MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 15 November 2014

Update Trade Minggu Kedua November 2014

Sedar tak sedar, dah habis minggu ke-2 bulan November ni. Beginilah keputusannya:

PAMM Project

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Daripada hari Isnin sampai Rabu takde hasil. Nampak macam hambar je kan? Tapi sebenarnya hari Rabu 11/12 tu ada aksi yang berlaku.

MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Nampak tak puncak ke-2 kat hujung graf kat atas ni, minggu ni aku pergi mengada-ngada testing trade ada buy dengan sell kat GBPUSD. Hari Rabu dengan Khamis GBPUSD buat aksi terjunam, trade setup SELL aku selamat kena TP tapi esoknya trade BUY aku pulak hit SL. Ada jugak terdetik di hati nak hilangkan SL tu sebab price GBPUSD memang dah rendah tak ingat punya, mesti boleh retrace..kut...tapi aku tak nak la memperjudikan disiplin yang aku dah penat-penat kekalkan selama ni dan aku dah pernah dah pun terima pengajaran sebelum ni. Hasilnya semua keuntungan yang diperolehi dipadam balik la oleh kerugian trade setup aku tu. Tu yang dapat USD58.45 je minggu ni. Kalau tak dah beratus dah boleh dapat sebenarnya. EURUSD minggu ni tak bergerak pulak, dia maintain jer sideway. Tapi aku kutip jugak la sikit pips sebenarnya walaupun sikit gila.

PAMM Investment Demo Accounts

Demo investment akaun kita apa cerita ye?

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:15/11/2014)
Nampak gayanya ada sedikit penurunan pada nilai profit pada akaun MenjadiTrader. Melaka LFX mengungguli sebab ada pertumbuhan sebanyak USD3 daripada nilai minggu lepas. Apa pun, yang penting sebenarnya bagi aku adalah pelabur tidak kehilangan dana mereka sebab trading style aku lebih kepada defensive berbanding ofensive. Tengah kumpul modal lagi ni untuk buka akaun PAMM MenjadiTrader 2 yang berprofile agresif sikit iaitu dengan teknik trading yang sama cuma ada pertambahan pada risk ataupun saiz lot besar sikit la. Maksimumkan sikit peratusan margin level bila waktu nak trade sebab memang dah calculate dah siap-siap semua aspek pun.

MQL5 MenjadiTrader NDD

Akaun ni entri sama macam MenjadiTrader PAMM tapi ambil risiko paling minima. Kalau tak lagi 1% je nak capai 400% tapi akhirnya kecundang sedikit disebabkan oleh trade setup yang terkena SL.

MenjadiTrader NDD MQL5
Aku ada tambah sikit description kat signal free aku ni sebab bila aku test subscribe (aku guna VPS murah USD7 sebulan) guna akaun demo broker yang menggunakan standard akaun punya margin, modal demo USD1,000 dalam masa 2 hari jer dah terus MC dan Stop Out. Jadinya agak merbahaya la kalau nak follow akaun aku waktu open post ada lebih daripada 10. Kalau tengok pada reviews signal aku ni pun dah ada yang tak suka pun so terpulang lah kan? Aku bagi signal MQL5 ni free jer pun, aku tak cas apa-apa pun.

Minggu lepas aku ada cerita aku register dengan satu broker baru berasal usul daripada Malaysia iaitu GAFX dan diorang tengah bagi kredit USD50 percuma kepada 1,000 trader terawal. Agak malang bagi aku kerana aku tidak tergolong di dalam 1,000 trader yang terawal tu jadinya aku tak dapat pun USD50 kredit tu daripada GAFX. Kiranya di Malaysia ni sememangnya ramai jugak trader forex rupanya. Pada aku memang bagus pun kalau ada ramai trader ni, boleh bertukar-tukar fikiran dan idea. Sekarang ni Professional Forex Trader atau PFT di Facebook sedang menganjurkan mini contest PFT bermula 1 Disember 2014 ni. Aku duk tengah fikir-fikir lagi ni nak join ke tak contest tu sebab nak kena berentap dengan senior-senior trader di luar sana. Apa pun, mini contest ni mesti menarik sebab kita dah bulan Disember ni pasaran sememangnya agak luar biasa sikit dan tak dapat nak diduga.

Kalau minggu lepas aku ada update page Broker Pilihan, minggu ni aku ada buat satu lagi page baru yang dinamakan Free Signal. Cara aku bagi signal berbeza dengan cara yang biasa orang lain bagi signal melalui blog, email, SMS, Telegram ataupun Whatsapp. Bagi aku cara tu menyusahkan aku sebab aku buat kerja-kerja tambahan. Jadinya Free Signal ni menggunakan automation tools lebih kurang macam Copytrades iaitu menggunakan MQL5 Trading Signals. Aku mula-mula ingat semua MT4 tak kira apa jenis broker ada kemudahan Trading Signals ni. Rupanya ada jugak broker yang disablekan function tu. Mujurlah broker yang aku rekomen dalam blog aku ada menyediakan kaedah MQL5 Trading Signals. Jadi kalau tak berminat nak join Project PAMM aku yang mana profit sharing adalah 50:50 dan ROI ambil masa yang lama, bolehlah copy trade akaun trading aku tanpa sebarang cas pun. Macam mana pun, sebelum nak copy trade guna live akaun, tolong la guna demo akaun dulu ye? Ada syarat-syarat tertentu sebenarnya untuk copy trade ni, bukan senang-senang nak tiru jer..huhuhu..

Sebagai pelanggan broker XM, aku telah dijemput untuk menghadiri Majlis Gala Dinner XM pada 13 Disember 2014 ni yang akan diadakan di The Chateau (nak sebut pun tak reti aku) Bukit Tinggi. Dari rumah aku ke Bukit Tinggi tak jauh pun, dalam sejam je drive. Macam-macam hadiah diorang duk promote untuk datang ke majlis ni siap ada kelas forex mini lagi daripada sorang trader konsisten yang 56 bulan. 56 bulan tu bersamaan dengan 4 tahun setengah la, lama tu. Memandangkan aku nak bawak anak bini aku sekali, aku ingat kena ada USD400 dalam akaun rupanya kena ada sekurang-kurangnya USD200 dalam akaun lepas tu nak withdraw balik suka hati la. Setakat USD200 tu ada la modal, kalau USD400 tu memang aku takde la. Jadinya aku dah pun registerkan diri aku untuk majlis makan malam ni sambil nak pergi holiday kat atas tu. Aku tak kenal sapa pun karang kat sana jadinya kalau berminat nak jumpa aku boleh la jumpa (macam la aku ni famous sangat..haha). Kalau belum ada akaun XM (pastikan anda register akaun micro kalau modal anda kecil), silalah klik di link di bawah banner kat bawah ni ye?

Register Akaun XM
Setakat ni ajelah update aku untuk minggu ni. Sehingga minggu depan pulak. Selamat bertrading untuk minggu depan ye.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)