak tak perbezaan bila kita cuma tambah kosong kat belakang amaun investment? Akaun MenjadiTrader sejak akaun demo ni dibuka Ahad lepas telah meningkat sebanyak 3.5% jadinya kalau anda melabur USD10 minggu lepas, hasil minggu ni dapat 3 sen jer la, kalau USD100 dapat la 35sen, kalau USD1,000 dapat USD3.50 dan USD10,000 dapat USD34.95. Nampak tak beza bila kita guna modal yang kecil dan besar? Kalau guna akaun modal kecik, 3.5% nampak cinonet jer..tapi kalau modal USD10,000, 3.5% nampak best la sikit kan?

Tapi tengok Melaka LFx pulak, mengalami penyusutan sebanyak -6.5%. Nampak sikit kan? Tengok apa jadi dengan akaun USD10,000, rugi USD64.89. Ni baru -6.5%, kalau -50% boleh bayangkan la separuh akaun dah hilang. So inilah gambaran yang aku cuba berikan kepada pembaca aku, walaupun aku tahu contoh ni nampak macam bodoh  jer kan, tapi inilah realiti kewangan yang sebenar dalam perdagangan matawang.

Aku delete balik semua akaun ni dan aku akan mula balik daripada kosong khas untuk bulan November 2014:

Investment Demo Accounts (Start date: 1/11/2014)
Aku akan update dalam setiap laporan mingguan aku screenshot di atas. Aku tak tahu kenapa kat amaun USD100,000 Melaka LFx tu dah ada 3 sen. Mungkin calculation PAMM dah ada 0.000003% kut. PAMM ni sangat menarik sebab ianya telus, ada banyak kemudahan lain dan paling utama ianya long term. Kalau aku nak buat kelas Forex, memang aku akan galakkan semua peserta aku bukak akaun PAMM Manager dan trade di sini berbanding bukak akaun personal. Semua yang dalam kelas boleh tengok prestasi masing-masing termasuk gurunya dan daripada situ kita boleh analisa apa kelebihan dan kekurangan dalam setiap tindakan trading peserta. Pulak tu, akaun PAMM ni tak boleh top-up jadinya semua orang bermula dengan virtual akaun USD25,000 jadinya memang tak boleh nak tipu punya. Tapi ni cuma idea jer la, mungkin satu hari nanti aku akan bukak kelas ke mana tahu kan? Kalau aku simpan semua yang aku dah belajar ni rasa macam rugi la pulak. Mesti ramai kat luar sana yang nak tahu jugak serba-sedikit apa aku dah tahu kan?

Mungkin ada yang terfikir, yang aku tunjuk tadi tu demo jer, betul ke sistem PAMM ni boleh buat duit betul? Aku ni bukannya kaya pun, duit gaji sebulan pun cukup-cukup makan jer belum ambil kira hutang-hutang bank sana sini tapi aku tunjuk jugak la segala investment PAMM aku sendiri yang aku pernah buat dan dah detach dah akaun:

Archive Investment Accounts MenjadiTrader & Melaka LFX
Setiap kali akaun investment detach jer, dia akan masuk dalam Archive Investment Accounts punya folder. Aku dah tutup dah semua akaun investment aku sebab aku selalu sesak dan perlukan duit, jadinya dapat la profit dalam USD15.99. Memang PAMM ni selalunya tak banyak boleh dapat bila modal kecil, tapi jadi la daripada tak dapat apa-apa kan? Ada la teknik-teknik macam mana nak maximize PAMM investment tu tapi takkan aku nak share pulak kat sini. Kalau ada sapa-sapa berminat boleh hubungi aku secara terus ok?

MQL5 MenjadiTrader NDD

Kita pergi pulak ke topik lain iaitu MQL5 Copy Trade. Apa cerita prestasi akaun beramaun kecil ni?

MenjadiTrader NDD MQL5
Minggu lepas growth 357.60%, minggu ni 385.30%. Macam banyak jugak kan? Memang la..modal kecik. Cuba modal besar, berapa jer pun. Apa pun, akaun ni dah melepasi 100 subscribers tapi kalau tengok subscriber's fund dah kurang la, tapi subscriber's fund ni selalu sangat berubah-ubah jadinya aku tak kisah sangat pun. Suka hati diorang la nak letak duit banyak mana pun, risiko diorang sendiri yang tanggung lagi pun, takde kena mengena dengan akaun aku pun.

Oh yer, apa jadi dengan akaun USD60 yang aku copytrade akaun MenjadiTrader NDD minggu lepas?


Wah..baru seminggu dah 14%? Macam aku duk cakap, boleh la..akaun kecik!! Hahaha..

Okaylah, rasa macam panjang pulak laporan bulanan aku kali ni. Laporan mingguan akan ditulis seperti biasa pada hujung minggu hadapan.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)