MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 22 November 2014

Update Trade Minggu Ketiga November 2014

Tinggal seminggu jer lagi sebelum kita menamatkan November 2014. Kalau orang makan gaji (contoh macam aku ler ni), dah tak sabar nak dapat gaji bulan ni. Banyak betul dugaan nak kena pakai duit, nak servis kereta lah, tukar tu tukar ni, anak bini lagi. Macam-macam hal lah. Ada la spare sikit duit bawak keluar daripada akaun Forex aku yang merata aku letak. Boleh la tampung sedikit sebanyak. Jadinya, hasil trading minggu ke-3 ni:

PAMM Project

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Minggu ke-3 ni aku tak banyak buat entri setup plan pun, aku tengok balik rekod aku ada 4 jer trading plan 2 untuk GBPUSD, 2 lagi untuk EURUSD. Yang close position hari Isnin tu trading plan minggu lepas carry forward ke hari Isnin. Hari Rabu ada FOMC malam tu dapat close position untuk BUY punya setup, lepas tu hari Jumaat dapat close setup plan hari Khamis EURUSD SELL. Setup GBPUSD SELL je tersangkut ke minggu depan. Aku dah tak buat BUY dengan SELL serentak lagi sebab aku tak nampak market minggu ni akan jadi rancak pun. Jadinya minggu ke-3 ni antara prestasi yang paling cemerlang la buat masa ni, pertumbuhan sekarang ni dah mencapai 2.17%. Macam biasa, kena tunjuk graf sikit sebab aku suka tengok benda visual daripada bentuk table:

MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Aku tak berapa nak mengadap sangat akaun-akaun Forex aku sebab aku tengah praktis untuk percayakan apa yang aku dah plan. Kalau dulu aku sikit-sikit jer duk monitor akaun melalui smartphone aku, sikit-sikit bukak MT4 tengok graf atau bukak MT4 Multiterminal tengok berapa amaun sekarang ni. Laptop aku pakai ni RAM 2GB jer, memang tak boleh nak bukak banyak-banyak MT4. Software MT4 ni rupanya banyak makan memori RAM, aku install 5 MT4 software kat VPS aku, 2-3 hari dah nak full memori 1GB. Hampeh betul la. Kena rajin nak buat maintenance pulak. Tu aku cuma testing untuk Copytrade MQL5 je tu.

Terkomplen pulak pasal masalah teknikal aku kat sini. Balik semula kepada akaun aku, walaupun 2.17% bulan ni tak banyak pun tapi bagi yang ada pengalaman trading mesti boleh faham betapa mencabarnya nak dapat profit walaupun cuma 1% secara konsisten. Market ni bukan kita boleh duga sangat, dia ikut suka dia jer. Kita boleh guna indikator tercanggih dan terhebat dengan calculation paling dahsyat tapi kalau market kata price akan turun atau naik, kita pun kadang-kadang tak terduga langsung.

Aku sebenarnya suka samakan market ni macam pasar malam sebenarnya. Kalau kita tengok pasar malam, ambil satu peniaga pasar malam jual murtabak setiap minggu. Katakan dalam 4 kali sebulan berniaga di tapak yang sama, adakah peniaga tersebut akan dapat habiskan murtabak tu ataupun boleh dapat kentungan yang sama? Aku rasa mesti susah punya sebab banyak faktor terlibat, antaranya faktor cuaca, faktor berapa ramai orang yang datang pasar malam, berapa banyak gerai jual murtabak (persaingan) yang lain lagi, waktu jual tu waktu orang dah dapat gaji ke belum dan macam-macam lagi. Kalau nak dapat lebih, kena buat promosi pasang speaker ke apa ker. Itulah analogi yang aku selalu gambarkan la bila berhadapan dengan market. Contoh jer la..kadang tu tak releven pun...hahaha..

PAMM Investment Demo

Mari kita lihat pula apa yang berlaku pada akaun investment demo kita:

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:22/11/2014)
2% profit bermakna kita dah dapat USD2 pada investment USD100, USD28 pada investment USD1,000, USD287 pada investment USD10,000, USD2,878 pada investment USD100,000 dan USD28,781 pada investment USD1 juta. Kawan kita Melaka LFX mengalami penyusutan sedikit minggu ni lebih kurang 3%. Turun naik ni perkara biasa dalam trading ni. Jadinya tak boleh nak emosi sangat sebenarnya.

MQL5 MenjadiTrader NDD

Adalah diumumkan aku akan menamatkan riwayat bagi akaun ini. Broker LiteForex yang aku guna telah menaiktaraf akaun NDD daripada bersaiz mini kepada saiz standard. Oleh yang demikian, amaun USD100 dan ke bawah dah tak sesuai untuk aku trade sebab ianya meningkatkan risiko trading setup aku sebanyak hampir 100%. Paling tinggi risiko trade aku boleh tahan secara mental dan psikologi (lain orang lain tahapnya tau) adalah 25%. Kalau lebih daripada 25%, aku punya emosi akan bercelaru, berpeluh dalam air cond dan degupan jantung jadi laju dan aku tak suka semua tu.

Penutup: MenjadiTrader NDD MQL5
Sebenarnya sayang jugak usaha sejak bulan Ogos lepas dah nak hampir mencecah 400% dah pun. Tapi apa boleh buat, terpaksa akur dengan faktor luaran. Beginilah adat berniaga, kalau dah tak boleh cara yang biasa buat, kena la cari alternatif. Bagi meneruskan perjuangan ni, aku akan fokus pada MenjadiTrader Lite pulak. Menariknya MenjadiTrader Lite ni, aku sebenarnya dah keluarkan dah semua balance kepunyaan aku, tapi credit sebanyak USD200 masih ada lagi dan aku memang bertrading menggunakan 100% dana yang broker bagi pinjam. Inilah antara kelebihan dalam berdagang Forex ni, dah la broker bagi guna leverage sampai 1:1000, broker bagi tambah lagi bonus credit kadang-kadang sampai 100%, kalau anda pandai gunakan peluang dan pandai menguruskan perniagaan berdagang ni la.

Aku dah pun withdraw keseluruhan dana akaun MenjadiTrader NDD dan aku akan gunakan dana tersebut untuk pergi Holiday/Gala Dinner XM bersama keluarga aku di Bukit Tinggi bulan depan..Yeay!

Minggu depan aku akan update terus update bulan November 2014 secara keseluruhan. Sehingga bertemu lagi nanti.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)